Rabu, 12 Mei 2010

Sup Tomato dgn Kepah

SUP TOMATO DGN KEPAH

Salam kembali sume!!! :D

HAri ni tuan umah malas sikit eh? bukan2!!! malas byk! ehehe... Nmpk tomato sup wif meatball kat umah KAK HAZILA terus jer masuk list atas sekali :D, lama tak makan sup2 mcm tu dan lagi satu kita ni sukelah sgt dgn cik tomato ni :D, dulu dah pernah buat resepi ni terus jatuh cinta tp jarang2 buat kang klu buat selalu bankrupt D hihihi... SIMPLE, SEDAP, CEPAT! ;-) Cuma kita dah adjust sikit ikut keperluan tekak semasa :D hihihi... Resepi asal dr KAK HANI @ RINGO kat MyR, maceh kak! mmg mabeleessssss! Mintak ijin n halal resepinyer juga ya :-)..
ALONGGGG!!! ni lah benda yg kita rebus mlm td tuuu :D ehehe...

SUP TOMATO DGN KEPAH

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 tin whole tomato (crushed)
  • 1 tin air
  • 1 ulas garlic (ketuk dgn belakang pisau, cincang)
  • 1/2 batang cili kering (klu suka pedas tambah - potong 1cm, buang biji)>>yg ni tak letak sbb budak tak leh makan.
  • 3 sb olive oil
  • 400gm clam (saya guna hamaguri, nama sejenis kepah di Jepun)>>kita pun guna yg sama hamaguri kat mesia klu tak de leh carik lala ya :D
  • garam secukup rasa, 1 sb gula,
  • 1/2 st kombucya (optional - boleh ganti dgn 1/2 kiub ikan bilis)
  • 1 tangkai parsley (racik halus)>>Yg ni kita gantikan dgn celery
Kita tambah 1 biji tomato cincang halus dgn 2 sb tomato puree.
>>Untuk clam tu biasanyer kita rebus dulu then airnyer dsimpan buat guna atau gantikan 1 tin air td, pastikan broth td tu dtapis sebelum dsimpan n guna ;-)

Sangat kenyang bila makan dgn homemade bun burger n cheeeseeeeeee :D

Cara-cara

  1. Masukkan kedalam periuk minyak, garlic n cili. Panaskan periuk. bila naik bau, masukkan clam. Kacau.
  2. Masukkan tomato, kacau sebentar. Tambah air, didihkan. Perisakan dgn garam, gula dan kombucya. Biarkan sampai clam terbuka.
  3. Tutup api, tabur separuh parsley kacau, tudung sekejap. Hidang dalam pinggan, tabur lagi parsley.

Tiada ulasan: