Rabu, 12 Mei 2010

Apam Pisang

APAM PISANG

Salam n pagi sume :D!!!

Sekarang ni kul 5.45pg dah nak mula cerah kang kul 6 dah terang benderang :D, nmpk mendung jer ni..Semalam kebizian sikit sbb ada appnmt dgn dentis, skrg ni tiap2 minggu hari selasa kena jumpa dentist, bukan gigi kita gigi ank kita yg sorang ni, yg abg dah settle kali ni si kakak pulak.. Si kakak ni bagus kena inject pun tak nangis kita yg tgk ni rasa nak angkat kaki jerr ehehe... seriau betul tgk bhn2 dia dah lah kena duk depan2 mata tgk huhuhu...
Apam pisang ni dr minggu lepas nak buat tp tak terbuat sbb kita pun tak tahu semalam ni tgk pisang tu sampai dah nak itam! hihihi... kenalah buat jgk kan kang masuk tong sampah pisang tu :D, suke dgn apam ni sedap banget! Resepi asal kat rumah RINNCHAN tp kita cnp dr umah CMG jer, mintak halal n izin kembali tuk resepinyer ya, tenkiuu!!

APAM PISANG

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (kurang lebih 200 g isi pisang)
3/4 cawan gula halus (mat guna gula perang)
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair (mat guna 1/4 mentega dan 2/4 minyak masak)
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh esen pisang (optional, resipi asal tak letak)
Secubit garam



Untuk apam ni resepi asal guna loyang so ehehe.. kita mg suke buat kecik2 gini :D malas nak potong :D

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan (dalam gambar mat guna "bunt-pan")
  2. Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.
  3. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim (berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  4. Masukkan esen pisang (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 45 minit. Kalau guna acuan kecil2, kukus 10 minit. Gunakan api sederhana besar.

4 ulasan:

aroha mizwa berkata...

suka ngat mkn menu berasaskan pisang nie tapi mlas nk buat he3...sedap nmpk mungkin akan buat jgk nnt..ermm sdap nyer nengok tomyam dgn paprik tuh...roti jala ika nmpk cantik la..ika nie mmg pandai masak..akk suka ngeh2..akk kat lumut..

indahhouse berkata...

salam ika,
wah! ada apam pisang!..saya suka menu pisang2 ni... saya aritu ada beli pisang mas, tapi malas nak buat apa2, godek jadi lempeng....hikhik.. tumpang makan rumah ika jerla. ;)

Watierman, rmanbkr berkata...

Salam Ika......sorry...kereta baru boleh lepas sempadan...si baju merah tu banyak soal lah.....hehehe....nak jerit kuat2 ni....

Happy Mother's Day for a Great Mom like you!!!!

I like apam....sebab tu badan pun dah nak jadi apam yang sangat mekar Dik....huhuhu...lepas ni kena mula buat kuih2 kering...harap2 badan jadi kering sikit...agak2 jalan tak teori Akak ni?

Anyway...miss you Dik....Muaaaahh!!

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

sedapnya...