Sabtu, 8 Mei 2010

Wanton Soup n Fried Wanton

WANTON SOUP

Salam kembali semua ;-),

Hari ni merajinkan diri sikit buat cik wanton ni ehehe... sebabnyer itu hari nmpk kat umah KAK MIMI dgn fried wantonnyer pastu nmpk kat umah NURINDAH pulak buat wanton jugak! Lama jugak tak buat wanton ni, biasanyer kalau dah termula buat dia akn berulang ulang buat ehehe... Suke sgt makan wanton, skin dia pun ada tanda halal kat sini jdnyer mmg tak de alasanlah kalau tak nak buat sbb ninja tu pun suke! nak2 yg dgoreng tu.. Kali ni mkn wanton dgn sambal kicap mcm indah buat ehehe..sedaplah indah! kita suke! tp lupa nak interpreme sambal kicap tu :D Utk resepi ni chinese fren kita yg ajar jdnyer kita agak2 jer lah! dulu2 pun dah ada buat leh g kat SINI jugak ya..

WANTON SOUP wif SHRIMP FILLING

BAHAN2

  • Wanton Skin ada jual kat mana2 supermarket
  • Chicken/shrimp Filling
  • Sawi dcelur
  • Taugeh dcelur
  • Daun Bawang
  • Bawang Goreng
  • Daun Ketumbar
UNTUK FILLING

  • 150g Minced chicken atau udang
  • 2 Ulas Bawang Putih cincang
  • Daun Bawang agak2 lebih kurang mcm bwg putih jugak
  • Sos Tiram
  • Kicap Cair
  • Putih Telur
  • Tepung jagung
  • Minyak Bijan sikit jer
  • Lada Sulah
  • Garam
  • Gula
CARA2

Satukan sume bhn datas sampai sebati dan perasakan dgn garam, lada sulah, kicap cair, sos siram dan gula rasa ikut selera masing2 ya, kemudian ambik kulit wanton dan balut kemas macam kat atas tu tp yg kat atas tu tak kemas ehehe...ikut suka hati lah ya nak buat gaya mcm mana dan jgn risau dia takkan terbukak atau terburai isinyer sbb dia mmg akn stick dgn kulit dia k.. Didihkan air kemudian masukkan wanton yg siap dbalut td dan rebus bila dah timbul tapis dan susun dlm mangkuk, susun sawi dan taugeh sekali dan tuang sup serta hiaskan dgn daun bawang, bawang goreng dan daun ketumbar.. kalau nak pedas letaklah chili flakes atau yg sewaktu dgnnyer.. :D


Nganga besor2 :D

UNTUK SOUP


  • 1000ml air
  • 15 ekor ikan bilis siang bersih buang kepala sume
  • 5 atau 6 ulas bwg putih tak yah kopek kulit, basuh..
  • 1 labu bwg sederhana besar
  • Leek tak masukkan pun tak pe
  • Kicap cair
  • Garam
  • Gula
  • Minyak Bijan
  • Secubit atau 2 cubit stok ayam
  • Lada sulah
CARA2

Rebus ikan bilis, bwg segala bwg td hingga mendidih... agak2 dah lama sikit.. tapis dan ambik airnyer.. kemudian masukkan kembali kedalam periuk td dan tambah dgn kicap cair, garam, gula dgn stok ayam td, perasakan mengikut selera masing2.. kemudian tuang ke dalam mangkuk yg telah dmasukkan wanton serta sayur celur tadi.. hias dan hidangkan sedai tuk dmakan :-)..



Saiz fonFRIED WANTON

Untuk fried wanton ni just goreng jer tp jgn bukak api besar sgt takut tak masak dan masa nak masaukkan filling tu tak yah byk2 sgt takut lmbt masak pastu kulit jd geseng hihihi... Makan dgn sois cili thai, yummmy!! buat lebih untuk simpankan ninja tu esok nanti senang sbb mmg fev dia :-).. Untuk filling tu buat mcm kat atas tu jer sama jer cuma beza goreng dgn rebus :D




Yg ni bhn2nyer yg dah siap tuk dbungkuskan ;-)

DSC_0003DSC_0005

2 ulasan:

openid berkata...

Salam Ika...
Selamat hari ibu buat Ika.. semoga Ika sentiasa ceria ceria di samping keluarga :)

Nak wonton sikit. hehe :)

Ijan

indahhouse berkata...

salam ika,
sowi baru sempat comment. aritu,kan? tiba2 line tade..
cantik wanton soup dan goreng ika tu.. mesti dah expert sbb slalu buat. Geram tgok yang goreng tu. :)