Rabu, 19 Mei 2010

Ikan Siakap Bakar Berempah WOKU

IKAN SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU

Salam kembali!! :D

Alhamdulillah kenyang sudah, hari ni mimpi mkn awal sbb pagi2 lg kita dah siapkan rencah2 ikan bakar ni ehehe.... Kalau semalam rasa nak tendang2 jerr kuat2 kali ni nak cakar2 sume org ahahaha... sedap banget ikan ni, nama agak pelik tp rasa dia sgt unik! Biasakan kalau mkn siakap ni ada rasa ikan siakaplah kan tp kali ni rencah dia meresap betul kat ikan tu, iteww yg membuatkan kurang sikit rasa2 pelik kat ikan siakap ni.. I told uuuu.... hihihi... mmg akn buat :D to KAK JUN, KAK HANA n BIG BOSS PROMOTE2 KAK UMMI ehehe... mekaseh ya kanda2 ku sekalian sgt sedap! i likeeeeeeee!!! haih! camni leh berkilo kilo naik bdn kita huhuhu... K lah dah tak tahu nak buat apa jap g kena bentang plan tuk hi tea pulak, maklumlah customer tgh bercuti, tu yg larisss jer tuu kantin kat sini.. kang jap g dia org tanyer mkn apa ptg nanti huh!.. Ok mintak ijin n halal juga resepinyer!! maceh!!!! :-)

IKAN SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU

SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU (*note: sangat sedap) - haaaa tgk k.ummi promote nih!
Bahan-bahan
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer! :D
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam

# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.

  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus>>uuwaaaaa..yg ni tak letak tak de stok! huhuhu
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2>>sama mcm kak hana hihihi...
  • 2 cm halia

Bahan Pelengkap - hana buh salad je!>>sama jugak! ahahaha

  • Daun senduduk secukupnya
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur



Yg ini tuk customer kesayangan ya dah tggl isi ajerr tgl ngap jer! kalau masih byk mulut lg mmg nak kena sumbat dgn cili yg tertonggeng tu :D

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...

3 ulasan:

Watierman, rmanbkr berkata...

Salam Dik Ikaaaaaa!! Sedap dan harumnya bau masakan...sampai Penang!...Miss you Dik!!

zaidharis berkata...

Nyum2,
sedapnya,
nak jugak!

Ummi berkata...

Haa...tau xpe..hehee..terima kasih sudi jgk cuba hasil kena promote dgn akak..hehee..tp puashati kan Ika..x bersisa tau anak2 akak makan..hehe