Jumaat, 14 Mei 2010

Mee Kari

MEE KARI

Salam kembalii!!! :D

Petang atau pun dah nak malam ehehe.. ntahlah bila tak sure malas nak baca news, ketua kumpulan merah dah kena tembak kat kepala tp tak tahu lg sapa yg tembak, nmpknyer keputusan yg baru nak berdamai rasanyer akn menjadi peristiwa berdarah lagi, mintak2 tak de lah berlaku lagi sgt2 menyusahkan org mcm kita ni ehehe...baru nk reda dah huru hara balik sbb nyer kita dah dpt panggilan dr sekolah lg mengatakan balik awal sbb dtakuti jalan jem huh! Oklah citer makan2 pulak :D Eeeeeee..kenapa bila nmpk org buat itu ini kita pun nak buat? sapa ada jawapan??? ehehe... Ni kes TER tengok kat umah DATIN EL dgn mee karinyer, haih! lama tak buat mee kari gini sesekali makan sedap jugak! malah mau dtambah cuma kena control aja ya :D, Pernah buat sblm ni tp guna resepi lain, kali ni pulak guna resepi KAK HANA cuma kak hana pulak ceduk idea letak kerisik dr KAK ANAWAHID haihyaaaaa..ini manyak main pusing2 loooo hihihi :D sedappppp taw! cuma cara tumis jer kita buat ikut cara kita sendirik :D.. paling best ada kerang ehehe..sedap banget ki! gawe dewek yo baru tahu rasanyer hihihi... cnp dr umah MEK JAWA tu :D mekaseehhhh!! Mintak ijin n halal ya resepinyer :D..Tenkiuuuuuu!!!! Kalau nak dikutkan mmg kita pun suke mkn dgn sambal tumis TAPI kita tgh malas nak blend2 lada tu sume ehehe, jdnyer perah limau jer lah! lada jeruk pun entek! hihihi...

MEE KARI

Bahan-bahan
  • mee kuning - celur sekejap
  • 300g potongan ayam/daging/tetel
  • 200g udang segar
  • *1-1/2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 atau lebih tangkai lada merah - leh juga gune cili kering
  • * 1 inci halia
  • * 1 inci lengkuas
  • rempah tumis 4 sekawan
  • 2 sudu besar pes kari daging
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 tangkai daun kari
  • 1-2 sudu besar kerisik
  • 1-2 ketul kiub ayam
  • 1-2 keping asam gelugur
  • santan pekat
  • air
  • fish ball/fish cake
  • tauhu pok
  • kerang rebus - jika ada
  • garam, perisa/gula (jika suka)

  • >>Bahan-bahan sampingan<<
  • sawi - celur ngan pokok2 skali then potong 3cm
  • taugeh - buang ekor
  • telur rebus - belah dua
  • tauhu goreng - hiris nipis
  • bawang goreng, daun bawang, hirisan cili ijau dan merah.
  • limau kasturi / limau nipis
  • cili@lada jeruk
  • sambal tumis


Cara-cara
  1. Blend bahan yang bertanda *.
  2. Tumis bahan2 tersebut dan juga bhn2 rempah tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam/daging/tetel dan juga air. rebus hingga empuk.
  4. Masukkan pes kari daging, serai, daun kari, kiub ayam,asam gelugur dan juga santan. didihkan sebentar.
  5. Masukkan pula udang, kerang, fish ball, tauhu pok,kerisik,garam dan juga perisa/gula jika suka.
  6. Didihkan lagi sekali. tutup api.
  7. Hidangkan mee bersama2 kuah dan bahan2 topping dan juga sambal utk yg suka lebih pedas.

2 ulasan:

hayatcemresi berkata...

esselamu aleykum.
hello,
mee kari looks yummy and delicious healthy too.This looks wonderful.

Kamalia berkata...

uwaa..sodapnye mee kari tu..ade kerang lagi..ni yg ngenjes ni..jeles2..:(