ads/iklan

Sabtu, 28 Ogos 2010

Roti Bebola Goreng

DSC_1075
ROTI BEBOLA GORENG

Salam kembali :D,

Hari ni n hujung2 bulan biasanyer mmg rajin duduk kat umah hihihi... tp sbrnyer byk benda nak dbuat hujung2 minggu gini iaitu meluangkan masa bersama sama org tercinta, termasuk ank2 sekali lah tu dlm erti kata lain lagi :P dgn buah hati pengarang jantung itu sudah pastiiiiii ehehe... jgn lah terasa mual2 pulak, hanyer dia orglah tempat nak bergaduh bergurau berkawan sume selain kat sini kan kan kan :D

Bola roti goreng yg kat atas ni buatkan tuk budak2 tp last2 mak dgn bapak budak yg kena abiskan huh! Pelik lah kita, ank2 org suke makan makanan jenis2 mcm ni lah tp ank2 kita ni pelik, nak2 1st time jakun pun ya juga rasa yg sangat pelik itu jwpn dr kakak haih! byk songellll masing2 la n jwbnya mmg kena makan nasi n lauk2 sempoi tu ajer ya :D Sana sini org buat bola2 ni, memula sekali jumpa kat umah KAK AYU, IZAH, KAK YATT n KAK HANA n untuk resepi asal ni dr KAK LIZAHANUM, sedaplah! Mmg jakun sikit memula tgk resepi ni tp bila dah dbuat sedap pulak! sonoknyer bila dia dah masak tu dia terapung apung ringan jerr sbb ada ibu roti eheheh... Macam biasa ya kakak2 sekali mintak izin n halal resepinyer mekasehhh!!! Cnp dr umah KAK AYU SG macehhhh! macehh sekali lagi sumneyr!!

BEBOLA ROTI GORENG

Ingredients:-
  • 14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)

  • 3 batang cili merah (potong kecil2)
  • 1 biji bawang besar (dadu halus2)
  • sedikit daun sup/bawang (hiris)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis -(Ayu used kiub ikan bilis dilenyek2 sikit)
  • minyak utk menumis
DSC_1078

Method:-

Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.

1 ulasan:

Kerull berkata...

Salam ika..sawadikap..hu hu btul ke tuh..ika baguslah resepi ni kan..tak membuang kalau ada roti lebih2..bagus2