Ahad, 7 Ogos 2011

Menu Iftar ke 6>>Bihun Sup Utara

_DSC0264
BIHUN SUP UTARA

Salam kembali di ramadhan yg ke 7 insyaAllah! :-)

Maaf ya tuan umha pemalas sikit hari nii hihihi.... Ni menu iftar atau berbuka semalam ya, nak mengn3 pagi td tp lepas sahur tertido dekat pukul 6 tersedor solat gitu gini terus mulakan misi menggosok bajuu, finally!!! abis jugak baju2 di gosok ari ni kecuali baju yg td pagi basuhlah kan belum kering lagi hihihi..

Dah lama mengidam nak makan Bihun sup utara ni sebab? sebab kaler meenyer yg kuning ituuuuu dan sambalnyer ituuu tapi semalam duk kelam kabut mmg tak sempat berbuka dgn bihun ni just minum air batalkan pose sebab kita masak main2 lah semalam niii asyik kata nanti lahhh nantilahhh lama2 tgk jam dah kul 5.stgh!!! ambikkk kauu! mcm speedy gonzalessss buat kerja, tungggang langgang! dgn layankan si kakak yg batuk2 tuuu, ninja tu ada tp mak jugak yg di cari kalau budak2 ni kan haish! Sempat buat jemput2 ikan bilis rangup tuk ninja sbb kuih lompat tikam tu mana dia makan haish! payah kalau duk serumah dgn org jakun ni wakakaka... Ok Resepi ambik kat umah KAK MADIHA maceh kak madiha cayang!!! MAK AYU pun dah buat jugak, mmg mabelessss!!!! kita makan bukan aja dgn sambal malah dgn lada jeruk sekali kita letak, tp duk kelam kabut semalam niii sume lupa nak ambik gmbr tang sambal tuuu :D Ok ok ni pun tak masak lagi, mintak izin resepinyer macehhhh!!!

BIHUN SUP UTARA
Resepi Asal : KAK MALIDA
Sumber: KAK MADIHA

Bahan2 utk sup
  • Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)>>yg ni kita tumis
  • Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumis kasar ~ MaDiHaA guna kasar2 mcm tu jer sbb takde grinder yg sesuai)>>yg ni pulak guna blend kering tuk blend rempah nii :D
  • 2 ~ 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 s/b ketumbar
  • ½ s/b jintan manis
  • ½ s/b lada hitam
  • 3 biji buah pelaga
  • ½ s/b lada putih
  • (sukatan tu aku main agak2 jer)

Bahan Kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia - dititik atau kisar (dulu MaDiHaA titik tp kali ni dikisar sbb gearbox tu byk lomak)
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes
  • 1 kg daging (biarkan seketul besar gitu ataupun potong dua bahagian saja)
  • 1/2 kg tulang
  • 1/2 kg perut (jika suka) ~ MaDiHaA tak letak tapi masuk tulang lebih>>Yg ni tak letak :D
  • air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga daging empuk)
  • garam & serbuk perasa
  • serbuk lada hitam secukupnya
  • Tauge n sayur celur>>itu kita tambah hihihi.... dah terbiasa mkn sup mesti ada taugeh :D

_DSC0263
Memang sedappppp!!! i loikeeee!!!

Cara2 Membuatnya~ MaDiHaA tak tumis.. daging & tulang tu dah cukup berlemak dah..

1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
3. Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit (MaDiHaA tak tutup pun periuk... biar gitu jer.. hehe) Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan )

Menyediakan Bihun
1. 1 bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.
2. Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.
3. Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
4. Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang. Tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi bergumpal dan mudah utk di ambil atau dileraikan bila nak makan.

Bahan Tabur/ Tambahan Lain
Daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2 (Ambil dari dalam kuah sup tadi)
Lobak masin hancur (dicuci & kalau suka boleh goreng kejap)
Bawang goreng (nak sedap goreng sendiri )
Daun sup dan daun bawang di mayang
Sambal Cili

_DSC0262

RESEPI SAMBAL CILI
½ cawan serbuk cili babas
½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat)
50 gm gula melaka @ gula hitam
½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
sedikit minyak utk menumis.

Cara2
1. Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
2. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa
3. Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengan nya

13 ulasan:

Mas berkata...

sedapnya bihun sup utara tu..
menyelerakan betoiii kan mas tengok....

tun_telani berkata...

nmpk sgt sedap!! kalau guna ayam jd bihun sup utara x? ke org utara mmg kene guna daging dlm bihun sup? hihi

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

beza gak bihun sup kedah...
weols x letak tauge
ngan sayur yg ika celur tue...
biler tgk teringat bihun sup kat star walk ....sedap giler taw...uwaaaa terlioq

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi berkata...

uh!sungguh menggoda napsu saya =0).
byk resepi dari akak saya kena try nih..sblm tu, nasi mandhi dulu baru mihun sup utara ni take turn..tak sabar nya..ish..tak senonoh betul saya ;0).

K.Nor berkata...

citer ika ni buat akak pun semput nak baca :)

quinnie berkata...

best la bihun sup utara versi kak ratna ni...nanti nak cuba jugak lah...hehhehe...hari ni kita menu nasi daging...tapi dah tukar jadik versi ayam..kehkehkeh..cicah ngan air asam ika itew..hehhehe....duk tengah tunggu azan..harap tak tercekik la masa makan nanti..kes tak sabar nak berbuka...keh.keh keh...

ijan berkata...

Salam Ika,
kite berkenan dengan bihun sup kamooo ni. jadinya kite buat bihun sup ni le utk berbuka hari ni. hehehehe... macihhh for the recipe. kalo sempat kite amik gambor kalo tidak masuk mulut terus je lah :D

Anna Qawina berkata...

ooiittt!!! bak 2 mangkuk..mengancam sungguhla..

Ayu berkata...

ika, akak baca citer ika pun macam speedy gonzales..muahahahah..sampai kepenghujung tu baru sempat ambik nafas..wakakakaka...mak akak suka mee ni..bukan main puji lagi..hehe..susah nak dapat pujian dari nya ..dia & hubby akak nak dapat pujian kena panjat mount everest baru boleh dapat..hahaha..

Juwita Jamaludin berkata...

ika.. lama tak makan bihun sup utara ni.. wah dah confuse nak makan apa dah ni.. hihih semalam akak buat YTF sebab terliur tgk YTF ika hari tu

Ida,Japan berkata...

salam ika...bihun sup ni mmg feberet asben & k'ida ni ika, maklum la dia tu org utara....lama dh tak buat, tapikn asben akak, bukak posa mesti lebih ke nasi la ..Smlm ptg tak msk lauk-pauk sbb buka kt masjid, grand iftar dari indonesian group

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum ika akak cayang...
akak n irfan mmg suka makan bihun sup gini... tp resipi nie lom perna lg akak cuba... mmg nampak sedap sgt tu ika...

Lovely Kitchen berkata...

sedap ika mee hoon sup utara kan...teringat ANI SUP UTARA kat s.alam...sempat tu amik gmbar masa berbuka...uish rajin! Ninja x mkn kuih lompat tikam tp rajjin plak ika buat...