ads/iklan

Isnin, 10 Mei 2010

Roti Saj n Kari Ayam

ROTI SAJ N KARI AYAM

Salam kembali buat semua d hari isnin :D,

Sowi lah ya semalam sibuk sgt2, dgn baju byk yg nak dbasuh, nak men shopping sayur mayur, yg membasuh fish tank lah kang tgk tv lagi :D hihihi.... Tak sempat nak singgah umah kengkawan, hari ni sibuk nak clearkan baju2 yg dah membukit pulak tuk dratakan dlm erti kata lain IRON uuwaaaaarrghhh skrg ni mcm malas jer nak iron2 tp tgk baju renyuk2 sakit mata huh! Ok, tak leh lama2 bz dgn budak2, yg nangis, yg cari itu ini tak jumpa haih! biasanyer ginilah hari isnin mesti kelam gitu hihihi... Ramai dah yg buat ROTI SAJ ni kita pun tak mo ketinggalan jugak :D Resepi asal kat umah KAK MADIHA, Kita cnp dr umah KAK HANA jer ya, senang nak buat pastu naiknyer pun cepat geram betul tgk ehehe.. mkn ngan kari ayam pun sedap tp kalau dpt mkn dgn kuah2 yg pekat sikit ni lagi sodap! :D Mintak halal n ijin ya resepinyer.. Mekaseh!

ROTI SAJ

Bahan-bahan
  • 1 sb yis mauripan
  • 1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ akak pun ikut sama)- hana pong ikut jugak!
  • 1 1/2 cwn air suam
  • 3 1/2 cwn tepung
  • 1/2 st garam
  • sedikit minyak




Cara membuatnya

  1. Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
  2. Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
  3. Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (Akak bahagikan kepada 10/11 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut minyak)
  4. Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....
Nota MaDiHaA : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.

1 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
Wah, sibuk hari isnin kan? saya pun sama ni. tak larat blogwalkin, nanti nak gi postcenter.
cantik roti saj ika, comel...geram nak ambil satu. hikhik. cepat naik rotinya? ish...nak try jugakla. :)