Rabu, 14 Mac 2012

Nasi Daging Berempah, Daging Bakar dan Air Asam

_DSC0865
NASI DAGING BEREMPAH, DAGING PANGGANG N AIR ASAM

Salam pagi rabu sume :-),

Dah ada menu utk hari ini? ececece.... kita lepas lunch nanti kena pergi tadika tgk budak main bola sepak :D Tapi kan, nk bercerita sikit bukan mengumpat, sejak2 ni stress dgn kerenah sorang mak jepun ni lerr, kwnnya mak si arika ni.. ssh betul nak gmbrkan perangai dia ni, yg pasti, tuhan jer yg tahu perangai sebenar dia ni, geram sgt2. Swimming lesson utk ank2 kita setiap hari selasa dr 4 stgh sampai 5 stgh, itu dulu2 lerr tp sejak kwn arika ni join kita terpaksa mengalah pendekkan waktu lesson arika kepada 15 min, ok lah tu fair n lovely kan :D tp dia ni mcm tak bertimbang rasa pulak, dah ler kacau jadual ank org, patutnyer kena hormat lah dgn org yg terdahulu tp sebaliknya pulak, kita yg terpaksa ikut kata dia. Skrg ni cuti sekolah dia bwk pulak kwn ank dia join lesson tu sesuka hati, itu tak kesah lerrr yg geram sgt ni, ikut turn lerrr, mana yg dulu, dia ler yg belajar, yg last tu buat cara last, haish! malas ler nak tanya2.. ank2 kita ni sbb tak leh duk lama2 main dlm air nanti sume bersin2 :(

Layan menu kat atas ni lerr, lagi dipikir lagi geram, boleh buat kepala kita jadi kusut gituu ehehe... Resepi terbaek dr KAK FIDA MyR, rasanyer byk jugak resepi nasi2 mcm ni dr kak fida, nasi tomato ayam pun kak fida :D Minta izin n halal kembali resepinya, terima kasih! Untuk Resepi daging panggang dgn air asam sendirian berhad, sekian :D Terima kasih setiap kunjungan :-)

NASI DAGING BEREMPAH
Resepi Asal : KAK FIDA

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
  • 1 kilo beras - basuh dan toskan
  • 500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
  • 1 cawan susu cair>>ganti dgn fresh milk sbb takde stok susu cair
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili>>yg ni tak masukkan takut pedas budak2 tak makan :D
  • 1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
  • Air secukupnya
  • daun sup dan daun bawang - dihiris
  • 1 cawan bawang goreng
  • 20 ulas bawang merah*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 sb ketumbar biji*-disangar
  • 2 sk jintan halus/putih*- disangar
  • 1/2 jari halia*
  • 2 sb kismis*
  • 4 tangkai cili hijau*
  • penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 batang serai - dititik
  • 1sb rempah kari daging>>yg ni tambahan kita yg letak :D resepi asal tak letak ya

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan. >>Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  3. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  4. Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.

_DSC0866_DSC0861
perfecto!

AIR ASAM
Sumber : ARAH

Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat
_DSC0847

DAGING PANGGANG
Resepi Asal : ARAH

Bahan2

  • Beberapa hiris daging lembu>>yg ni kalau boleh gunakan tenderloin
  • Lada Hitam yg dah ditumbuk sedikit
  • Ketumbar dan Jintan Halus yg di sangan dan tumbuk, sedikit
  • Kicap Cair sedikit

**bhn2 di atas bergantung dgn jumlah berapa byk hirisan daging, agak2 ya :D


Cara2

Gaul kesemua bhn2 di atas td dgn daging, perap sekejap dlm 15minit. Kemudian boleh lah dibakar di atas arang atau grill pan sampai masak. Boleh dimakan dgn air asam tadi. Selamat mencuba!

18 ulasan:

Amie berkata...

Adoiiii Ika.... ngencesss! Mana nak cari ni...tak tahan mata tengok, sedapppppp! Ada lagi tak...nak tapau sikit!

noor berkata...

Ika....semuanya sedap sedap belaka terutamanya air asam tu ...mengamcam sungguh la.

Kamalia berkata...

kamalia datang ni..
lapaq la ika tengok nasi ni..sedapnya tengok nasi itu..rasanya pernah buat kot..haha..
terus pi dapuq cari nasi, nak makan nasik la pulak la..;p

ady berkata...

as-salam ikan
pagi2 dah ada nasi daging berempah..sedap betul tgk nasi tu..kalau dapat rasa lagi sedap!!!

Chik Mimi berkata...

ijahhh sedapnya stok rempah ada lagi tu buleh buat weekends ni :0

☆*♥L@dy @yU♥*☆ berkata...

ya ampun sedapnyer uols
meleleh ayaq lioq dah ni
ai loikeee lama x buat
cepatlah pindah sini boley terjah umah uols selalu boley tumpang makanggg

tun_telani berkata...

x makan daging.. tp terliur tgk air asam tuuuu ^^

Gee® berkata...

Sedapnya...mengancam betol lah Ika... k.gee selalu terlior kalau masuk sini... adoyaiiii

Watierman berkata...

Assalam Dik Ikaaaaaa ada kenduri ke kat sini....terasa macam ada jemputan aje!!!

dZana berkata...

gabungan yg mantap.. nasi brempah dgn dging bakar tu.. air asam pulak.. mmg bikin ngences ni..

Sue @ Nenie berkata...

Salam Ika..tengah2 hari ni bile bersinggah sini, terasa lapar plak tengok nasi berempah ni

Mamamya berkata...

wawawaaaa...ini lah menu yg buat akak terasa lapor smlm w'pun baru lps makan sup ayam..huhuuu...

akak copy resepi ika...tunggu boss balik next week nak try buat lah... :) sambal asam n daging bakar yg x tahan tu..ngencess nengok..heheee

Leen Loyangkuih.com berkata...

Waahhhh!!!sedapnyaaa dging bakar...feberet akak..huwaaa...lama tak makan...

ibh berkata...

Ika..jann lupa simpan skit tuk akak tau..:p Ngeeee

Nieza berkata...

assalam Ika, wahhh sedap set nasi daging ni.akak memang suka bangat.lama dah tak buat nasi daging ni terliur lak rasa..:)

chris berkata...

Hello!
I invite you to visit Blogspot Directory
I am a member of Directory Blogspot and I create
I think this community could also interest you.
His goal: to familiarize your blog, and thus the possibility to exchange with various countries, whether cultural or other
The more people and more opportunities it will give, you are some sort of ambassador of this blog, it has also to do you know after contactset your friends!
To find out, click on the link below:
http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

I wish you a great day
friendly
Chris

Ummi berkata...

Assalam Ika cayangggg..apa kabor..? Maaflah lama x jenguk..dah jarang beron9 sekarang ni..rasa nak tutup buku2 resepi je daaahh...buka buku lain laks...hehehee.. Teruskan update yaaa..akak cuci mata selalu sini... Sedapnya nasi daging dgn air asam tu...fav akak ni...lama dah x makan... Salam ingatan dr akak, muaahh!

Juwita Jamaludin berkata...

Salam ika.. sedapnya nasi ni akak dah buat hari ni.. hihihii baru sempat nak bagi salam.. tak tahan tgk semalam..:)