Selasa, 25 Mei 2010

Bubur Ayam n Sambal Getuk n Kangkung Goreng belacan tauchu

BUBUR AYAM n THE GENG

Salam kembali!! :-)

Jom layan menu lunch kita ala2 org yg nak sgt sakit hihihi.... lama tak makan lah! pastu kan kangkung dr minggu lepas beli kang kuning pulak! :D nak buat goreng2 biasa mkn dgn nasik putih mcm berat lah pulak bdn ni, kalau mkn bubur mcm lightttttttt jer bdn ni ahahaha.. light apa kebendanyer kalau dah keja menambah jer huh! sesekali layan kan menu mcm ni mmg best.. Hari ni terlupa lah pulak kul 5 ada appointment dgn dentist! Si kakak dah 5 kali jumpa dentist, gigi dia keseluruhan dah cantek tggl yg depan 4 btg tu nak dcantekkan lagi kasi thn sampai dia sekolah rendah nanti..huishhh! gigi mama yg tak leh gigit keras2 ni takut pulak rasanyer nak g jumpa dentist ahahaha... sok sok lah lepaskan ank2 dulu :D
Ok bubur nasi ni pun ada resepi jugak tawww! tp klu kat umah mak kita bubur nasi biasa jerr.. Kita pun klu buat bubur nasi mmg suke guna air dr rebusan ayam cuma kita ni malas kita tak kuarkan ayam tu masukkan sekali dgn beras.. Ok resepi skodeng umah KAK HANA, cuma sambal getuk tu ikut tekak kita dah biasa buat :D.. Untuk resepi ni jommmmm tgkkkk :D

BUBUR AYAM dan SAMBAL GETUK

Bahan-bahan
  • 1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
  • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
  • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
  • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
  • sedikit garam
  • 1 liter air
  • * GARNISH *
  • lada merah- xde
  • daun bawang n daun sup
  • sedikit minyak bijan- x buh!
  • * AKSESORI TAMBAHAN *
  • ikan bilis n kacang digoreng
  • lada jeruk- wat sambal getuk!
  • telur masin- xdeeee!
Cara-cara
  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
  5. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik... Bubur ni sgt popular di sebuah kedai jual bubur kat Jalan Sultanah Batu Pahat....(jgn tak tau org Batu Pahat! hehehe aku ler tuh! :D n yg seangkatan denganku k.zana,kak.G,anawahid....)

KANGKUNG GORENG BELACAN DGN TAUCHU


SAMBAL GETUK

SAMBAL GETUK

Bahan2:

  • Segenggam penuh ikan bilis yg dah dbersihkan kepala sume
  • 1 biji lada merah
  • 6 biji cili api lebih atau kurang ikut kepedasan
  • 1 ulas bwg putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci Belacan yg dbakar

Cara2:

Goreng ikan bilis dulu sampai masak atau garing, selepas itu masukkan bhn2 lain n matikan api, pastikan dtutup kualinyer kalau tak nak ada kecederaan serius :D angkat dan toskan, selepas itu dtumbuk bersama sume bhn2 tadi, sedia untuk dhidang!

5 ulasan:

kaksu berkata...

salam ika...menu bubur ni sama macam menu akak semalam...tapi akak wat bekpes...
ika camner keadaan kat sana, moga semua dah ok yer... take care selalu yer...

Yatie berkata...

Salam Ika,
Sedapnya bubur ayam ni...yg best sambal tu dan kangkung belacan....dah terasa2 kat tekak ni...mintak semangkuk, boleh ke...nak jugak...nak...nak....

indahhouse berkata...

salam ika,
dah lama...saya tak makan bubur, rindu... haha

~*as*~ berkata...

Ika,
mcm tau2 je mulut akak ada lumpangen (ulser)x sia2 dtg jengah Ika arini dpt makan bubur.. Adoaiii brp punya lama daa.. x makan kangkung..sambal getuk tu wat akak ngencesss!!

Latika.Dot.Dot. berkata...

sambal getuk tu tak pernah dengar.

macam senang dan sedap je~~