Hari ni ninja kena kerja, jadinyer kita ler yg kena lyn budak2 ni g taman, malasnyer lahhh nak kuar2 tp kesian budak2 ni asyik stuck kat rumah ajerr kan.. Jadinyer kita akn online balik petang2 tak pun malam2 insyaAllah.. Terima kasih setiap kunjungan n selamat beristirehat suke!
Ni n3 tertunda jugak ya :D dah buat ni minggu lepas klu tak silap lupa pulak hari apa. Kali ni Guna resepi kak Tulip kat MyR.. Buat roti ni kalau ulinyer betul, yis tak mati insyaAllah jadi gemuk2 atau jadi roti :D DANNNN utk penggunaan bread improver ni penting jugak sbnrnyer, utk pastikan roti tu lembut walau dibiarkan kat luar tanpa bertutup, dah byk resepi kita guna kalau buat roti ni sbb suke cuba2 resepi baru n byk jugak pengalamanyer yg tak mo naik2 pun ada ehehehe.. lagi satu, kalau nak masukkan butter kena proses akhir sekali lepas doh dah sebati, barulah masukkan butter :-) dun giv up kalau once buat tak menjadik, cuba carik kesilapan kat mana, dlm proses ni kita boleh belajar perbetulkan mana yg silap, resepi ni mcm ibaratnyer nak berubat carik klinik mana yg sesuwai, kalau jumpa jodohnyer baik lah dia, mcm resepi jugak, rasanyer tak semua org serasi dgn resepi ini, resepi itu, tp yg sana jugak menjadi, lain pulanya bg org lain, jdnyer jgn mengalah, jgn cuba salahkan resepi, cuba dan cuba lagi sambil belajar ececece>>... panjang lebar pulak ya hihihi... ok semua, semoga sentiasa diberkatiNya selalu insyaAllah! Kepada kak tulip minta izin n halal kembali resepinya! Terima kasih!! Resepi asal bun ikan bilis, tp budak2 suke sosej :-)
MINI SOSEJ BUNS
Resepi Asal : ALONGROZZ
Sumber : KAK TULIP MyR
Bahan-bahan ( 12 biji )
- 200g tepung gandum
- 50g tepung halus ( kita guna tepung pau bluekey )>>kita guna tepung kek
- 45g gula kastor
- 2sb susu tepung>>kalau takde susu tepung, boleh digantikan dgn susu segar utk air
- 1/2 st garam
- 1/2 st bread improver
- 1/2 st bread softener>>kita takde yg ni kita gantikan dgn shortening
- 2 sk yis>>kita guna 1 1/2 sk sahaja
- 1 biji telur>>kita guna stgh biji telur n lebihkan kuantiti air
- 100g air
- 2sb butter
- inti - sambal ikan bilis>>ganti sosej
Cara-cara
- Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan kecuali telur,air dan butter. Gaul biar sebati. Masukkan butter dan ramas biar sebati dgn tepung.>>butter masukkan last
- Masukkan telur, gaulkan lagi. Akhir sekali masukkan air sikit2 dan uli hingga dapat doh yg licin & tak melekat di tgn. Uli dgn tangan selama 10-15minit.
- Masukkan dalam bekas bertutup dan letak di tmpt panas selama 20minit supaya doh naik sekali ganda. Dah naik tumbuk2 doh utk kuarkan angin.
- Bahagikan adunan kepada 12 bahagian. Isikan sambal ikan bilis dan tutup kemas. Susun dalam loyang yg telah disapu minyak dan ditabur sedikit tepung.Buat sampai adunan habis.
- Perap sekali lagi selama 30minit supaya bun kembang. Bakar 180degree selama 20minit. Dah siap, masa bun masih panas sapukan butter atas permukaan bun.
- *** Dah buat ptg semalam & pagi nih bun masih lembut & gebu :)