ads/iklan

Jumaat, 14 Mei 2010

Apam Durian

APAM DURIAN

Salam hari jumaat buat semua :-),

Pejam celik pejam celik dah hari jumaat balik rupanyer, maknanyer dah nak hari minggu kejap jer rasa masa berlalu rasa diri semakin tue hihihi...Biasanyer kalau yg membabitkan apam atau pun kuih2 lapis yg sgt leceh ni kita buat malam taww! tgh2 malam hihihi..sbb tu lah kita ni kureng tido pagi kang kul 4 dah kena bgn buat bekal pastu gitu gini tgh hari dah keletang keletung balik kat dapur kalau pagi jan citerlah mmg buzy dgn ank dara yg sorang tu, sume2 nak dcakap klu tak dcakap lammmmmbbbbbaaaaaattttttttttt sgt buat kerja, makan kang dekat 1 jam mandi jgn citerlah keja main air jerr, mulut kita ni pulak pun dah lebih dr dpeaker besornyer hihihi... k lah bebel2 panjang pulak ya :D, meh sini kita cuba resepi baru ya, APAM DURIAN@KAK FIDA MyR, Lembuuuuuttttttttttt sgt dia punyer tekstur tu tak pun kita ni terlebih pukul sbb mmg lembuttt banget! sedap sgt! tak tahu nak kasi thumbs up baper ehehe..mkn pulak dgn kelapa parut, aduhaiiiiiiiiii nikmat betul :D.. D jemput sume dtg makan ya hihihi.. Kak fida yg tak pernah kering ilmu n lokek ilmu dekat MyR tu dan blogger2 jugak ;-), mintak izin ya kak resepinyer dpanjangkan kat sini pulak, mekaseh! leh g MyR jugak ya tuk tgk resepi asal n gmbr tuan punyer resepi :-)

APAM DURIAN

Bahan-bahan ( 50-60 biji cupcake kecil. )
  • 200 g isi durian
  • 200 ml air
  • 2 sb susu manis
  • 4 biji telur
  • 250 g gula halus (kurangkan jika durian manis)
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 sb ovallete
  • 300 g tepung gandum - diayak
  • 1/4 sk esen durian
  • sedikit pewarna kuning

super lembut ehehe...

Cara-cara

  1. Kisar isi durian,air dan susu manis hingga lumat.
  2. Pukul telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula,garam dan ovallete dan terus pukul hingga kembang dan putih selama 5-6 min.
  3. Masukkan tepung dan campuran durian berselang-seli sambil digaul rata.Bubuh esen dan pewarna kuning dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.
  4. Isikan mangkuk2 kecil/lompang dengan kertas kuih dan isikan pula dengan adunan apam biar penuh kedalamnya.Kukus selama 10 min dengan api kuat.
  5. Sejukkan apam dan boleh disajikan.
  6. Adunan apam boleh juga dibubuh penuh ke dalam mangkuk muffin kecil2.

4 ulasan:

Yatie berkata...

Salam Ika, wow ada apam durian kat sini..teringin nak rasa...kat sini takde durianlah, nak ganti apa ya...tak pun nak makan kat sini jelah..ni akak bawakan donut molus domestica...makanlah..hi3...

izahdaut berkata...

memang nampak gebus n lembut..sedap sedap..cam tringin je nak rasa..nak rasa je bukant nak buat.ehehee..comel la

indahhouse berkata...

salam ika,
ala....saya lama nak makan durian..tak aci ika dapat dulu. hehehe. nampak gebush sungguh la apam ni. tak sabar rasanya nak cari durian.. saya amik seketul tau ;)

geraugebang berkata...

sedapnya apam durian..tak pernah lak kak gerau rasa...