ads/iklan

Jumaat, 21 Mei 2010

BlackPepper Chicken n Broccoli

BLACKPEPPER CHICKEN n BROCCOLI

Salam n selamat pagi sume! :-)

Akceli ni diner last night k hihihi...sibuk lah tak sempat nak n3 sbb kerja menggosok dah 2 hari tak gosok :D.. Semalamnyer menu mmg dah list awal2 tp resepi yg lg satu tu kira fail, tak yah tyg sbb tak ambik gmbrnyer pun hihihi... Resepi yg kat atas ni dr KAK JUN JC, tenkiu kak! sume org makan! tang sayur jer lah muke kita jer yg makan ehehe...masing2 ambik isi jerr huh! ninja tu pun ambik sayur jugak tp tk mcm kita ni yg antu sayur nak2 broccoli mmg suke! Untuk resepi ni mintak izin n halal ya kak jun, macehhhh!!! :-) sedap! harus cuba ;-) tk nak pedas leh kurangkan sikit balackpepper :-)

BLACKPEPPER CHICKEN n BROCCOLI

Bahan2>>
  • 1 pound dada ayam-potong kecil
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1 tsp serbuk lada hitam
  • 1 tsp serbuk lada sulah
  • 1/2 tsp seasoning salt

Gaul semua bahan ni dgn ayam dan perap sekejap.

Bahan sos:
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar serbuk lada sulah
  • 2 sudu teh jus lime atau cuka
  • 1 kiub pati ayam

Sampingan:
  • 1 head broccoli-potong & kukus atau rebus dulu ketepikan
  • 1 btg carrot-hiris & stim ketepikan
  • 1/2 lada benggala warna merah
  • 1/2 lada benggala warna hijau
  • 3 ulas bawang putih- cincang
  • 3 tangkai daun bawang-hiris



Cara2>>
  • Panaskan minyak kemudian goreng ayam, bila dah masak ketepikan. Guna minyak yg sama tumis lada benggala, bawang putih dan daun bawang.
  • Masukkan ayam dan sos kacau rata masak sekejap. kemudian masukkan broccoli dan carrot gaul rata. ( kalu nk berkuah sikit masukkan sikit air ).

2 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
aisehh...dia dah buat dulu..saya baru salin resipi kelmari..hihihi.
huwa...nak beli brokoli..

izahdaut berkata...

tul tu..baru amik resepi tengok dah ada kat sini..tak pe layan sini dolu la..bagus tul dak ika ni, kat sini berita mcm nak perang kat sana, dapur dia totap maintain u!!