Rabu, 26 Mei 2010

Kek Pandan Chiffon

KEK CHIFFON PANDAN

Salam sume selamat pagiii :-),

Kita kan pelik betullah, klu ninja tu tak de tak leh tido awal pastu tak ngantuk sgt, TAPI kalau dia ada huh! mcm nak pacak btg mancis kat mata, mmg berat betul! selalu sgt tertido depan tv hihihi.... sbb penakut tu yg tido lmbt! :D Boring2 tu kan baik buat benda berfaedah ni kan, lama benor ngidam nak makan kek chiffon ni tp kita tak berapa pandai sgt nak buat kaup balik tu sokmo ada tompok2 putih sbb tak sebati sgt tp kali ni kira ok jgklah cuma kita tak de loyang lobang tgh tuu, dah jumpa tp berjenama punyer harga kemain mahal! sabo dulu nanti kalau dah jadi keknyer betul2 cantek baru rembat :D.. Ni nmpk ank dara dr java iteewww si deetha tyg kek chiffonnyer nak cekut tak boleh kena buat sendirik :D, guna resepi dr dapur CMG, mcm biasa ya cikmat mintak izin n halal resepinyer :-), sepatutnyer ni versi cupcake, kita buat jugak tp dah malam2 gitu tuang jer adunan kat loyang besar abis citer! tp sajer nak cukupka syarat letak dlm cup jugak ehehe... makan dgn lebihan creamcheese frosting itu hari, super sedap! :D

Dan Takziah juga ducapkan buat IJAN n FAMILY di atas pemergian ayahandanyer yg tercinta kepada penciptanyer, semoga arwah tenang d sana insyaAllah n untuk ijan selamat pulang ke tanah air dgn selamat hendaknyer insyaAllah..

CHIFFON CUPCAKE

Bahan A:-
4 kuning telur (gred A)
50 g gula halus
30 ml pati santan (boleh ganti dgn susu atau pun air)
Secubit garam
100 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 camca teh paste pandan
30 g minyak jagung

Bahan B:-
4 putih telur (gred A)
60 g gula halus
1/2 camca teh cream of tartar>>yg ni tak de! dah buang! tp rasa ttp sedap ;-)


Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Susun paper cup dalam acuan muffin (kurang lebih 24 kepingan paper cup). Dalam satu bekas, satukan semua bahan2 A dan kacau dgn wisk hingga semua sebati dan hancur. Ketepikan sebentar.
  2. Dalam mixing bowl, masukkan putih telur dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Terus memukul hingga pekat dan kental.
  3. Gaulkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan A hingga sebati. Gunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam paper cup tadi hingga penuh. Buat hingga habis dan bakar dalam oven 15 - 20 minit. Sejukkan atas redai sebelum dihidang.

Yg ni versi cupcake, segitu jerlah dptnyer lepas dah tuang kat loyang tu :D ngantuk lerr huhuhu..

3 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
dah cantik kek ciffon tu. kalau saya , blom tentu jadi, sbb tak reti bab pukul telur sampai kental tu. lom pas2 lagi..huhu... mesti kek ni saangat lembutkan? saya amik sekeping tau..

PALATABLE berkata...

Salam Ika, gebunya kek...minta sikit?

http://treatntrick.blogspot.com

TopsyTurvyMum berkata...

salam Ika,

wahhh..nampak sungguh lembut dan gebusss!!

kena masuk lam list ni!