Sabtu, 30 Julai 2011

Nasi Daging dan Air Asam

_DSC0832
NASI DAGING n AIR ASAM


Salam di ptg sabtu :-)

Sebelum tu nak ucapkan SELAMAT MEYAMBUT RAMADHAN buat semua tak kira dimana anda berada, semoga dapat menyempurnakan ibadah puasa dgn keadaan yg sihat buat semua insyaAllah dan mudah mudahan segala amalan kita di terimaNYA insyaAlla aminnn... Minta maaf juga sekiranyer ada salah dan silap sama ada sengaja atau pun tidak sengaja semasa kita menulis setiap n3 seblumnyer dan skrg ini dan juga pd masa akn datang juga, sesungguhnyer saya hanyalah insan yg lemah.

NASI DAGING, hmmmm..... sapa2 tak de idea utk buat menu apa berbuka nanti leh masukkan sekali list ni dlm menu berbuka ya, sedap n senang! Kita pun dah plan lah puasa2 ni nak buat menu2 mcm ni senang citer kan tp beras basmathi kita pulak dah habes! wakakaka.... esok g carik :D Resepi asal dr KAK DAYANG JACK, mcm biasa yg selalu buat promosi KAKAK SECUBIT GARAM, terima kasih buat kekanda2 ku berdua, sgt sedap! Minta izin n halal juga resepinyer, untuk resepi air asam kita guna resepi kita :-)

Kak norrr!!! betullah nii td ank dara tu mintak suppp! dia tak mintak tp lepas hidang, ada dgr suara sumbang dia ckp mcm ni >>> "Sedapnyerr kalau ada sup sekali" >>wakakakaka... sian pulak, petang nanti buatkan sup :D

Kita pulak makan dgn ulam ulaman, memula ingat nak buat acar mentah baru teringat dah ada air asam! hihihi....

NASI DAGING n AIR ASAM
Resepi Asal : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

bahan-bahan : 4 orang makan


Bahan A :
  • 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
  • 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)>>kita gantikan rempah kari 1 sb
  • 2 helai daun pandan
  • 80 ml susu cair
  • 1 sudu makan puri tomato>>Kita guna crushed tomato dlm tin
  • 2 helai daun limau purut
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak sapi>>uuuwaaaaaaaa... minyak sapi tak de guna butter jerr!

Bahan B :
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
  • 1 batang serai (diketuk)
_DSC0844
lama tak ambik gmbr senget :D

Cara-cara :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.

_DSC0834
jemput makan :D

AIR ASAM
Sumber : ARAH

Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat

_DSC0839
AIR ASAM

19 ulasan:

  1. ika cayang.....kak mas pun nak buat nasi daging ni....
    baru jerk tengok kat dapur kak nor..
    ika dah buat lak..
    cepat betoiii...

    BalasPadam
  2. aduhai.. manja nyer ayat si anak dara tu.. hahhh! kan dah cakap kena buat.. sian anak dara nak kuah .. ingat tu letak celery

    BalasPadam
  3. perhhhhh melatop menu ni...
    rasa baru tgk kat dapur k.nor semalam hary ni dapur uols plak...cepat kasi sepinggan lapar giler ni ngeeee :D

    BalasPadam
  4. ika cayang...
    akak nk tumpang mkn nasi kt sini..arini dapor akak x berasap..nk gi ronda2

    BalasPadam
  5. kak ika cayang.. tumpang tengok je.. tun x makan daging.. hehe

    BalasPadam
  6. bulan posa ni boleh cuba aor asam dan nasi daging ni tapi tambah suppp hehe.Selamat berpuasa Ika:)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum ika akak cayang...
    huhuuu.. nak nangiis jap... uwaaaa....
    ari tu dah tergoda dah.. skg tergoda lg kat dapur ika nie.. memang akak x der peluang ler nie kan nak buat... hari nie dah x masak.. esok lagi ler x masak... huhuhuuuu... sebulan cuti.. x per kalau teringin nnt nak juga buat... hehehehe... meh antar ckit kat akak ... meleleh air liur tgk tau..

    BalasPadam
  8. salam ika..sedapnye nasi daging itew..leh wat modal buka pose :)

    salam ramadhan ika, jmpot amik kad kt umah kite k :)

    BalasPadam
  9. Ikaaaaa..... cakap pelan2 ni...psssst...Kak Amie datang bawa pinggan kosong, nak minta sesenduk dua nasi daging, jangan lupa bubuh air asam lebih sikit.... terimakasih ye Ika...

    BalasPadam
  10. ting tong! ehh lupa tuan rumah titun.. slow2 bukak pintu, bukak tudung saji pastu letak nasi goreng dgn ayam butter rangup utk tuan rumah yg terbongkang.. sori ya lambat antor, baru balik merempit dgn sister k.nor.. kejap lg nak gi epot antor dia nak balik puchong :)

    BalasPadam
  11. salam Ika..

    whaaaaa! nk nangis akak nengok nasi daging ni...ade lg ke tak tuu??...akak br on9 ni...slalu je ketinggalan..x sempat BW. pas tu line tenet bkn main slow lg...membantutkan selera akak nk menjamu mata je..hehe

    apa2pun terima kasih ika n jg kak Nor krn sudi mencube resepi ni yer. mmmuahhh utk u all berdua...

    BalasPadam
  12. aimisiu toooooo....sibuk bebeo sejak dua menjak ni...wahhh tgh2 penat ni terliur sgt ler nengok menu itew... selamat berpuasa juga! wahh tahun depan balik jepun ye, insyaallah ada rezeki nak sgt ketemu!

    BalasPadam
  13. salam adikku ika yg diingati dan dikasihi selalu...hheheheh...selamat menyambut ramadhan almubarak buat ika dan keluarga tersayang....

    bestnya nasik daging...hari tu baru je tengok kat rumah kaknor....fav kita nih...salah satu menu tuk bulan puasa ni...:)

    BalasPadam
  14. Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa buat Ika cayang sekeluarga - ada kad khas buat kekawan kat rumah Along.
    Waduh2 best nya masakan Ika niii.... takda hantor kat Along ker?

    BalasPadam
  15. Salam ramadhan n selamat berpuasa buat kak ika n famili...sedap nya nasik daging tuh...=0).

    BalasPadam
  16. salam ika..ni bukan takat menu berbuka tp utk menu pagi raa sekali...sedap tu..

    BalasPadam