Isnin, 17 Mei 2010

Nasi Temasek

NASI TEMASEK

Salam kembali sume :-),

Hari ni masak nasik kaler maler, suke kaler2 tp tgn keras tak berapa cantek n satu hal lg beras basmathi kita ciput sgt jdnyer terpaksa campur dgn beras biasa ehehe.. tu yg ada panjang ada pendek :D, tak pe lag asal sedap :D.. Nmpk kat umah KAK NUR SG berkenan sungguh, dgn set ayamnyer.. mmg best! mkn dgn pajeri nenas n ayam berempah, mmg sedap! cam mkn kat kenduri kawen :D Mcm biasa kak nur mintak ijin n halal resepinyer :-) tenkiuuu! :-)

NASI TEMASEK

Bahan-BahanSenarai Bertitik Tumpu Khas
  • 1 kilo beras basmathi - cuci dan toskan
  • 8 biji bawang merah kecil - dimayang
  • 2 1/2 halia - dihiris halus
  • 4 ulas bawang putih - dihiris
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 1/2 inci kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 tin susu cair
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 1 cawan minyak
  • 2 helai daun pandan
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau, kuning dan merah untuk renjisan
  • sedikit badam goreng jika suka
  • sedikit kismis untuk ditabur



Cara-Cara

1. Panaskan minyak bersama minyak sapi didalam periuk. Tumis bawang merah,
kemudian masukkan bawang putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah
pelaga.

2. Apabila berbau wangi dan kekuningan, masukkan daun pandan dan beras. Goreng
beras sebentar sambil dibalik-balikkan perlahan-lahan supaya berasa tidak hancur.
Kemudian masukkan air, susu cair dan garam.

3. Tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak. Kemudian renjiskan bahan-bahan pewarna
secara berasingan dan titiskan sedikit air mawar.

4. Apabila nasi telah masak, masukkan kismis. Semasa menghidang taburkan dengan badam goreng. Siap untuk dimakan.

1 ulasan:

cikmanggis berkata...

mesti nasi ni asalnya dari Singapore nih...warna warni cam hujan panas ada rainbow hehe cam kenduri:)