Jumaat, 7 Mei 2010

Donut Suria

DONUT SURIA

Salam pagi jumaat semua ;-),

Alhamdulillah hari ni nmpknyer cerah jerrr, secerah SURIA pagi ehehe... Dah byk umah yg dah buat DONUT SURIA ni kan? Buatnyer pun tak leceh senang nak ingat sume guna konsep 3, cara donut ni dbuat sebijik mcm mak kita buat, tak yah tunggu doh naik then bentuk2 kan, tapi lepas ajer doh tu licin dan tak melekat kat tgn terus bentukkan mmg senang! Hasilnyer pun lembut! mungkin guna shortening tu yg jd lembut tu.. Mcm biasa kita lagi suka old fesyen gitu tabur gula :D bukan alasan tawww! mmg suke tabur gula :D budak2 mintak cekelat tp malas ! ehehe.. Malas lah tu sbb tu tabus gula :D Pertama sekali nmpk kat umah KAK UMMIAFFAF/KAK WANIEYRA, pastu KAK HANA pun buat jugak, gemuk2 lah donut ni ehehe... mcm biasa kak, mintak izin n halal resepinyer juga..Resepi asal dr PUAN SURIA INSANI, tapi kita cnp dr uamh KAK HANA dan boleh juga tgk kat umah KAK IRA, mekaseh untuk semua yg berkenaan ;-),

DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!!
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.>>yg ni kita tambah sbb lain tepung.


Yok mangan! donut ni guna cutter kudrat jer :D

Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

4 ulasan:

indahhouse berkata...

salam ika,
saya pun suka donut tabur gula. tapi, Hubby lak krg suka. itu yg jarang buat. hikhik. cutter guna kudrat? guna tangan jer ika? cantik ...jer bulat2nya. :)

leen hussain berkata...

Ika....gebunyaaaa....nak seketui......apasal sampai 3 umah aku tengok buat donut ni...takleh jadi ni...huhuu

maz berkata...

sna sinun smua ada donat..bila nak smpai umah akak plak ye..hihi..

E-na Zarina berkata...

camna nak buat jadi comeii cam ni haaa? gebusss jek...