Jumaat, 3 September 2010

Bol Kentang

DSC_0039
BOL KENTANG

Salam ramadhan kembali buat semua :-),

Nak buat apa hari ni? nak rehat pulaklah! tulang belakang sakit lah sejak2 ni agaknyer lama sgt duduk, bila dah lama ddk tu sekali baring huh! legaaa betul! kdg tu sampai bunyi tulang belakang tu ehehe... Menu berbuka semalam adalah BOL KENTANG 1st time buat n makan ni taw :D, resepi asal dr KAK DIANA tp skodeng umah KAK AYU SG, minggu ni mmg kita ambik resepi umah kak ayu jerr, sonok duk lama2 kat situ sbb naik juling mata tgk menu2 yg kak ayu buat semuanyer sedap2! mcm2 laks tu :D Selamat mengkukis kak ayu! Mintak halal n izin resepinyer juga macehhhh! Sedap! :-)

Dia mcm bergedil jgklah ni tp LAIN, nak tahu kena buat baru tahu ikut untuk bol kentang tu kita goreng cara kak ayu jugak cuma guna putih telur sbb putih telur kita yg dlm sebok ni bykkkkkk sgt pastu resepi2 beskut ni sume guna kuning telur jerr huh! Pastu mmg jawa tak boleh dpisahkan dgn sambal kicap betullah kak ayu kata ada sambal kicap super kick! hihihi... n kita rasa pun leh letak apa2 bhn hiasan, since kita ni suke kobis atau sayur2, mmg kita letak sume tu :D..

BOL KENTANG


Bahan untuk Kuah

  • 2kg kentang, kupas kulitnya, potong bulat, goreng dan tumbuk lumat
  • 1/2 kilo daging tetel, dibersihkan
  • 4 liter air
  • 4 sudu makan kicap lemak manis
  • 4 kelopak bunga lawang
  • 5 batang bunga cengkih
  • 1 batang (5cm) kayu manis
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa, jika suka
  • minyak untuk menumis

Bahan untuk intinya

  • 750 gram daging cincang-(Ayu gunakan 500g aje)
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • Hirirsan Daun Sup>>yg ni kita tambah
  • Lada Hitam>>yg ni pun kita tambah

Bahan untuk dikisar

  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu makan serbuk lada putih
  • 8 biji buah pelaga
  • 1 batang (5cm) kayu manis

Bahan untuk Kulit Bol-

  • 2 cawan tepung gandum
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewarna kuning
  • (Ayu tak buat yang ini - cuma celup telur, bubuh garam sikit aje macam nak goreng bagedil)>>Sama mcm kak ayu

Untuk Hiasan
  • Timun, kupas kulitnya buang hatinya dan hiris
  • bawang besar yang dihiris
  • daun sup
  • bawang goreng

DSC_0045
Nak makan kena ROBOHKAN bol kentang tu hihihi..


Cara untuk Inti Bol Kentang

1. Buah pelaga dan kayu manis untuk bahan kisar ditumbuk menggunakan batu lesung sehingga separuh lumat. Kemudian dikisar bersama bahan-bahan yang lain.
2. Ambil 3 sudu makan rempah dan ketepikan untuk bahan membuat inti bol kentang. Lebihannya diketepikan untuk membuat Kuah Bol Kentang.
3. Rempah yang telah diambil 3 sudu makan, ditumis dengan sedikit minyak. Setelah naik bau, masukkan daging cincang, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka. Masak sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.

Cara untuk Kulit Bol Kentang
1. Tepung dibancuh dengan air secukupnya bersama garam dan pewarna kuning. Bancuhan tepung haruslah macam kita hendak menggoreng pisang tapi pekat sedikit.

Cara-caranya untuk membuat Bol Kentang
1. Kentang dikupas kulitnya, dipotong bulat dan digoreng. Kemudian ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan.
2. Ambil kentang yang telah ditumbuk lumat, isikan dengan intinya dan dibentukkan bulat. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, celup bol kentang yang telah dibentukkan dalam tepung dan digoreng. Sebaiknya minyak mesti banyak dan panas bila menggoreng bol kentang. Biarkan bol kentang supaya ia garing, barulah diterbalikkan. Angkat dan ketepikan.

Cara untuk Kuah Bol Kentang
1. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka dan juga kicap. Masukkan daging tetel dan air. Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.
3. Setelah kuah mendidih, siap untuk dihidang.

Cara menghidang Bol Kentang
1. Letakkan 2 biji bol kentang dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya, hias dengan timun, bawang, daun sup dan bawang goreng.
Sources:-From resipidiana.blogspot.com



DSC_0038

4 ulasan:

izahdaut berkata...

ikaaaaaaa...dah leleh dah ayaq liuq tengok bol kentang nih..tapi layan mata jek la..nak buat maleh bebenor... ate rajin bebenor kamu ika..itu le sampe sakit belakang tu..haisshh pi baring rehat pi!!nanti orang beraya sakan kamu beraya atas katil..huhuhu..tak mpo tak mo

HALAMANKU berkata...

Ikaaa... terliurnyer.. lelagi tang sup2 ni.. sekali pandang cam begedil.. 2x pandang cam bebola daging.. fuh syedap.. betul kata Izah tu.. Ika bawa2 rehat rajintul.. ni bak sebalang kuih tat tu... ha ha ha

Mas berkata...

ikaa..betul kata izah, rajin sangat, tu yang sampai sakit belakang..he..he..banyak2kan rehat sama....sedapnya tengok bol kentang tu...pos kat sini sikit...

indahhouse berkata...

Salam ika,
ha...tu dia baru ada pop up window. maceh dear. baru larat nak tulih ni. hihi..
Bol kentang yang runtuh tu,kan ika.... meruntuhkan semangat cekalku. huhu. tak sabar nak berbuka rasanya. nampak sedap sangat. padahal tadi bersahur nasi. masih lapar...
Bawak berehat ya ika. Mintak cik abang tulun urut2 pinggang tu. :D