Isnin, 17 Mei 2010

Ayam Berempah

AYAM BEREMPAH

Salam kembali :-),

Hari ni budak2 ada kat umah, tersgt bisingnyer umah ni, dr pg sampai skrg tak boleh nak rehat dr berkata kata haih! kang rotan baru tau! Ayam ni gandingkan dgn TEMASEK kat bwh nun, ada lg lawannyer pajeri nenas, lupa pulak nak snap dah malan nak kuarkan memory card tu ehehe... Mmg best ayam ni ;-) byk2 thumbs up kat KAK NUR, suke sgt rasa ayam ni, boleh buat lagi suke kuah dia ;-), Resepi dr KAK NUR SG juga, mekaseh kak, mintak izin n halal lagi tuk resepi yg ke dua ni ya, mekaseh!! sedap!! :-) Hari ni bz sikit dah free nanti buat balas kunjungan, tenkiu :-).

AYAM BEREMPAH

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ayam dicuci bersih dan di potong lapan atau mengikut cita rasa sendiri.
  • sedikit kunyit untuk mengorengkan ayam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 200 ml santan
  • 3 biji bawang besar di kisar (mengikut saiz pada bawang)
  • 4 ulas bawang putih di kisar
  • 6 cm halia di kisar
  • 4 batang serai di kisar
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar rempah kari
  • garam secukup nya
  • sedikit gula (Nur tak letak)
  • 2 helai daun kunyit
  • 1 keping asam gelugur
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-Cara
  • Ayam digaulkan bersama kunyit, garam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.
  • Masukkan santan, garam, asam keping dan juga ayam.
  • Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato jika suka.

2 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
wah..menggoda betul ayam berempah tu. hari ni, makan special ya.. tumpang skaki tau.. hehe..

Yat Maria berkata...

Ikaaaaa...alahhhh..tengok ayam tu tak leh tahan...sedappppp, bungkuskan seketui pun oklah;)