Sabtu, 4 September 2010

Biskut Gajus

DSC_0065
BISKUT GAJUS SEDAP

Salam kembali sume!

Jap g nak kemas umah sbb ari ni ada technician dtg nak betulkan ekon yg tak mo sejuk n kejap2 berenti kejap2 working haih! Jdnyer kena kerja awallah hari ni :D.. Beskut yg ke 2 buat semalam ni, waduhhhhhh SEDAPPP! ranguppppp! tak tipu tawww! Maceh KAK TIM/TTM MELBEN (ppsst mention melben tu :P kikiki) byk2 kukis yg kita buat cuma yg ni ajer yg ninja tu makan! huh! penat bini dia duk main teoung yg ni ajer dia berkenan yg pertama TAK MANIS sgt! kuih tart yg sedap tu semalam dia rasa bila tergigit jem dia kata nak suh dia masuk sepital! wakakakaka.... sedap kuih tart tu cuma tang jem dia tak berkenan sgt :D

Kak timmm! nak komisen ka??? wakakakaka.... laris ini biskut tawwww! ninja kecik pun suka :D selain beskut bulat2 kat bwh tu haaaa :D Resepi asal KAK NORMAASARI n telah dpopularkan oleh ~ting tong ting tong DAPUR MALUS DOMESTICA~ hihihi.. maceh kak! mintak izin cnp resepinyer, mmg tak rugi mencuba ;-) selamat ari raya!!! :D

BISKUT GAJUS

Bahan-bahan:
K
  • 2 biji kuning telur
  • 180 g gula halus
  • 280 g mentega
  • 320 g tepung gandum
  • 120 g gajus } dipanggang kemudian dikisar halus
  • 1/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • sedikit gajus di belah 2 } utk hiasan
  • 2 biji kuning telur } utk disapu


DSC_0064

Cara membuat:

Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan
esen vanilla, kacau sebati. Tepung gandum diayak bersama serbuk penaik.
Masukkan campuran tepung dan serbuk gajus ke dalam adunan, kacau sehingga menjadi doh yg sebati.
Canaikan doh setebal 1cm kemudian terapkan menggunakan acuan yg digemari
Letakkan gajus diatasnya kemudian sapu dgn kuning telur
Bakar di dalam oven sehingga masak. Oven 180C.
Sejukkan di atas cooling rak kemudian simpan di dalam bekas kedap udara.

6 ulasan:

Deliah's Deli berkata...

salam ika...uish,dah penuh meja kuih ika ni..dah bnyk tuh!..yg lebih2 tu anta ke mesia je :) *dulu2 klu jmpa sekut ni mkn kacang dia aje...blh gitu-blhkan aje...ngeee :p


p/s nasi ngan lauk pauk kat bwh tu bt kecur je...x baik tau pose2 ni tnjuk mknan kat org - wakakaka :D

indahhouse berkata...

Salam ika,
Huwa...! Dia tayang gajus.. dahla kita tak beli gajus. Sedap ek. Ni yang buat trmimpi2 ni. Bak seketul wat bekal bukak pose. hihi

kakpah berkata...

selamat menyambut lebaran ika. tak balik kampung?

♥LOVE2COOK♥ berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Ika sefamili ya! Mintak kukis sebalang tau!!! Have fun dear, missed U! :D

3 hungry tummies berkata...

Banyaknya posts yang belum sempat saya baca.. akanlah catch up hujung minggu ni. Saya juga mahu mengucapkan selamat hari raya buat Ika sekeluarga.

Kyuubi_85 berkata...

wah nampk mcm sedap je ni. minta sket :D