Hari ni ada projek n nak settlekan baju2 dah 2 hari tak gosok, kalau dah termula tangguh dia dah kesedapan jadi tak nak menggosok ehehehe... semalam masa hantar ank sulung jumpa doktor pakar tulang temulang, keimanan mmg tergugat betul, hanya berani menundukkan kepala masa doktor tu ckp ehehehe... kenapa? doktornya separuh muda kot, becermin mata, putih ler pulak tuu, segan pun ada, masa tu nak mintak doktor perempuan tp takde yg bekerja waktu tu, yg ada doktor Nattha khun, ckp dlm bahasa jepun lerr kakkoiiiii! kikikiki... siyess mmg tak berani nk tgk muka doktor tuu :D opsss.. ok balik citer kat atas ni, meh sini tgk monitor pc betul2 :D
Alkisah dah musim durian lembut lerrr, kat siam mg payah nak jumpa durian lembut atau senang kata durian yg masak, ya betul, sini mmg hari2 musim durian tp yg peliknyer durian keras lerrr sbb dia org suke makan durian keras berbanding yg lembik2 mcm org mesia suke makan yg lembut2 kan kan.. beli sebijik suh dia kopekkan sekali, balik rumah makan lah beberapa ulas dah kenyang sbb isis mg padat n tebal gituuu, kenyang terbongkang kata org ehehehe... 2 ulas buat tempoyak>>tak pernah mkn tempoyak sbb tu nk rasa :D pastu selebihnyer buat LEMPUK DURIAN :D dr kecik dah biasa mkn lempuk, kdg lempuk mak kita tu ada kaler durian kuning jerrr, kdg tu kala mcm kat atas ni sbb guna gula melaka, kita masak guna gula melaka, bukak api kecik dekat 45 minit jugak duk kacau2 sampai likat n berkilat, biar tahan lama tp tak sampai lama ni pun dah tggl sikit :D Rasanyer sume org pandai buat lempuk kan kan kan :D Ok minta ijin dulu utk hari ni, ada projek jap lagi, terima kasih setiap kunjungan :-) InsyaAllah ptg2 tak pun malam kalau free buat kunjung balas kembali, terima kasih! kamsahamnida! arigatou gozaimasuuu!
Resepi : ARAH
Bahan-bahan:
- 1 biji durian> yg sederhana besar, ambil isinya
- Gula Melaka ikut kemanisan, kalau nak campur gula putih sikit pun ok
- 1 helai daun pandan
- secubit Garam
Cara-cara
- Asingkan isi durian n biji. Masukkan isi durian dlm periuk beserta gula, ikut kemanisan tapi jgn terlampau byk gulanyer sbb bila sejuk dia keras, masukkan secubit garam dan daun pandan. Dengan menggunakan api kecil, kacau bahan2 yang dicampurkan tadi sehingga likat berkilat lebih kurang 30min-45min, lagi lama lagi bagus sbb tahan lama lempuknyer.
- Bila dah masak, kuarkan daun pandan tadi, dan masukkan dlm bekas bertutup rapat dan boleh dimakan dgn roti dan biskut, boleh juga dicampurkan kek atau muffin atau yang sewaktu dengannya.Bolehlah di simpan di dalam peti ais utk lebih tahan lama lagi.