Sabtu, 4 Jun 2011

Peanut Butter Chocolate Puding

_DSC0505
PEANUT BUTTER CHOCOLATE PUDING


Salam sabtu sume! :-)

Hari ni kita sibuk sikit, hari hari sibuk hihihi... Lagi satu kita org nak dating ptg2 sikit ni nanti sbb tu kerja2 kena siapkan awal, panggil bbsitter tu datang kul 1ptg, jdnyer kena siapkan makan tgh hari dgn malam sekali, biasanyer masak yg senang2 ajerrr, tak pun kena tanyer dia org nak makan apa, biasanyer dia org nak order pizza jer lah! hihihi.... lg senang kerja mak ye tak? cuma masak tgh hari ajerr :D Keadaan kita skrg ni tgh tak stabil tp sibuk jugak nak outing sana sini :D

Ada yg tanyer kan ank2 kita, alhamdulillah dah ok dia org cuma yg kecik ni mcm tak ok sgt lagi tp demam dah tak de maknanyer dah tak risau sgtlah.. Tp nmpknyer mmg dah sihat tuuu :-) mekaseh~~ Resepi ni g kat link bwh tuuu, semalam semalamnyer nmpk kat foodbuzz mcm terbekenan pulak tang peanut butter tu hihihi... sedap! Tp nak kena adjust kalau ikut resepi asal rasanyer adunan puding tu mcm keras kita ni pulak puding2 tak minat yg keras aka kenyal2 sbb lagi suke yg berdangdut gitu hihihi... jdnyer with a few adjustment dr kita kira ok lah kita suke! sedap!!! lepas ni mmg kena byk berjalan :D

NOTA SIAM>> Ni kita nak share kat sini pulak, dpt kat wall KAK NAZIRA MALIK, Untuk setiap 25kg berat badan kena minum 1 LITER air SEHARI Jdnyer kalau 2 kali ganda dr 25Kg tu 2 LITER lah yerrr, sapalah tu yg kena minum 2 liter wakakaka.....untuk cuci2 lemak sooo mmg satu hari tu keja g bilik air ajer lah hihihi...

PEANUT BUTTER CHOCOLATE PUDING

Source:FOODIES@HOME

Lapisan Peanut Butter Puding
Bahan2:



  • 1/2 Cwn Gula>>yg ni kita kurangkan jd 1/3 cawan ajer
  • 5 tbs Tepung Jagung>>yg ni kita kurangkan jd 3sb sahaja utk dptkan puding yg lembut
  • 1/2 cwn Whipping Cream
  • 1 3/4 Susu Segar
  • 1/2 cwn Peanut butter>>yg kita letak tak penuh
  • 1 tsp Vanilla Essence>>tak letak
  • Garam>>yg ni tak letak
Bhn2 hiasan:
Whipping krim di pukul sehingga kental, serbuk koko atau apa2 topping kegemaran.

Method:

Di dalam periuk non stick, satukan semua bahan2 di atas kecuali peanut butter dan essen vanila. Masak di atas api sederhana besar sehingga mendidih, adunan hendaklah sentiasa dikacau utk mendapatkan hasil yg smooth tidak berketul ketul. Selepas itu, alihkan periuk td ke tepi dan masukkan peanut butter td dan kacau dahulu sehingga sebati dgn adunan td sebelum dimasak kembali di atas api sederhana besar. Masak kembali sehingga pekat kemudian matikan api dan sejukkan dlm beberapa minit dan masukkan esen vanila(yg ni kita masukkan sekali dgn adunan pertama) dan tuangkan didalam acuan kegemaran anda, letak tepi.


_DSC0509_DSC0510
makan bertoppingkan whipped creammm waduhhhhh.. num air byk2 lepas ni :D

Lapisan chocolate puding
Bahan2:



  • 6 Tbs gula>>yg ni kita letak 4sb ajer
  • 2 tbs Tepung jagung>>yg ni kita letak 1sb
  • 2 Tbs Serbuk Koko>> yg ni pulak kita tambah 1sk coklat emulco
  • 1 1/2 cwn susu segar
  • 1/2 cwn whipping cream
  • 5 ounces Susu perasa coklat
  • 1 tsp vanilla

Method:

Di dalam periuk non stick, masukkan semua bhn2 di atas kecuali susu perasa coklat, dan masak di atas api sederhana besar sehingga pekat. Hendaklah sentiasa di kacau dan apabila sudah pekat ketepikan sebentar dan masukkan susu perasa coklat td dan kacau sehingga sebati. Masak kembali di atas api td sehingga adunan betul2 pekat (untuk adunan ni mmg kita buat lembut bukan lembik :D) Matikan api dan tuang adunan coklat td di atas adunan peanut butter puding yg telah di masak n dimasukkan kedalam acuan td, buat sehingga habis dan masukkan adunan puding yg telah siap di masukkan ke dalam acuan td di dalam peti sejuk sekurang kurangnyer 2 jam atau lebih.. Hiaskan dengan Whipped cream atau topping kesukaan masing2 sedap dimakan sejuk sejuk!!! :D


_DSC0504

Jemput ambik ya, tuan umah nak berjimba jimba :D

21 ulasan:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih berkata...

amboiii...pagi pagi ni tayang yang paling mengancam....

anymz berkata...

akak dtg pagi2 nak ambik puding..
oppsss...angkut resepi sekali lah..
akak chow dulu ,nak pi kenduri.tlg meriuhkan diri di sana..nah ambik asam pedas buat dinner mlm ni ya..hehe

Diana @ Melley Mey berkata...

Assalamualaikum ika..
wah pepagi dah nmpk puding yg cantik n comel nie... cantiikk nya... meh bg akak segelas... :)

dZana berkata...

mak oii.. belapis2 bagai.. belemak2 gitew.. naik lah kg cam ni.. bjimba ke mn tu..

Ida,Japan berkata...

Ika..akak nak2...simpan tau,jap lagi nk terbang dr Nihon..lupakan kolestrol & lemak seketika ha.ha.ha, kalau mkn mesti tak hingat

cikmanggis berkata...

berapa Tong air ni makcik kena minum hihi.Cantiknya puding ni ika..Cm pejam mata dan bayangkan kesedepannya:)selamat berdating la ya:)

Nieza berkata...

sedapnya puding tu...akak nk segelas yer...:)

CT Delima berkata...

As'salam Ika

ikaaaa cayangggg..kak ct nak 2 gelas uding tu. nak jugaaaak..kalau dah habis please buat lagi... hihihihi.

nasib baik lah kak ct berat 25kg tu tak boleh diganda dua, kuranglah sikit kena minum air kan..kan.. hahahaha

selamat berhujung minggu ika cayangg :DD

quinnie berkata...

ika unnie ko ni pun nak ambik segelas...hehhe...kat rumah ni kalau buat dessert cam gini derang bukannya nak makan...lecehhh!!

HaSue berkata...

perghhh..kalo wat ni kompom lari pecut lagik diet akak ijah oihh...cantik laaaa..mesti sedap da bombastik

Nur-nba berkata...

Waduh2.. sedapnya.. Ngences kami dibuatnya.. nak segelas... hehe :)

♥LOVE2COOK♥ berkata...

First class presentation dear! Really admire your photo!!! :D

Amie berkata...

assalamualaikum,
pertama kali dtg dpt hidangan yg cukup menyelerakan.... sukanya... kak amie follow & add link yea...

ibh berkata...

Emmm..no komen!..mesti dah habis ni..kikikikiii....menyelerakan betul la ika....Ko memang tau..selalu ja nak kantoikan diet akak ko ni..

Juwita Jamaludin berkata...

Nampak sedap la ika... Wah boleh cuba ni.. Bestnya gi dating..:)

ady berkata...

as-salam
wow!terliurnya..nk segelas blh..

Ummi berkata...

Assalam Ika...amboiiii, komain menayang kat akak pudding tuh...xda ke nak menghulur niiii...uwaaa

ShashaCatering berkata...

Nota siam tu saya suka. Saya minum air banyak (lebih 2l) tapi tak der selalu pegi bilik air pun.

Mungkin saya dah biasa minum banyak kot ;)

Yat Maria berkata...

Ikaaaaaaaaaaaaaa...

halamak...ni kira akak kena minur air 1 TEMPAYAN!!!!!! pengsannnnnnnnn!!!!!!!

kakpah berkata...

wow ..nampak rich puding ni. kalau makn mesti rasa tertinggal kat tekak. Bawak balik ye...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

oishii sou...meleleh2 ayaq lioq cheq...ayu mmg suka dessert gini...salam kenal dari Oyama :))