ads/iklan

Isnin, 24 Mei 2010

Murtabak Maggi

MURTABAK MAGGI


Salam n selamat pagi sume!!! :-)

Hari ni bgn pagi bersemangat jerr :D mana taknyer dah telan ubat pastu terbongkang awal hihihi..alhamdulillah sihat, semalam pun dah minum teh halia dr CHIKMIMI iteewww yg membuatkan ilang arah nak membuang angin kat mana! hihihi...tp betul bdn sedap jerrr.. Dan hari ni pun persekolahan bermula setelah seminggu cuti kerana baju2 merah iteewww :D, n pagi2 gini mcm biasalah bz yg terlampau.. untuk resepi akan update semula nanti lepas free k, yg pasti resepi asal kat umah KAK WATIE.. sambung nanti nak masak bentou tuk kakak pulak :D>>Untuk resepi ni mintak izin n halal ya kak watie, sedap sgt2! KAK HANA pun dah buat dulu murtabak ni mmg best cuma kita org berdua ni keja mengira maggi tak sudah2! ahahaha..maklomlah stok amatlah terhad, kena catu tak leh nak bukak jerr maggi tu.. tggl 10 bungkus dah niii nak jimat sampai tahun ni jer hihihi..

Updated:

MURTABAK MAGGI

Bahan-bahan

  • 1 bungkus mee segera (Akak guna Maggi Kari )
  • 2 biji telur
  • 1 peket serbuk perisa mee segera
  • beberapa ekor udang dan crabstick yang dipotong dadu...di goreng sedikit dengan minyak zaiton dan serbuk lada hitam(tak perlu letak serbuk perasa sebab nanti nak campur dengan serbuk perisa maggi dah)>>Yg ni kita gantikan sotong
  • daun bawang dihiris halus
  • 1 biji cili merah(Akak dadukan halus)
  • sengaja tak letak bawang sebab Reena tak suka.>>yg ni kita letak
  • Hirisan Kobis>>yg ni pun kita tmbh

Jemput makan dulu sedap tawww! :D

Cara-cara

  1. Rebuskan mee maggie sehingga kembang dan toskan airnya. Letak ketepi dahulu
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk bersama perisa maggie dan pukul hingga sebati. Masukkan isi udang & ketam tadi, cili merah, daun bawang, mee maggie yg sudah direbus tadi dan gaul hingga sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak, tuang adunan dan gorengkan sehingga masak di dalam non-stick pan seperti membuat telur dadar.
Selamat Mencuba....!!

6 ulasan:

anis berkata...

salam ika.
wah... sedapnya, minta ckit.:))

fuzidss berkata...

anak2 akak akan pasti suka niiii

indahhouse berkata...

salam ika,
wah....betul2 macam murtabak. jeles kita. hihihi. syukur, dah makin sihat.
mata saya plak kelabu2 dah ni. batuk cikit. nak tido...tak larat jalan2 arini... yang ada megi tomyam jer nak wat mutabak ni, agaknya jadi tak? kihkih..

Fiza Amran berkata...

huhuhu.. dah updates resepi jgn lupa bg tahu saya...

izahdaut berkata...

peeh..ika yang nampak isi tu tak tahan nye..rasanya dah banyak dah pusing satu dunia murtabak ni..bila la nak sampai dapur ku..eh sama umur ek..ok lah tu...

Tanpa Nama berkata...

murtabak megi oiishi!!