Rabu, 1 September 2010

Pelangi Senja n Mee Kari

DSC_0016
PELANGI SENJA ^_*v

Salam ramadhan kembali buat semua ;-),

Nmpk pelangi ni lg 20minit nak berbuka sbb kita nyer dining table ni ngadap ke luar jdnyer kalau ddk mmg leh nmpk luar, lepas siap kemas sume baru nak duduk nmpk pelangi yg cantek ni subhanaAllah! semua ciptaaNYA mmg tiada tandingannya, tersgt cantik! Cuaca pun mmg cantek dah senja matahari dah nak terbenam n baru lepas hujan pulak tu terasa syahdu jerr tp yg kat bwh ni kat tgkt 6 tu lah memekak jerrr tak leh nak feeling2 dgn kebesaranNya haih! Masa main2 dia org ni maghrib2 biasanyer mmg riuh kat tingkat 6 ni riuh tak kena masa huh!

Menu berbuka semalam MEE KARI resepi III, ambik dr umah KAK AYU SG dan resepi asal dr AIN'S KITCHEN, kalau tgk resepinyer mmg penuh dgn segala tips bagus tuk budak2 yg baru nak belajar masak2 mcm kita ni tp kelakar pun ada masa baca resepi tu hihihi.... Mcm biasa mintak izin n halal juga resepinyer, mekaseh sume!!! Resepi copypaste dr umah KAK AYU SG cayang bucuk :D kali ni nak kim salam sapa ya? :D

DSC_0005
MEE KARI
resepi III

MEE KARI III

Tips dari empunya recipe:- Ain's Kitchen

1. Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!
2. Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.
3. Jika guna udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang! Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? Ain lah.. siapa lagi! Naya, naya!
4. Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.
5. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?

Ingrdedients:-
Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes-Ayu gunakan 50g serbuk kari daging
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)-Ayu gunakan 3-4 batang daun kari
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang

Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)-Ayu gunakan santan kotak aje
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)-Ayu gunakan kerang
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)-Ayu gunakan taupok
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
½ kilo sawi

(PERHATIAN: Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)

Bahan-bahan sayuran:-
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")-Ayu xletak ni

Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.

Directions:
Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga
dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake,
air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.

Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.


DSC_0009
Mee kari yg penuh dgn umat :D


DSC_0001
LYCHEE SMOOTHIE

Lama sudah tak tyg air ya :D alaaaa..buat air biasa2 jer lg best minum air kosong taww! tp semalam tu teringin pulak nak minum mcm ni, resepi dah dulang ulang ulang lagi jdnyer kalau nak resepi leh g kat SINI n3 sebelumnyer n resepi asal dr SIS LOVE2COOK, thanks sis! :-)

8 ulasan:

maz berkata...

salam ikaaa..kmaz mai pepgi ni..sat lgi nk kluar bwa afiq p klnik..sian dia deman dihri jdinye..hehe..pastu trus bwa dia p bli toys adiah hrijdi..alahai cdpnye mee kri ika tu..kmaz sukeeee..letak cli ptong bnyk2 kan..cma klu buat mkn sorang la plak..anak2 xmkn..nti jmpa lgi ye..bz sngat2 ni..nk kmas umah lgi..lusa hb dah blik..tgk umah mcm kpal pcah nga tpung sna sni..mau pngsan laki akak..haha..hri sbtu kmaz dah mula brcti..dah blik kmpung...lupe nk tnya..ika dah pndah umah bru ke..

indahhouse berkata...

Salam ika,
Cantiknya pelangi senja.. mesti baru lepas hujan tu.
hihihi. lucu juga baca tips tu. tapi memang bagus bagi saya yg jarang masak mee kari ni. Nampak pekat dan pedas tu... terliur..

Mas berkata...

salam ika, cantik la pelangi tu....
mee kari ni nampak sedap la, terasa macam nak berbuka ngan mee kari plak ari ni...he..he..kena cari bahan dulu ni...

Nur Ede berkata...

Salam ikaaa... sesungguhnyer terlalu indah ciptaan Illahi... sedamai mata memandang sesayuu.. jiwa ini menghayati... tahniah buat ika atas gambar yang cantik dan unik ini... akak terpegun sejenak menyelami keindahan ciptaan illahii..

Ika sedap nyer mee kari tu... nampak nyer lepas nie kena buat ler... klu tidak kempunan ler akak nanti...hihihi

Juwita Jamaludin berkata...

salam ika.. nice photo.. pandai ambil.. menariknya mee kari ni.. macam2 ada sedap tu..tips pun bagus..

Ayu berkata...

salam IKA,
hehehehe..mee kari ada lagi balance tak?..kasi akak kuahnya sikit buat buka hari ni..hehe tips yang diberi memang kelakar kan..hehe akak baru tulah first time makan & buat mee kari ni..

3 hungry tummies berkata...

Mee Kari ni begigu lumayan sekali..saya masak laksa lemak tetapi susah dapat kerang di sini.

K.Nor berkata...

ijah.. cantik gambo.. abg kata lawo.. nak2 bila ada 2 pelangi tu :)