Isnin, 10 Mei 2010

Nasi Ayam Ipoh

NASI AYAM IPOH


Salam kembali setelah berpenatan :D,

Sowi ya Kak Hana td terbongkang jap hihihi..penat lerrr mata lebam jerr tak cukup tido, ni gara2 mlm td menguli(BM :D), membakar roti habis dekat kul 2 pagi! dah malam2 si abg leh kata>>MAMA, nak bawak bentou burger.. uuwaaarrghhhh... mana ada roti yang oiii! jdnyer tak nk menghampakan dia esok pg tgk bekal dia lain terpaksa kejut BM yg tgh tido lena ehehe... Jadinyer hari ni untuk akak n abang menu yg lain huh! Pastu td ni kemas gitu gini, lompat sana sini adeehhh..terus kelepakan terbongkang jap sib baik cuti2 jepun :D.. Nasi ayam mmg dah plan dr semalam nak buat jdnyer dr pagi td dah buat air rebusan ayam tu n dah perap ayam tu kiranyer stgh hari lah kan lg sedap! Nmpk kat umah kak ayu, nak jugak tahu mcm mana lainnyer nasi ayam ipoh ni ya.. oowwwhhh...yg best kita suke nasi dia sbb ada bau2an minyak bijan n harum daun pandan sedap! pastu sambal dia pun lain jugak kicap n tak kicap ehehe.... ayam bakar dia pulak simple tak renyah byk bhn, jd keseluruhan adalah sedap! :D yg lain nasi dia ni tauuu... i likeee! Resepi asal dr KAK QUINNIE @ MyR, tapi kita dah lama tak masuk MyR kita cnp dr umah KAK AYU SG, mekaseh both of u! :-) Resipe boleh juling biji mata tp sbnrnyer senang jer buatnyer :D

NASI AYAM IPOH

Bahan Unutk Nasi:-
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan Untuk Ayam:-
1 ekor ayam-
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

Bahan Untuk Sup:-
air secukupnya-
4 bawang putih diketuk-
3 inci halia di hiris-
3 helai batang bawang-
1 biji sengkuang dipotong dadu-
1 sudu besar serbuk lada sulah-

Bahan Untuk Cili
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur-


Bahan Untuk Kicap
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

B
ahan Hiasan

tomato, salad, daun sup dan bawang, timun



Method:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.



7 ulasan:

AjEz ShiPPudEn berkata...

wah sedapnya nasi ayam ipoh tu yerk...nyum..nyum..nyumm...
dah tu muka blog pun dah bayu...suka2 sesuai ngn lagu,.....

cikmanggis berkata...

wah ipoh mali ma..hehe sedap tu!!!

Ayu berkata...

Salam Ika,
wah sudah jadi ini nasi ayam ya..
memang best nasinya tu kan..wangi dan terasa..
lain kali k ayu nak buat nasi ayam biasa pakai resipi yang ini aje...
Memang juling biji mata tengok resipinya..panjang lebar, tapi senang aje nak buat kan..hehe

fuzidss berkata...

wahhhh ... tomato comey tu menambah kan seri

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam ika..nie k.atie bwk tapai pulut...fuh!manis tau..pastu letak lam esbox..sejuk tekak bila mkn.ha!ha!biar ika ngencesss.
k.atie yg dok perak lom buat nasi ayam ipoh nie...bini ninja dh buat?tggu anak2 blk cuti sok2, baru buat!best mkn ramai2...

PALATABLE berkata...

Aduh sedapnya nasi ayam Ipoh, sambal cili dengan kicap tu yg buat makan bertambah2....

http://treatntrick.blogspot.com

Kyuubi_85 berkata...

wah, ayam tu nampak sedap woo. huhuhu