Selasa, 4 September 2012

Biskut Kacang Mazola

Kukis
BISKUT KACANG MAZOLA

Salam lebaran kembali sume! :-))

Saya org yg sgt2 gembira bila part buat kukis ehehe.... suke buat tp makan tak berapa nk byk sbnrnya ececece.... biskut ni buat lepas balik dr mesia itu hari, minggu lepas hari jumaat kalau tak silap, masa buat ni kita tgh puasa 6, mcm nak raya gituuu pdhal dah raya pun :D

Alhamdulillah dah masuk hari ke 4 berpuasa hari ni, harap2 boleh diteruskan sampai habis minggu ni insyaAllah! Hari ni pun kita buat kukis jugak tp lain kukis lerr, sbb itu hari masa buat kat mesia sampai tak cukup2 buat makan sendirik jerr ehehehe...

Dah biasa dgn resepi yg ni walau dah mcm2 jenis resepi utk biskut kacang ni, tp kita sukakan beskut kacang mazola yg asli gini takde tambah apa2 selain kacang blend, sedap ler kat tekak kita sbb lain org lain selera, terpulang pd yg sukakan kelainan :)) Resepi asal dr Kak Lily MyR, terima kasih sekali lagi kak lily kongsikan resepi yg senang ni, minta izin n halal kembali resepinya. Buat semua pengunjung, terima kasih setiap kunjungannya :-)) InsyaAllah kita buat balas kunjungan bila free nanti, jumpa lagi, salam......

BISKUT KACANG MAZOLA
Resepi Asal: KAK LILIDVALLEY MyR
Ke SINI jugak utk n3 sebelumnya :))

Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus>>Yg ni kita buat separuh tumbuk separuh lagi blend, nak rasa kacang2 dia tuu :D
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya>>Guna minyak canola pun ok, tp jgn ler guna minyak masak biasa tu ya ada sebab kenapa guna minyak mazola :))
  • Kuning telur>>Utk sapuan
  • Sedikit garam>> Tambahan, kak madiha yg suggest cuba letak garam kasi lemak2 :D tq!!

kukis
Jgn makan byk2 sbb boleh mendatangkan makhluk2 lain kat muka anda nanti ehehe...

Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

10 ulasan:

  1. Oit! Membiskut lg. Heeee. . Alhamdulillah 4 hari dah ya. Akk baru lepas sehari. Akk pun habis ja sekut yg kat rmh ni nak buat sekut jg. Eh! Brownies la. . Geram tgk kat rmh kak yatie hari tu. . Apa2 pun aktiviti membaking kn slow2 skit. Takut bam bam nnti. Hancuss hati. . Huhuhuuu

    BalasPadam
  2. mengukis lg ker..hihi...hb QH suka biskut ni...raya lepas xsempat nk buat biskut ni..tgu raya thn depan la pulak...

    BalasPadam
  3. Waahh sekot peberet en hb ni ika..hihi...selamat hr raya mmaaf zahir batin atas silap salah ya ika..:-)

    BalasPadam
  4. Ghajinnya. org sibuk beraya, tuan tanah sibuk berbisku raya. nampak sedap le.

    BalasPadam
  5. Rajin sungguh Ika ni....minta2 la kerajinan tempias kat akak pulakye...amin....

    BalasPadam
  6. thn nie akk teringi btl nk wt biskt kcg..tp sampai skrg x trbuat lg..nampak kat dpur ika nie..waallaa..trus teringin:)

    BalasPadam
  7. suke sekut ni tapi tahun ni x buat...nampak cantik sekut tu...molek dan menyelerakan..

    BalasPadam
  8. rajin betui uols ni
    this year ai goyang kaki jer
    x payah buat kuih raya
    just p makan jer ngeeee

    BalasPadam
  9. As salam Ika,

    Kita tak seberapa sihat harini... asyik cite tak sihat je..lama2 org yg dgr pun boleh muntah pelangi...hehehee... :)) Kita tak pernah buat kuih raya... Yg tgk kat blog masa raya aritu tu je lah biskut raya kita... Tgk Ika ni pandai je buat kuih & biskut semua...jeles tau... Ya ALLAH jangkitkanlah kepandaian & Kerajinan sahabatku Ika ini kpd diriku... Ameen... Take care dear... muah! :))

    BalasPadam
  10. cantiknye biskut kacang mazola tu. comel2 je

    BalasPadam