ads/iklan

Jumaat, 28 Mei 2010

Sweet Potato/Satsumaimo Dessert

SWEET POTATO/SATSUMAIMO

Salam kembali!!

Dessert jepun yg sgt popular jugak ala2 mashed potato cuma manislah sbb guna sweet potato kan kan kan :D, sedap, lemak berkrim dsukai ramai hihihi.... Kita jarang2 buat dessert ni sbb ank2 kita yg jepun sepruh tu pun tak makan, dia org ni kalau desessert2 gini mmg tak makan, sbb tu kalau buat guna sebijik keledek yg sedang2 besar2 jerr, jdnyer makan terus habis.. Untuk resepi ni leh rujuk kat SINI,KOCHIRA,HERE cara2 penyediaan dia, n kita pun dah ubah suai jugak mengikut kemanisan dia.. Nak buat ni sakit jiwa sikit bukan kerana buatnyer tp kerana dek keledek atau sweet potato tu sendirik sbb kdg2 tu ganyut! dia keras atau ketul2 isinyer tu yg tak best tu, kali ni alhamdulillah dpt keledek yg bagus, tp kalau nak sedap mmg kena guna keledek jepun, berkanji giteewww.. :D Resepi asal letak rum tp kita skip jerr sbb tak menjejaskan pun rasa dia, malah sedap! ni ibarat kek lah niii :D Resepi ni kita dah ubah sikit tau n dah nice dah rasa dia :-)

SWEET POTATO/SATSUMAIMO

Bahan2:

  • 1 biji keledek jepun atau apa2 keledek berat lebih kurang 220g
  • 40ml whipping cream
  • 40g gula atau kurang ikut kemanisan keledek
  • 1 biji kuning telur, divide 2 bhgn untuk sapu permukaan keledek nanti
  • Setitik Esen Vanilla
  • Bijan hitam tuk hiasan


Sgtlah creamynyerrr...

Cara2>>

Basuh keledek td dan bungkuskan dgn sehelai kitchen paper lembap yg telah dbasahkan terlebih dahulu( proses ni untuk mengekalkan kelembapan permukaan keledek), kemudian balut dgn cling wrap dgn kemas sebanyak 2 kali. Selepas itu microwavekan dia lebih kurang 3 minit dgn suhu high atau lebih bergantung dgn microwave masing2, setelah itu balikkan keledek td dan sambung lagi 3 minit lagi, keluarkan dan cucuk keledek dgn menggunakan toothpick sama ada dah masak atau belum, jika belum sambung lagi sehingga keledek betul2 lembut.

Selepas itu, belah dua keledek dan kuarkan isi dia menggunakan sudu, semasa proses ini perlulah berhati hati supaya kulit keledek tidak terkoyak sbb akn dgunakan balik atau pun jika tak nak gunakan gunakan kulit dia just bentuk2kan dia mcm buat cek mek molek.

Isi keledek td dhancurkan sampai lumat, masukkan gula dan butter, gaul lagi sampai sebati, selepas itu masukkan kuning telur gaul sebati lagi dan last sekali masukkan whipping cream bersama dgn setitik esen vanilla, gaul sebati dan masakkan di dlm non stick pan atau periuk non stick lebih kurang paste tu dah tak melekat dekat kuali atau periuk(mcm nak buat mashed potato), kuarkan dan sudukan mashed keledek td kedalam kulit td, padatkan, dan sapu lebihan kuning telur+air td dan tabur bijan hitam di atasnyer.. Bakar di atas alumunium foil yg dah dpanaskan terlebih dahulu dan letak keledek td diatasnyer dan masak sehingga perang, dan sedia untuk dhidang! selamat mencuba!

3 ulasan:

MamaFaMi berkata...

Salaam Ika... Bila baca ingredients dan caranya, quite similar dengan mashed potato kan. Baru je buat mashed potato tadi. Tapi kalau keledek ni, lagi sedap digoreng cicah dengan kuah cili pedas. Perghhh... alahai, lapar balik perut ni. Dahlah kat luar tu gelap nak hujan!

JC berkata...

Wow best ni..akak sukaaa..kt sini pun ada tau mashed sweet potato keledek...selalu org buat waktu thanksgiving n Xmas gitewww...akak memang suka sesangat sebab manis2 gitu...kalu kt sini kt atas nya tu di letak marshmellow..pas tu broil sikit bagi melt marshmellow tu...dan didlm nya letak zest oren atau sikit oren jus..tapi apa pun mashed sweet potato memang sedap ...happy weekends dear

Treat and Trick berkata...

Salam Ika, ini dari Jepun ye, nampak sedap dan cantik warnanya....

http://treatntrick.blogspot,com