Khamis, 27 September 2012

Cinnamon Pull Apart Bread

_DSC1200
CINNAMON PULL APART BREAD


Assalamualaikum wbt sume :-)),

Senyummmmmmmm........ baik hati saya hari niii, maklumlah lepas ni kita dah nak mula cuti berblogging lagi sbb kebizian bermula minggu depan ;-)) InsyaAllah kalau berkesempatan kita update kalau tak sempat mmg tak update sbb byk komitmen yg nak diuruskan selepas ni, rasanya ni minggu terakhir berblogging :-))

Ok, kita citer pasal roti ni pulak :D Masih menggunakan basic doh resepi 3 yg di ambil kat page JOM MASAK kat FB, bhn2 dia senang nk ingat n hasil dia? setanding resepi roti2 yg lain yg kita pernah cuba, tp kali ni mungkin kita terlebih rajin jdnya doh ni cepat sgt naik mana taknya dekat stgh jam keje membanting banting doh ni kat papan pencanai hihihi.... seronok tauu sbb bila doh roti yg menjadi dia lembut naik masa banting2 tuu :D Sebenarnya nak buat roti tak ssh, aktifkan yis tu penting TAPIII kalau silap teknik masa menguli roti boleh jadi tak nak naik, contohnya, kalau doh tu tersgt sgt berminyak sbb penggunaan butter yg byk atau terlebih menyebabkan roti tu terbantut nak naik walau yis tu aktif, sbb tu masa menguli kena rileks pastikan doh tak keras biar lembik takpe :-)) sbb boleh tambah tepung sikit2. Untuk rupa cinnamon pull apart bread ni pulak sila baca keterangan kat gmbr kat bwh tu ya malas pulak nak menaip balik hihihi...

Buat semua pengunjung arah tanpa jemu dtg carik resepi, terima kasih :-)) buat blogger2 kesayangan yg dtg berkunjung insyaAllah kita buat kunjung balas kemudian nanti :-)) Sehingga berjumpa lagi esok hari insyaAllah! Salam...

BASIC DOH RESEPI 3 
Resepi Asal : TOK MAK
Sumber 1 : Page JOM MASAK FB, FARIDAH HARON FB
Sumber 2 : KAK IZAH FB
Boleh pergi SINI utk kejadian asal CPAB :-))
Bahan2 :
  •  500g tepung high protien / tepung gandum / tepung roti
  •  1biji telur
  •  3/4 cawan gula
  •  1 sdb susu tepung>>yg ni kita gantikan horlicks
  •  2 sdb susu pekat
  •  2 sdb marjerin>>guna butter
  •  1 sdb shortening
  •  1 peket yis jenama mauripan (11g)
**campurkan susu pekat + telur + tmbh air...jadikan 300ml sume skali>>yg ni telur kita    asingkan dan sukatan air kita lebihkan dan sukatan air juga boleh di gantikan dgn susu segar tp jgn masukkan susu tepung td :-))

***utk pastikan yis hidup....sy campurkan skali yis dlm bancuhan air diatas....sy guna air suam panas...jika yis berbuih...maksudnya sedia utk diguna...jika sebaliknya...jgn guna...(resepi tok mak x tulis cam ni....maaf tok mak...sy ubh sbb nk tgk yis ok ke x)



_DSC1187
Aneka bun :D inti choc chip, kids fav n kelapa my fav! :D eeee..lembuttt sgt2! :D


Cara-cara
  • Dlm mangkuk...masukkan tepung...masukkan adunan 300ml air tu...gaul sebati....Masukkan marjerin & shortening...gaul rata....
  • Teruskan uli hingga adunan lembut, licin serta elastik
  • Perapkan doh sehingga naik sekali ganda...tumbuk2 doh utk kuarkan angin...bulatkan    kecik2 atau utk dptkan size yg sama boleh timbang setiap satu bun lebih kurang 20g atau nak kecik boleh kurangkan gramnya...susun dlm loyang...yg dah di griss....perap lg sejam, untuk buat doh pizza boleh kurangkan kuantiti gula.
  • Doh yg sudah sedia utk di bakar disapukan dgn bancuhan susu segar+madu sedikit, sapukan di atas semua doh yg telah naik tadi dgn menggunakan berus perlahan lahan.
  • Bakar dlm oven 180...20min atau hingga masak...api atas bawah
**Kaedah lain menggunakan Bread Machine boleh set kan mcm biasa utk buat doh. 


_DSC1140_DSC1143
untuk bentuk dia ni kita ternmpk kat wall fb siapa kita lupa cara buatnya tapi tanpa resepi, tulisan jawi rasanya belah2 arab kot, n perhatikan gmbr2 step by step dia tu mcm buat roti biasa cuma ada benda yg dia letak kat atas roti tuu tak sure ler sbb tak phm, oleh kerana tak phm kita ikut kepala kita sendirik jer lah eak ehehe.. yg ni kita gunakan serbuk utk resepi CINNAMON PULL APART BREAD..
Setiap bulatan doh tu kita timbang 15kg itu pun penuh loyang ehehe..

  

Untuk Filling
  • 1 cwn gula kasar >>Kita gunakan gula perang sepenuhnya
  • 2 sk serbuk kayu manis (cinnamon)>> Kita letak 1 sk sahaja
  • 1/2 sk serbuk buah pala (nutmeg)>>yg ni tak letak
  • 4 sb butter - dicairkan sehingga menjadi brown

_DSC1168

Rabu, 26 September 2012

Nasi Lemak Tumis

_DSC1156
NASI LEMAK TUMIS

Assalamualaikum wbt sume :D,

Jumpa lagi kita pada hari ini, ececece, mcm baca skrip lak ayat hari ni :D biasanya n3 hari ni ramai blogger letak WW, kenapa ya? kenapa mesti hari rabu? sbb WW hari lain kecuali Wednesday tak sama dgn W for wordless? Kita mmg ketinggalan zaman byk sikit kalau tak di bagitahu mmg ler tak akn tahu sampai bila2 ehehe...

Bila dah buat sambal tumis dlm kepala mesti nak buat nasik lemak, eeeeeee... lama sgt tak makan nasik lemak, kalau nak tahu bila kita makan nasik lemak, sila semak n3 terakhir nasik lemak kita itu ler yg terakhir kita makan hihihi... Nasik lemak ringkas aja, takde ayam bagai, dan kita pun tak biasa makan nasik lemak dgn sambal sotong atau udang atau telur, mmg tak reti nk menggayakan makan nasik lemak tu mcm mana :D Tetap sukakan sambal tumis ikan bilis jugak lawankan dgn nasik lemak nii, pastu cukuplah sekadar ada telur dgn timun byk2 suke sgt2!! ehehe... lain org lain citarasa kan kan kan :-))

Hari ni byk urusan :D hari2 byk urusan, kat mana ler tu urusannya **rolling eyes kikiki... Untuk resepi nasik lemak terima kasih buat penyumbang resepi, minta izin n halal kembali resepinya. Buat semua pengunjung arah juga, terima kasih setiap kunjungannya :-)) insyaAllah akn buat kunjung balas kembali, akhir sekali salam bertemu kembali esok hari insyaAllah!

NASI LEMAK TUMIS
Sumber
asal : Kak Jun
Sumber: Mamasya, Kak Yatie, Kak Izah

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 3 cawan beras> utk beras mmg akn campurkan dgn 1 cwn beras basmathi n 1 cwn Beras siam
  • 2 cawan santan>>sukatan santan n air ni ikut pd no yg ada dekat dlm pot rice cooker cuma lebihkan sikit
  • 2 cawan air
  • 1/2 sudu besar halba
  • 1 daun pandan
  • 1 cm halia-hiris halus
  • 1 batang serai-titik
  • 2 biji bawang merah-hiris
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi>>kita cuma guna minyak sapi jer.

_DSC1162
sesekali makan mmg terasa nikmatnya mcm mkn kat mesia jerr :D

Cara-cara
  • Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing.
  • Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
  • Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n\dan garam.
  • Pastu masak seperti nasi lemak biasa..
  • Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng.



Selasa, 25 September 2012

Donut Lembut Kak Izah

DONUT LEMBUT KAK IZAH

Assalamualaikum wbt sume :-)),

Aik? ini budak paling nakal sekali ehehe.... Apa khabar sume? sihat tak? dah makan belum? tgh buat apa tuuuuuuuuu? Jgn ler buat muka tak tahu bila tgk n3 kita ni ya :D kan kan kan dah kata kalau dah TERmulaaaaaa menguli dia pantang nmpk org buat benda2 yg berkaitan dgn menguli :D roti mmg dr n3 lepas kuar sampai hari sabtu lepas ni pun duk menguli jugak :D seronok sbb budak2 mmg suke roti :-))

Ok, hari ni nak carik stok daging nak kena pergi butchery borong daging, biasanya sebulan sekali borong daging :D lama tak buat yakiniku eeee..sedappnya mlm karang nak bakar dagingggg :D Ni menu semalam petang dah lama sgt tak buat donut pastu kak izah tyg pulak donut yg ada penghuni kat atasnya tuuu ehehe... nak tahu gebu ke tak kena buat sendirik n cuba ;-)) kita kalau resepi mudah mmg laju ajerr nak buat kain baju sume ketepikan dulu :D KAk izah mintak ijin resepinya ya, macehhhhhh!!!

DONUT LEMBUT KAK IZAH
Resepi Asal : KAK IZAH

Bahan2:
  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula 
  •  **satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
  • 3 cwn Tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung>>takde stok jadinya tak masukkan
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih>> yg ni guna fresh milk sbb tak masukkan susu tepung n air kita lebihkan
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin>>kita gantikan shortening n separuh mentega

 _DSC1139_zps00a7a902_DSC1121_zps223e1755
Aneka donut hihihi... ni namanya org tamak ehehe... nak bg kwnnya ank kita yg pompuan tu selalu dtg2 main kat rumah ni :-)) buat sikit2 ajerr janji byk lain2 rupa kikiki... ambiklah yg mana berkenan di hati :D

Cara2: 
  • Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  • Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  • Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  • Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  • Sedia dinikmati.
penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.


_DSC1125_zpsd38e2584
 Kids plate :D

Isnin, 24 September 2012

Kek Chiffon Orange

KEK CHIFFON OREN


Assalamualaikum wbt sume :D,

Salam bertemu kembali di hari isnin ^^, Semua org sihat? Alhamdulillah kita sihat, weken hari paling malas sekali dlm byk2 hari ehehe... hari2 pun pemalas sbnrnya :D Kalau boleh weken tak nak kerja tak nak buat itu ini, nak cuti jugak mcm org yg kerja :D Tp tu lah dah namanya tugass IBU kalau isteri sahaja mungkin tak berat sgt bila dah ada title IBU niii, byk benda nak kena pkir, nak kena masak, nak kena layan budak2, itu ini sana situ sini pastu tak pernah nak abis kerja2 ni sume ehehe... Citer pasal gmbr yg ada ni pulak ya :D

Buat ni hari jumaat sbb bbsitter nak dtg hari sabtu. Biasanya kalau bbsitter tu free kita org akn panggil seminggu sekali hari sabtu utk berikan ruang nak berdating dgn ninja hihihi... Bbsitter ni mmg pemakan orgnya, sejak tu rajin nak buatkan dia kek2 gini sbb kita mmg tak makan makan dlm sepotong aja itu pun tak abis bukan kerana tak sedap tp tak leh ler nak mkn benda2 mcm ni kerap sgt setakat menjamah tu tak pe lah kan, tapi kita suke sgt nak buat. Jadinya, since bbsitter tu suke, kek ni sedekah kat dia semua sekali, siap ckp dgn dia nanti kita buatkan lagi kalau dia dtg :D tapi lain jenis pulak lah kan asyik sama jerrrr nanti dia tak nak bwk balik :D Kek chiffon ni sbb buat dah menjadi n tahu silap dia kat mana, seronok nak buat lagi tp masih fail lagi sbb merekah bhgn atasnya padahal dah kawal itu pun terpaksa tutup bhgn atas dgn alumunium foil nak elakkan dia terlalu panas sgt ehehe... Kali ni buat resepi chiffon oren, dah buat resepi ni dulu2 mmg sedap! Bau orennnnnnnya wangi, resepi kat rumah gert. Minta izin kembali gert utk resepinya :-))

Utk penggunaan krim tartar mmg kita dah lama jauhkannya sejak dah tahu the making of cream tartar ni mmg dgn cara pembuatan wine, bila dah tahu mmg tak pernah guna, alhamdulillah setakat ni guna perahan lemon sahaja, jadinya tak jadik masalah n sapa kata tak menjadik? Jadik kan kan kan :-)) Tp kebanyakkan resepi yg melibatkan meringue akan gunanakannya, kita ni kalau bab mencarik mmg payah nak jumpa, masa balik mesia pun carik tp tak jumpa yg ada tanda halal aishhhh! Jom semak resepinya lagi sekali :-)) utk pengunjung arah terim akasih setiap kunjungannya :-)) InsyaAllah kunjung balas akn menyusul kemudian, terima kasih, salam bertemu kembali insyaAllah!

KEK CHIFFON OREN
Resepi Asal : GERT

Bahan A
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*) yg ni guna tepung biasa+baking powder
  • 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
  • 6 kuning telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji oren, diparut kulitnya
  • 3/4 cawan jus oren
  • 1/4 cawan minyak jagung/sayur
Bahan B
  • 6 putih telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 camca teh cream of tartar>> gantikan dgn 1sb perahan lemon



 _DSC1081_zps9d590251_DSC1083_zpseecbd0bc
Sukeeeeee sgt2 bila tgk rupa dia mcm ni :D mmg kena guna loyang serombong agaknya :D


Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan.
_DSC1091_zps403839f4

Jumaat, 21 September 2012

BUN GULA (Basic Doh resepi 3)

BUN MANIS

Assalamualaikum wbt sume :-)),

Salam jumaat semuanya! Kejap jer dah nak masuk hari minggu cuaca kat sini pulak petang hujan semalam jer petang tak hujan tp sentiasa mendung sejak2 nii. Semua org sihat? Kita ni ntah lerrr jadik pemalas betul sejak2 duk kat depan oven ni kan hihihi... eh? baju dah settle, sume dah kemas tp baju arini belum gosok lagi sbb belum kering>>mcm takde citer lain jerr nak citer kikiki...

Lamaaaaaaaaaa sgt tak meroti ^______^ tp kak liza tyg rotinya semalam terus rajin pulak pagi td menguli walau cuacanya mendung tp kira nasib sbb buat roti ni sesuwai cuacanya panas sbb doh senang naik kalau mendung ni kan dohnya malu2 nak kembang :D. Untuk resepi ni kita ambik kat wall KAK IZAH, masa tu kak izah share jdnyer berkenan pulak sbb gebu gebasss roti tuan punyer resepi tuu TAPI SIYESSSSSSS gebuuuu, byk dah resepi roti kita guna tp jarang setia tgk mood kalau tak berapa nak rajin guna jer lerr resepi yg biasa guna tp biasanya kalau roti ni kita suke nak cuba2 resepi baru, alhamdulillah resepi ni best! Mekaseh kak izah daut share kan resepi tu kat FB hihihi... Buat tuan punyer resepi, terima kasih jugak atas sumbangan resepinya :-)) Minta izin n halal kembali resepinya utk rujukan akn datang insyaAllah! Buat semua pengunjung yg dtg, terima kasih dan selamat berhujung minggu :-)) InsyaAllah kunjung balas kita buat malam2 karang :D Salam bertemu kembali insyaAllah minggu depan weken ni mcm nak lepak2 dgn family kat taman :-))

BASIC DOH
Sumber 1 : Page JOM MASAK FB, FARIDAH HARON FB
Sumber 2 : KAK IZAH FB

Bahan2 :

 500g tepung high protien / tepung gandum / tepung roti
 1biji telur
 3/4 cawan gula
 1sdb ssu tepung>>yg ni kita gantikan horlicks
 2sdb ssu pekat
 2sdb marjerin>>guna butter
 1sdb shortening
 1peket mauripan (11g)
 campurkan ssu pekat + telur + tmbh air...jadikan 300ml sume skali>>yg ni telur kita    asingkan dan sukatan air kita lebihkan

***utk pastikan yis hidup....sy campurkan skali yis dlm bancuhan air diatas....sy guna air suam panas...jika yis berbuih...maksudnya sedia utk diguna...jika sebaliknya...jgn guna...(resepi tok mak x tulis cam ni....maaf tok mak...sy ubh sbb nk tgk yis ok ke x)


_DSC1077_zps3889ea19
Bun gulaaaa, paling suke bun gula gini sedapppp mkn panas2 :D utk budak2 kita sumbat choc chips :D

Cara-cara
 
-Dlm mangkuk...masukkan tepung...masukkan adunan 300ml air tu...gaul sebati....-Masukkan marjerin & shortening...gaul rata....
-Teruskan uli hingga adunan lembut, licin serta elastik
-Perapkan doh sehingga naik sekali ganda...tumbuk2 doh utk kuarkan angin...bulatkan       kecik2...susun dlm loyang...yg dah di griss....perap lg sejam, untuk buat doh pizza boleh kurangkan kuantiti gula.
-Bakar dlm oven 180...20min atau hingga masak...api atas bawah
**Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan mcm biasa utk buat doh.

_DSC1053_zpsac4871f0_DSC1054_zps4663d15c_DSC1058_zpsf60e4278
  Uli guna kudrat sahaja sbb BM dah lama arwah :D





_DSC1075_zps539b8f07

Khamis, 20 September 2012

Kek Lapis againnn!! ^____^

KEK LAPIS HERSYEY`S

Assalamualikum wbt. sumeee!! :D

Aigoooooo, dah berwajah baru yerr dashboard blogger niii, aish! Kita ni dah lah tak berapa nak celik IT, kompius betulllll tsk tsk..

Minta maaf ya, beberapa hari ni sibuk ler sgt2, insyaAllah ada kelapangan kunjung balas kita buat bila free ya insyaAllah! Jangan ada yg jemu ya masuk sini :D dah kemaruk nak melapis ajerrr skrg nii hihihi.... tp bulan ni kena stop lerrr takut bil api naik sapa ler yg nak jwb nanti ya kalau bukan muka kita nii kikiki...... Sebenarnya nak mempracticekan lagi buat lapisan kek niii, kira dah bukan pestain lagi pun masih fail utk mendapatkan lapisan yg konsisten atau rataaaaa jerr mcm kak dayang buat, aish! frust sungguh lerrr, bulan depan kita latih lagi ya :D

Resepi yg sama sbb kek ni sedap lerrr! Ank dara kita pun suke, yg makan kita berdua jerr lerr buat stgh adunan ajerr kikiki..... Aci kan kak mimi? hihihi..... Gmbr kat atas niii dah 2 hari kejadiannya, semakin moisssstttttttt sgt2! dan semakin sedap :-)) Buat kak dayang, terima kasih sekali lagi :-)) Minta izin kembali resepinya sampai bila2 sbb dah jatuh cinta betul dgn rasa kek ni :D tp masa buat ni tersilap beli coklat hihihi.... rupanya ada almond hancur dlm coklat tuu haish! boleh tak perasan pulak tp ttp sedap :-)) Terima kasih sekali lagi atas kunjungannya dan minta undur diri serta salam bertemu kembali insyaAllah!

KEK LAPIS HERSEY`S/CADBURY
Resepi Asal : KAK DAYANG JACK
bahan-bahan: loyang 9" x 9"
  • 450g mentega berkualiti tinggi >>yg ni kita guna anchor
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak>>guna special flour
  • 220g gula halus
  • 10 biji telur
  • 100g tepung biskut marie
  • 65g serbuk horlicks
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury>>Cadbury takde ganti hersey`s :D
  • pewarna kuning - optional
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong.

  _DSC0979-1 
So so yummyyy!!

Nota:
  • Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
  • Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
  • Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
  • Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS.
  • Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
  • cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.
  • Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.
 
_DSC0990

Rabu, 19 September 2012

Gyouza

_DSC1036_zps05b7b986
GYOUZA

Assalamualaikum wbt sume ^______^,

Alhamdulillah, nanti kita update balik sbb ada kerja sikit, insyaAllah ada kelapangan petang2 nanti kita update resepi ya :D, buat yg dtg berkunjung terima kasih dgn setiap kunjungannya, insyaAllah jugak kita buat balas kunjungan petang nanti :-)

Updated :D

Nak dgr cerita kita tak? hihihi... takde apa2 yg menarik sbnrya, rupanya mesia cuti 3 hari ya? maklomlah duk kat sini tak pernah dah nak ambik tahu cuti kat mesia atau kat sini sekalipun kikiki.... Alhamdulillah masih diberi ruang utk bernafas kat dunia yg penuh dugaan n cabaran ni kan, usia pun
dah genap 31 tahun terasa begitu tua sekali huhu... hadiah besday belum kelim lagi dr ninja, tp dah ada byk kat kepala ni tp kena ler pilih salah satu :D

Beberapa hari ni duk sibuk melapis ^___^ tgh gian nak melapis ajerrr sampai baju2 tak bergosok, tp td ni dah habiskan sume baju2nya alhamdulillah abis satu kerja TAPI belum susun lagi baju2 yg bergosok kat almari, kerja paling malas kita nak buat ni lerrr dia hihihi...

Citer pasal gyouza, biasanya menggunakan daging vavi maklum lerr original resepi dr jepun atau cina mungkin? korea pun ada jugak mungkin isi dlm tak sama n bhn2 yg digunakan pulak lain. Kalau jepun mmg basic ingredient adalah daging vavi since kita ni mmg di larang dgn daging tu, kita gunakan ayam, jgn gunakan dagig lembu sbb dulu2 masa tengok rancangan masak2 jepun utk gantikan daging vavi tu tadi kena guna daging ayam :-)) Resepi ni pulak asalnya dr chinese fren kita tp kita dah ubah suai ikut citarasa kita n dah dpt cop sirim dr ninja :D mana yg rasa ragu2 nak kelim dia ni jgn risau beli ajerr cetak dia tp tak secantik mcm di kelim guna tgn lah kan :D sbb tu kita tak biasa guna acu dia nii, karipap pun gitu jugak lebih selesa kelim sendirik walau tak pandai n cantik sgt ehehe... Ok, kita bersambung esok insyaAllah, salam bertemu kembali semua! Ada hal sikit ni :D

GYOUZA
Resepi : ARAH
Bahan2
  • 200g Ground Chicken, jgn gunakan daging lembu :-))
  • 1 buku bwg putih(lebih kurang 11 ulas), cincang>>kita suke byk2 :D nak kurang pon ok
  • 2 sb negi atau leek ambik bhgn putihnyer, cincang
  • 1/3 cwn Nira> chives aka kucai :D, cincang
  • Kobis>cabbage cincang>>kuantiti kobis sama byk atau kurang dgn kuantiti ayam cincang tadi jgn terlampau kurang ya
  • 1/2 sk Serbuk lada putih ikut suka nk pedas mcm mana
  • 1 sb minyak bijan
  • 1 1/2 sk kicap cair/syoyu
  • garam sesedap rasa
  • 1/2 - 1 sk air parutan halia
  • **1 sk sos tiram optional
  • garam ikut keselesaan
Kulit Gyouza

  • Beli yg readymade pun ada depend lah ya
  • Kulit gyouza>>kalau nk buat sendirik, guna tepung serbaguna campur dgn air panas, gaul dgn menggunakan senduk kayu bila dah suam uli sampai jd doh yg lembut n tak melekat, perap dlm satu jam, selepas tu ambil doh td canai kan jgn sampai terlalu nipis, potong bentuk bulatan dgn menggunakan gelas atau yg sewaktu dgnnyer, taburkan dgn tepung ubi atau jagung setiap lapisan untuk mengelakkan dr melekat.


_DSC1032_zps5964fc50_DSC1037_zps397275bb
Sedapppppp :D Nak kelim dia ni ambik masa sikit nak pandai dulu2 pestaim kelim ntah rupa apa pun kita tak tahu hihihi... skrg alhamdulillah dah ok :D

Cara2
  • Satukan sume bhn di atas td kecuali kulit gyouza td dan perasakan mengikut citarasa masing2 tambah serbuk lada sulah atau grm atau minyak bijan jika perlu.
  • Untuk keliman gyouza sila rujuk mana2 website guna kan keyword gyouza kat you tube se elok eloknyer.(sblm kelim pastikan keliling atau bhgn tepi kulit gyouza sebelah dlm di sapu dgn air supaya melekat) Buat sampai habis kemudian susunkan gyouza yg sudah siap di kelim ke dalam kuali.
  • Masukkan lebh kurang 2sb minyak zaitun dan tuangkan air jgn penuh sgt kedalam kuali lebih kurang suku paras tinggi gyouza tu, tutupkan, dan tunggu sampai air kering atau sehingga bwh gyouza bewarna keperangan. Dipping sauce boleh guna syouyu, atau kicap cair+cuka+minyak lada atau ra-yu sedikit.

_DSC1018_zpsa1b47b35_DSC1025_zps00f8f4cd_DSC1033_zps048ff2e6
Bahan2 dia ya :D cincang halus2 sedap :-))

Isnin, 17 September 2012

Kek Lapis Hersey`s/Cadbury

_DSC0793
KEK LAPIS HERSEY`S/CADBURY

Assalamualikum wbt semua! :D

Annyeong Haseyo :-)) ika/ija imnida :D Maklumlah semalam baru jumpa pakwe korea dtg bangkok hihihi... best besday present :D ececece... itu hadiah aditional yg betul2 belum lagi nk mintak hihihi....

Berbalik dgn topik kat atas niii, KEK LAPIS haish! 2 kali buat tak jadik dia jadik mcm kek lapis legit, dah 2 kali failed baru tanya dgn kak dayang yg terrer buat kek lapis yg cantek2 menawan kalbuuuu ituu, terima kasih kak dayang sudi jwb soklan kita, n dah dpt tangkap mana silap, tang lapisan yg mcm ombak tsunami bak kata kak dayang :D frust mmg ler frust, kita latih dulu sbb masih tak dpt nak mengagak lagi sbb ada lapisan coklat kita tak berapa nak reti nak meratakan lapisan tuu hihihi... ececece.. ni ler dia alasan2 org yg gagal ^^, takpe practice make perfect ;-) never giv up!! satu nak kata kek niii, kita bukanlah peminat tegar kek lapis sarawak tp kita suke mencuba, bila dah buat kek yg ni, eh? SEDAPPPPPPPP sgt2!!! tp tang coklat tu kita tak makan, kita mkn yg plain ajerr, neomu2 masshi seo yo! akhir bulan ni kompem bil api mahal hihihi.... Seronok bila buat kek lapis ni sbnrnya, mcm addicted pulak asyik nak buat jerrr :D Nmpk KAK MIMI buat kek lapis itu hari terus naik semangat nak cuba jugak :D Seronok tau walau pun 1st trial tak menjadik kikiki..

Buat kak dayang minta izin n halal resepinya utk rujukan masa depan ^^, terima kasih jugak atas tunjuk ajarnya :D Mmg sedap resepi kek lapis yg nii, suke kita sbb keknya pun abis sekelip mata sbb babysitter kita tapau semua sekali bwk balik :D dia kata sedap kembang jap hihihi... tu yg rasa seronok nak melapis lagi :D Buat semua pengunjung arah, terima kasih setiap kunjungannya dan insyaAllah kita buat balas kunjungan bila semua kerja settle n free sbb ari ni ada temujanji dgn mak2 n budak2 sebaya ank kita yg kecik main2 kat funarium :D Salam bertemu kembali insyaAllah!

KEK LAPIS HERSEY`S/CADBURY
Resepi Asal : KAK DAYANG JACK

bahan-bahan: loyang 9" x 9"
  • 450g mentega berkualiti tinggi >>yg ni kita guna anchor
  • 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak>>guna special flour
  • 220g gula halus
  • 10 biji telur
  • 100g tepung biskut marie
  • 65g serbuk horlicks
  • 50g serbuk santan (1 peket)
  • 300g susu pekat manis
  • 2 bungkus kepingan coklat Cadbury>>Cadbury takde ganti hersey`s :D
  • pewarna kuning - optional
Cara-cara:
  1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.
  5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.
  6. Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.
  7. Sejukkan kek sebelum dipotong.

_DSC0807_DSC0855
Masittda!! Tak berapa cantek nanti nak cuba buat lagi sampai cantek :D tp suke tgk line2 kat layer dgn layer tuuu :D

Nota:
  • Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
  • Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka.
  • Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri.
  • Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama Anchor dan SCS.
  • Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakan loyang 8" x 8".
  • cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secara rawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan masing-masing.
  • Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

_DSC0866

Ahad, 16 September 2012

Puding Tauhu With Nata de Coco

_DSC0465-2
PUDING TAUHU

Assalamualaikum wbt semua!! :-))

Salam minggu semuanya :D.. menyepikan diri beberapa hari ni sbb projek mega kita tu lerrr hihihi.... ok ok, tak leh bebel lama2 sbb hari ni nak jumpa pakwe korea semalam baru sampai kat bangkok ececece... sapa dia??? biarlah rahsia ehehe... geram jer kan kalau bg jawapan mcm tu, kalau dekat mmg dah kena sekeh2 jer kan hihihi...

Menu ni dah lama buat :D Suke dgn puding nii, kita suke puding2 yg berkuah n tak berapa berat sgt nak makan maksudnya bukan coklat :D Mekaseh buat kakak secubit garam atas resepinya. salin lagi kat sini versi gram ^____^ minta izin n halal ya kak resepinya n buat semua pengunjung selamat berhujung minggu n beristirehat! TErima kasih juga dgn kunjungannya :-)


PUDING TAUHU
Resepi Asal : KAK NOR SECUBIT GARAM

Bahan:

utk puding:

  • 1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
  • 6 1/2 cawan air
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan susu cair
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan

utk kuah:
  • 1 tin laici
  • 1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
  • 3 - 4 sudu besar gula

_DSC0462

Cara2:

utk buat puding:

  • Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
  • Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
  • Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
  • Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
  • Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.

Utk kuah:
  • Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
  • Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
  • Biarkan sejuk
  • Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:
  • Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
  • Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.

Khamis, 13 September 2012

Pandan Chiffon Cake

_DSC0662
PANDAN CHIFFON CAKE

Assalamualaikum wbt semua :D,

Agak kelewatan juga mengn3 ari ni, dr pagi mengemas bilik budak2 pheewww... serabut kepala tak tahu nk mula yg mana satu bersepahhhhh! huh!

Kita citer pasal topik n3 hari nii :D agak fobia atau alahan gitu kalau nak buat kek2 yg melibatkan meringue nii, sbb selalu sgt dia nak jadik bingka ehehehe... Kita menunggu masa acuan ni sampai dr mesia sbnrnyerr, kebetulan hari selasa itu hari sampai parcel yg mak kita kirimkan, jdnyaaaaaaa.... kita ber projek gunakan loyang serombong kapal ni sbb dulu2 ada buat kek cipon ni guna loyang biasa, ada yg jadik n ada yg tak jadik, dgn alasan bila tak jadik menyalahkan loyang kikiki.... kali ni dah ada loyang serombong pun 1st trial guna owwwhhhh! sgt sgt tidak suke, biasa lerr kita klu buat satu2 benda kalau 2 3 kali tak jadi tu tak sah lerrr kan dgn kejadian2 yg mengerikan :D Yg kat atas ni kali ke 2, seram betul masa nak terbalikkan dia ni, kalau senyap bermakna kek tu passed, kalau ada bunyi mcm buih2 pecah atau senang kata dia nak jadik bingka dia akn jatuh kek tu masa terbalikkan :D Alhamdulillah dah phm kat mana silap n nak kena ingat mcm mana rupa meringue tuu ^_____^

Resepi ambik kat blog wendy, tenkiuuu wendy! Sedappppp! agak lemak2 sbb ada santan :D Resepi nanti2 translate ya sbb arini ada projek mega ehemmm... gelak sopan okeyy :D tak tahu ler kat mana yg meganya tu nanti hihihi.... Terima kasih buat semua, hari2 nak ucap terima kasih kat pengunjung arah yg tak jemu2 dtg singgah, kalau boleh setaip satu jam nak ucap terima kasih, melampau pulak bunyinya ehehe... dgn rendah diri, maklumlah blog tepian jalan ajerr :)) InsyaAllah petang2 sikit kita buat kunjung balas sbb ada projek mega kita ni lerr hihihi... Terima kasih, minta undur diri n salam bertemu kembali insyaAllah! :-))

PANDAN CHIFFON CAKE
Recipe : TABLE FOR 2

Ingredients:
A)
  • 4 large egg yolks
  • 75ml oil
  • 115ml pandan leave juice (1/2 cup water blended with 1/2 cup cut up pandan leaves, strained)
  • 25gm coconut milk powder
  • 1/8 tsp salt
  • 100 gm sugar
  • 150 gm all purpose flour
  • 1 tsp baking powder

B)
  • 4 egg whites
  • 90gm sugar
  • 1/8 tsp cream of tartar>> Kita ganti 1sb jus lemon sbb untuk yg ni sapa2 ada jumpa yg halal silalah bgtahu kita ya sbb kita carik tak jumpa yg halal :D,


_DSC0666
Nanti nak cuba buat perasa oren pulak tp kena tunggu lori telor terbalik dulu ehehehe..

Method:

1. Preheat oven to 170C
2. Warm pandan juice and mix in coconut milk powder. Stir until coconut milk powder is dissolved.
3. Mix (1) with the rest of ingredients (A) until well combined.
4. Beat egg whites until foamy. Put in cream of tartar and beat until soft peaks.
5. Add in sugar and beat until stiff.
6. Fold 1/4 of egg whites into (A) and combine well.
7. Repeat step 6.
8. Fold in the rest of egg whites and combine well.
9. Pour batter into a clean tube pan and shake pan lightly left and right to level cake.
10. Bake at 170C for 40 minutes.
11. Invert pan immediately after removing from oven.
12. Cut cake when totally cooled.


_DSC0630_DSC0635_DSC0647
Merekah lerrrr :D

Rabu, 12 September 2012

Warna Warni Hari Raya :-))

Assalamualaikum wbt semua!! :-))

Agak kelewatan nak kongsi gmbr raya kita kat mesia tp mintak maaf lerr gmbr sendirik dgn gmbr mak ayah tak sempat nak ambik, sbb biasanya hari raya pertama lepas abis sembahyang hari raya maka bermulalah baraan atau marhaban jdnya semuanya bersepah sepah ada yg ada, ada yg tak ada tiap2 tahun mmg mcm tu, nak ambik raya2 seterusnya masing2 ada keluarga sendirik mmg payah utk kita org berkumpul sama2 tiap2 tahun :-)) Dan tiap2 tahun jugak rumah mak kita rumah yg pertama marhaban sbb rumah mak kita ni terpencil sikit, rumah yg seblok sume bhgn atas tapi rumah mak kita ni tercampak kat bwh antara blok 6 n blok 4 ehehe... special kan kan kan :D Adik beradik kita tak ramai cuma ada 7 org termasuk yg meninggal klu belah mak kita ada 12 atau 13 org kalau tak silap ehehe.. org jawa mmg ramai2 ank2nya kikiki...

Saat2 paling beharga sekali buat kita sbb rasanya tiap2 tahun kita tak dpt balik beraya, tahun ni alhamdulillah dapat balik, masak lauk pun berdua ajer dgn mak, bygkanlah tiap2 tahun mak kita kena masak sendirik, kesian sungguh bukannya 2 3 buah rumah belas belas2 rumah tuuu utk di masak n agih2 kan, tahun ni kita ada dptlah menyibuk tolong mak masak ehehe... tolong nyepah, tolong kacau2 tolong bising2 hihihi... sbb kita tak pernah masak byk2 gitu jdnyer mcm biasa lah speaker mmg besar sentiasa tanya itu ini ^_______^
Minta undur diri, terima kasih setiap kunjungannya dan insyaAllah kalau berkesempatan akn buat balas kunjungan kembali, salam bertemu kembali esok hari inysaAllah!


_DSC0258-1_DSC0263-2-1_DSC0256-1
Yang ni keluarga akak kita yg sulung :-)) suaminya tak dpt di kesan hihihi... kena bertugas :D


_DSC0247-1_DSC0254-1-1
Yang ni pulak keluarga abg kita yg no 2, masing2 dah besar :D


_DSC0212-1_DSC0224-1_DSC0219-1
Yang ni pulak kakak kita yg no 5, yg no 3 beraya kat rumah mertua gmbrnya ada kat bwh dgn kita tu ya :D Arwah abg yg no 4 dah pergi menghadap penciptanNya masa bayi :-))



_DSC0230-1-1_DSC0232-1-1
Yg ni pulak abg no 6, atas kita niii ececece..... beza 6 tahun dgn abg yg ni punnnn ank masing2 dah besar :D

_DSC0189-2-1-1
_DSC0193-1-1
Sebahagian cucu2 mak n ayah kita :-)) Suke betul tgk semua berkumpul walau tak cukup :-)) al fatihah jugak buat arwah abg kita yg no 4 dan buat arwah ank sedara kita juga, jannah tempatnya :-))

_DSC0283
Cakkkkk!!!! ni ler baju raya kita tahun nii (sila alihkan pandangan org yg berspec) kikiki... baju beli dah siap :D yang ni akak kita yg no 3, suaminya kat laut dgn budak2 :D my mak kesayangan :-))

_DSC0273
New member in da house! hihihi... comel sgt2!!!!!

_DSC0335
Last but not least, nak tyg makanan dekat airport yg mahal cekik mencekik ehehe... TAPI siyessss sedappppp!