ads/iklan

Selasa, 24 Ogos 2010

Biskut Badam Rangup

DSC_1016
BISKUT BADAM RANGUP

Salam ramadhan kembali :-),

Pheewwwww..... panas makcik arini kat dapo, kat luar lglah panas, alasan tak mo kuar :D.. Terima kasih buat pengunjung yg dtg singgah n bg komen tuan umah bz sikit dr td ke dapur ke bilik ke beranda ke mesin basuh ke bilik air kahkahkah..ada apa dgn tuan umah arini??? adeehhh ni kes kepedasan semalam ni perut meragam haiyyyaaaa! sib baik dah ok sikit ni :D

Projek arini untuk menebus kekeciwaan semalam huh! kata mamafami good theraphy nii yeaaaaa... sok sok dah mula nak buat kukis lagi kalau rajin :D. Semalam dah g barang2 beli sekut jdnyer dah boleh buat, yg masalahnyer nii CETAKKKKK ku sume ilang!!!! huh! yg ada cuma 1 bentuk ni jer lah! yg lain2 tu gedabak! mana ntah perginyer yg lain2 tu.. haih!

Resepi umah CMG, BISKUT BADAM RANGUP jan tanyer sya rangup ke tak belum makan lagi petang karang eak :D.. Mmg ringan sekut ni, pastu adunan mcm lembik sikit, kita yg silap kot! wakakaka... Mcm biasa cikmat, mintak izin n halal resepinyer, mekaseh!!! :-)

Sapa2 yg carik resepi biskut sila g kat label KUKIS ya hihihi...

BISKUT BADAM RANGUP

Bahan-Bahannya:-
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:-
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya



DSC_1013

Cara membuatnya:-
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Terus memukul hingga gebu.
  2. Sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan. Jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit.
  3. Ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

6 ulasan:

adad berkata...

waaaa sekut lep lep.. ai lep u.. u lep me... sebalanggg plsssss. ikaa.. nko wat kukis ni menyelam sambil minum air ker? akekekekekkekekeke aaaa aaaa.. tak poceeee

Chik Mimi berkata...

ijah ko mmg ganaz ar dah ler ghajen masak,ghajen membaking gak beh tahan ni

indahhouse berkata...

Salam ika,
Ala..kesian dia. sakit peyut ya.
Wah!!! Dah banyak kukis dia. Hu, saya jeles tahap gaban nig, hmph.. hahahaa.
La, cetaknya ada kot tu.. tersorok mana2. Jgn wisau,ika. Bentuk love tu pun dah buat saya nak tapau sebalang! ;)

Deliah's Deli berkata...

salam ika...wah,sudah mengkukis nampaknyer...dah banyak ke...bak la skit nak rasa :)

anie,Nagoya berkata...

dah mula buat sekut ya....nnt kkanie anta kapal nak order sekut kat ko.boleh?

cikmanggis berkata...

salam..masak apa untuk berbuka?nak soto 3 mangkuk ya..kita tinggal bertiga je ni ari:)biskut untuk moreh ya:)