Dr depan :D >>
MURTABAK, ROTI TELUR dan
ROTI SARDINSalam kembali dhari jumaat yg mulia buat sume org dimana saja anda berada ;-),
Memula plan nak turun MENJALA tp mcm malas pulak sbb mendung kat luar sana tu!! ehehe... jdnyer kita main tebar2 koyak2 tarik2 jer lah kat dlm umah!! hari ni tak mo mkn nasik nak makan jenis ambik sana ambik sini sikit ambik kat situ sikit :D jdlah roti ni sume, saja nak pelbagai kan lagi roti nii kan, sbnrnyer kita dah lamaaaa sgt tak mkn murtabak bila nampak KAK CM buat murtabak aka mentadak :D segera ituuu lagi lah tak sabo nak buat!! nak guna kulit popiah boleh tp oleh kerana dah mencanai sekali lagi niii bolehlah buat 3 in 1!! :D tak pe, tak penat mana pun cuma dok tunggu jerr sbb BM yg bekerja sepenuhnyer :D jdnyer kita tukang cek masa jer lah!! Sejak mula cuba dan sampai sekarang ni kita cuma guna resepi dr JOAYEE jerr sbb mmg lembut dan sedap!! tenkiu ya kak jo!! walau kak jo tak masuk sini tp ucapan terima kasih tu ttp ducapkan sbb sudi berkongsi resepi yg best ni :-), n mintak izin dan halalkan sbb nak dcopy n paste dsini resepinyer sbb MyR jem!! tenkiu!! tapi resepi ni kena ikut step yg dsuruh sbb mmg best!! mcm renyah tp hasilnyer memuaskan :-),
ROTI CANAI
Bahan-bahan
550 gm tepung gandum
*250 gm air
*1 egg-50gm
*3 tbsp susu pekat manis-60gm
*1 tsp garam-6gm
*1 tsp butter/margerin-15gm
1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
uli hingga jadi doh
rehatkan doh selama 10min
uli lagi selama 5min
**ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2. *hana perap dalam minyak msk! gune marjerin pon bleh!
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
*tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.
>>Untuk inti kita ambik kat umah KAK CM, tenkiu kak!! kita mintak ijin resepinyer letak sini ya.
INTI MURTABAK
Bahan-bahannya:)
200 gm daging cincang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu teh lada putih
1 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun bawanggaram dan gula secukup rasa.
2 biji telur ayamkuli popia secukupnya
Cara-caranya:)
Bawang besar dan bawang putih dicincang halus.Daun ketumbar dan daun bawang potong kecil-kecil.
Panaskan minyak tumiskan bawang cincang sampa naik bau .Masukkan rempah kari (campur sedikit air).Tumis sampai wangi
Masukkan daging cincang kacau rata,tambah sedikit air ,letakkan garam dan sedikit gula masak sampai kuahnya kering.
Taburkan daun bawang dan daun ketumbar,gaul rata.Biarkan sejuk sedikit baru campurkan telur.
Sendukkan inti kedalam kulit popia dan lipat seperti murtabak .Goreng hingga masak tapi jangan guna minyak yang terlalu banyak sebab kulit popia ni serap minyak.Sedap dimakan bersama bawang jeruk.