Sabtu, 22 Mei 2010

Carrot Cake

CARROT CAKE

Salam kembali ;-),

Hari ni mendung jerrr..idung pun masih sebal2 lagi.. n Terimalah hakikat bahwasanyer saya mmg tak pandai mendeco! hihihi... yg saya tahu cuma campak2 ceri n tabur2 ituuu biji2 kaler maler ahahaha.... Lama ngidam nak buat carrot cake ni tp asyik tangguh bhn2 pun dah ada sib baik carrot tu tak kecut :D, n semalam kita pun mencari brg baking sume belilah walnut sekali, sedap rupanyer letak walnut nii, pastu ada raisin pun jd sedap jugak! sblm ni tak letak sbb kita ingat rasa sama jer tp sedaplah pulak! tergigit2 dia punyer kacang dgn kismis tu sedap! :D Sbnrnyer ni resepi CARROT CAKE MUFFIN wif ORANGE CREAM CHEESE FILLING tp kita malas lah sgt nak buat dia punyer filling walhal senang cuma buat dah malam jd angin MALAS tu bykkk yg dtg sbb ngantuk hihihi... jdnyer tuang jer sume dlm loyang :D.. Resepi kat umah KAK HANA, n resepi asal kat BAKERSDAUGHTER`S, mcm biasa mintak izin ya kak letak sini resepinyer cuma mcm biasalah kan letak madu xtra sedap mcm kak za buat :-)

CARROT CAKE

Bahan-bahan
  • *1 cawan tepung
  • *1/2 sk soda bicarbonat
  • *1 sk baking powder
  • *1 sk serbuk cinnamon
  • * 1/2 sk nutmeg
  • 11/2 cawan carrot - parut
  • 1/2 cawan butter
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula putih - x ltk, cume lebihkan gula perang 1/2cwn>>sama mcm kita jugak
  • 1/2 cawan gula perang
  • 2 sb susu segar - resepi asal rum
  • 1/2 sk esen vanila
  • 1/4 cawan - kismis - cincang kasar
  • 1/4 cawan pecan - cincang -hana gune walnut>>sama :D
  • 1 1/2 sk Madu>>yg ni kita tmbh
Cream Cheese Filling>>yg ni kita tak buat
  • 6 oz cream cheese (170g)
  • 2 sb gula
  • 1/2 sk orange zest
Untuk topping guna CREAMCHEESE FROSTING resepi asal dr KAK NOR

bhn2>>

125g Creamcheese
60g Butter
60g castor sugar>nak kurang pun boleh kita letak 40g
Lemon juice>kita letak 1 1/2 sk suke masam! :D

Cara>>

Satukan sume bhn n putar hingga gebu.


Cara-cara
  • Rendam kismis ke dalam susu segar lebih kurang setengah jam.
  • Ambil dua sudu dari sukatan tepung dan gaul dengan lobak merah.
  • Ayak bahan2 yang bertanda * dan ketepikan. Panaskan oven suhu 180.
  • Pukul gula dan butter hingga gebu. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan esen dan bahan2 yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit. Masukkan kismis dan susu segar skali, mix sebentar dan masukkan lobak dan juga kacang. Kacau sebati.
  • Mangkuk lain, pukul cream cheese, orange zest dan gula selama 2 min.
  • Sediakan muffin cup. Tuang adunan carrot tadi sehingga separa penuh. kemudian masukkan filling lam satu sudu besar. Tuang sedikit adunan carrot lagi di atasnya.
  • Bakar selama 20min atau hingga keperangan. Sejukkan di atas redai.

4 ulasan:

RiShaZalia berkata...

TQ ika... susah2 je siap tolong potongkan skali kek ni utk kak lia... hehehe... sayang dia... muaahhhh

Yat Maria berkata...

Ikaaaaa...wah cake nak makan sendiri pun cun macam kat kedai mari....nanti my bday watkan cheesecake, mango cake, carrot cake, chocolate cake and buttercake k...Akak melantak sowang2..Ika postkan jer ya... :)

indahhouse berkata...

Salam ika,
dah makan ubat lom? Saya baru sempat jengok carrot kek. maaf ya. kelmarin My Hubby guna laptop. Buat entry pun curi2...hihihi.
nampak angin carrot kek dah datang, geram la, cantik dah tu deco. saya bab deco yang paling malas...hihihihi. amik kek carrot satu.

PALATABLE berkata...

Salam Ika, cantik deko kek tu macam beli di kedai aje....

http://treatntrick.blogspot.com