Ahad, 30 Mei 2010

Nasi Goreng Ayam

NASI GORENG AYAM

Salam kembali sume :-),

oppsss... bukan semua tp sebilangan ajerr sbb org kat mesia tgh cuti sakan, kat sini kena kerja sakan :D.. Menu hari ni ala2 nasik ayam, buatkan sup mmg sebijik nasik ayam! sedapppp! ayam dia pun lembuttttttt sgt! Guna beras basmathi tp kids tak suke sgt rasa beras basmathi, nxt time kalau buat guna beras biasa jer, tp kita suke beras basmathi sbb nasi dia peroiiiii, i likeeeee!!! Pastu tuang sos cili+air sikit malas punyer org kan tp sedap ajer! Nmpk kat umah kak yatie us, terus masuk list tuk menu hari niii.. best lah sbb ayam dia lembut sesuwai tuk org yg giginyer ala2 nak loose giteewww ahahaha.... Resepi asal kat umah KAK CM, kita cnp dr umah KAK YATIE US yg tgh bercuti cuti g NY... alahaiiii bilalah dpt g bercuti ni ya? huhuhu.... Resepi mintak izin n halal ya cik manggis yg manis :-) macehhhh!!!

NASI GORENG AYAM

Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ayam- di potong 12 ketul
  • 2 sudu kecil garam*
  • 1 sudu besar serbuk kunyit*
  • 1 sudu besar rempah kari*
  • Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
  • Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.


Bahan Utk Masak Nasi>> kita tumis dgn butter
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit kiub ayam
  • sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
  • 2 bay leaves/ daun ketumbar
  • 4 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 4 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu cair
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad. >> Dan sup :D yg ni versi siam :D

3 ulasan:

izahdaut berkata...

mmg sedap ika..ku suka ayamnye lembut weeeiiiiiiiiiii...sodap ni pekene ngan udang tu..nk dua pinggan

leen hussain berkata...

Ika... akak pun suka beras basmathi...
tapi sesekali beli gak beras biasa...

FiDa@aMiDa berkata...

salam ika..wah sedapnya bak sepingat..teringat nasi goreng ayam kat melaka dulu