Rabu, 1 September 2010

Biskut Bintang Kejora n Kurma!!

DSC_0014
BISKUT BINTANG KEJORA

Salam ramadhan kembali :-),

Cepat cepat cepat!!!! arini sibuk sikit baju kita dah bertimbun mcm tingkat 14 jugak ehehe... MAsukkan n3 sekut raya yg dbuat semalam dah nak berbuka, sedap! maklomlah kalau ada nestom2 ni kompem sedap! pastu ada coffemate mmg sedap! Resepi asal dr CMG, mcm biasa mintak izin n halal resepinyer :-) macehhhh!

Td pg tunggu bas yg ambik kakak g sekolah arini dapat kurma kat bwh tu syukrannnnn!!! org dr awal puasa mkn kurma kita baru nk makan bukan tak nak beli mcm melampau pulak sgt rega dia :D bukan kedekeut hihihi... driver dgn pembantu bas yg ambik kakak ni muslim biasa order dging dgn dialah jugak! ni dah order tunggu jerlah nanti daging sampai ~~lalalalala~~ Mekaseh ya nama pembantu tak tahu sapa nama dia ehehe..

BISKUT BINTANG KEJORA

BAHAN-BAHANNYA :-)
110 gram mentega berkualiti tinggi (S.C.S, Anchor atau Golden Churn)
110 gram tepung gandum*
50 gram gula aising
50 gram tepung kastard*
30 gram quaker oat, kisar halus*
30 gram nestum, kisar halus*
30 gram coffemate*(*A)
2 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla

BAHAN HIASAN :-)
Honey star secukupnya
Kuning telur untuk disapu



DSC_0013

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dengan gula aising hingga rata. Tambah kuning telur dan putar rata. Perlahan kan kelajuan, masukkan esen vanilla, dan juga bahan (*A), sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Gaul rata dan ketepikan sebentar.
  2. Bahagi doh kepada 3 bahagian. Ambil satu bahagian, canai antara 2 keping plastik bersih setebal 0.5 cm, terap dengan acuan bentuk bintang. Alih dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur pada permukaan biskut dan hias dengan 1 biji honey star (berbentuk bintang) tekan sedikit. Buat hingga selesai. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing2.
  4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...selamat mencuba untuk semua..


DSC_0017Jajarkan ke Tengah
rezeki jgn dtolak musuh mmg tak harus dcarik :D

7 ulasan:

Mas berkata...

ika, cantik la biskut bintang kekora tu, dah berapa jenis ika dah buat...

Deliah's Deli berkata...

salam ika...wah, cantiknya semekut dia mcm bulan dipagar bintang nih :))))

makngah berkata...

ija,
yang ni macam senang je nak ikut.. akak ciplak ye.. kena buat siang hari , kalau malam takut honey starnya tak kecukupan.. kena sabotaj dek budak2.

Yati Ali berkata...

salam ika,
cantiklah ghoper sekut ni...

maz berkata...

yeee...ckut rya dah smpai bngkok ni..klu dkat2 leh dtg braya..kmaz dah slesai prjek ckut..huhuhu..thun dpn plan cba yg ni..hehe..klu pnjang umur..insyaallah..slamt brbuka utk ika sklrga..

indahhouse berkata...

Salam ika,
Terfana jap bila tengok bahan. semuanya ada tuh. coffee mate dah berbulan dlm bekas. Star jer yg takde. musti sedap nih.
Tapi kan, tangan sakit ni. penangan mendahlia 400 bijik semalam . huhuhu. Nak eksport kampung utk adik2 beraya. kami blom tentu sampai hari raya tu.

Mat Gebu berkata...

Waaaaaaaaaaa...kenapa biskut pak tua tak lawaa macam nihh....hahahaha..