Jumaat, 3 Jun 2011

Kek Puding Karamel

_DSC0461
KEK PUDING KARAMEL

Salam jumaat yg mulia sume :-)

Dah masuk bulan rejab, ada yg puasa n ada yg tak puasa, ikut kemampuan kita dlm golongan yg tak berpuasa :-) Buat ni semalam tp sebelum tu ada buat sume tak menjadik hihihi **ketawa sopan** Kalau karamel2 niii suke dgn karamel nyer n kita selalunyer akn buat 2 kali ganda resepi asal tuk karamel ajerr sedap sehingga menjilat sudu :D

Resepi asal dr KAK YANI dan sebelum2 ni pun dah ramai yg buat kita pun dah buat tp masa dulu2 buat cantek elok ajerrr puding nyer tp kali ni byk lubang semut :D TAPI tekstur kejadiannyer keknyer kita suke, kalau sebelumnyer pulak kejadian keknyer kita tak suke mcm kering gitu kali ni lembap2 sikit suke! Meh ulang tyg sekali lagi resepinyer...INGAT.. mkn sejuk2 baru sedap dan tuang lebihan karamel tadi masa nak makan yummmyyyy!!!! :D Leh tengok SINI jugak n3 yg sebelumnyer..

KEK PUDING KARAMEL

Bahan-bahan
  • Karamel
  • 60g gula- hana kurangkan 2sb je. air 1sb
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 2 biji telur
  • 400ml susu cair@segar>>kita guna susu cair :D
  • 35g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan

_DSC0465
Nak makan kena tuang lebihan karamel walahhhhh!!! enak! :D

Cara-cara
  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
  2. Sediakan karamel: Panaskan gula sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding: Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
  4. Sediakan kek span: Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula (30g) sehingga kembang.
  5. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula(30g) lagi sehingga jadi bentuk krim.
  6. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  7. Ayak tepung ke dalam adunan telur. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  8. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  9. Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2.
  10. Tuangkan adunan kek tadi secara berselang seli ke dalam loyang puding tadi. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  11. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.


_DSC0468

20 ulasan:

  1. as-salam
    Waaah...sedapnye...cantik warnanye..
    sedap makan sejuk2 ni..

    BalasPadam
  2. dah lama da tak buat kek ni... karang kalau buat anak2 tanya.. umi nak makan kek, tapi tak nak lembik2 ni.. haha.. diorang tak reti amkan pulak kalau cantum gitu. haishh..

    tu cromin mata sapa tu? nampak nak snap tak pakai cremin mata tuuuuuu..huekekkee

    BalasPadam
  3. kek ni membuatkan kita tak dapat tido malam hehe selalu gagal:(

    BalasPadam
  4. As'salam Ika

    vavavava....telan air lur dulu. dah puas telan air liur kat rumah tadi..hahaha.

    wahhh..sangat sedap bila melihatnya. menduga keimanan ingin mencuba gak. tapi menjadi tak nanti. emm.. itulah masalahnya, kalau tak jadi mesti kuinikecewa..huhuhu

    BalasPadam
  5. Aslmkum mokcik.. pagi2 dah menayang.. cian org puasa tau.. akk tak pe..geng dgn ko kan.. suke tgok2, belek2, pas tu check stok.. hahahaha..kongsi sikit kek ni ehh.. lupa.. anak2 dah ok ke..

    BalasPadam
  6. lama dah tak buat kek cenggini..,malas nak asing telur..hehe

    BalasPadam
  7. salam..pernah buat hehhe tapi x menjadi maluuuuuuuuu begang tul...sampai skrg negok org punya aje leee..entah bila leee nak menerai lagi ni,,,nak rasa 4 ketul....

    BalasPadam
  8. salam arah- baru masuk list nak buat....arah dh buat ....cantik pulak tu

    BalasPadam
  9. Ijaaaa
    Wooaahhh if onlyyy hehehe.. belum cuba lagi kek ni.. nanti if i got time i will try and bake it.. sedap dimakan sejuk sejuk eh.. sure nice and cooling kannn

    BalasPadam
  10. cantiknya kek kafamel ni..betul2menggoda2....tak pernah buat lagi..masuk list ya..tq

    BalasPadam
  11. ijah.. meh 3 keping utk akak.. utk org pose arini :)

    cuba buat puding roti karamel yg akak buat semalam tu, tak ada pun bau ke'ayam'an dlm puding tu :)

    BalasPadam
  12. Salam ika... Cantiknya warna keknya.. Geram tgk.... Pstt: speak mata ika ke tue...:)

    BalasPadam
  13. memang seram nak buat benda cam ni..takut tak jadi.

    lagi satu kan virus M banyaklah ika oii

    BalasPadam
  14. Assala ika,
    cantik kek karamel ika ni..akak belum pernah cuba kek2 yang jenis begini..1st tak reti buat.2nd rakyat jelata pun kureng..3rd, fridge kecik, sebab dah penuh dgn harta karun yang lain..hehehe...rasa seketul buat lepas kempunan..

    BalasPadam
  15. salam ika...
    wah.. jeles jeles... kek ini dah lama akak berangan2 nak buat.. tapi sampai skrg tak buat2 lg... sampai dah abis musim dah (musim yg pertama dulu..) punya lama simpan angan2 sampai terlupa terus.. ini ika tayang balik ni.. angan2 akak bersambung balik.. kehkehkeh..

    BalasPadam
  16. Salam Ika...Wahhhhh...Lamanya ta k buat puding ni..Tgk Ika punya tetiba pula rasa teringin....

    Sedap tu, nampak halussss jeeeee

    BalasPadam
  17. ika,sedap kan puding ni?..rasa nak buat lagi lah..isshhh...ko ni ikaaa..leceh arrrr...dah tirguda niii..

    BalasPadam
  18. wow sedapnya..sabar jer tau masuk sini...simpan utk akak yer nak berbuka nanti 10jam lagi ni...hee

    BalasPadam
  19. ika....
    sungguh cantik... menarik... akak memang tertarik nengoknya tau... cantik2!!

    BalasPadam