ads/iklan

Selasa, 14 Februari 2012

CPAB For Cinnamon Pull Apart Bread :D

_DSC0370
CINNAMON PULL APART BREAD

Salam kembali !!

Alhamdulillah, keadaan arika nmpk dah ok, demam dah takde tapi masih lemah sbb kesan ubat kot sbb byk tido :D. Dia ni kalau sakit mmg tak menyusahkan org sgt tapi semalam ni tersgt sibuk sbb byk kerja rumah yg tak siap, sambil2 tu buat adunan doh roti ni dulu dan sebenarnyer jugak ini kali ke 2 buat selepas tanya dgn kakak kesayangan sorang tu pasal buat CPAB ni :D ni lerr dptnyer kalau eksyen tak mo tanyer org sebelum buat hihihi... buat2 pandai gitu tp sbnrnyer kompius :D

Citer pasal CINNAMON atau SERBUK KAYU MANIS ni kan, kalau ada undian KITA lah org PALINGGGGGGGGG TAK SUKEEEEE dgn bau dia, baik letak kat kopi cuma seciput pun kalau dah namanyer serbuk kayu manis ni MEMANGGGGGG TAK SUKEEE :D tp cinnamon stick ok :D tp tgk kes2 jugak, mcm buat hamburger tu dia kena letak sedikit, yg tu boleh letak sbb bila dia bercampur dgn daging mmg bau n rasa dia tenggelam terus, TAPI kalau roti2 ni mmg TAK SUKE!!!!! di ulangi TAK SUKE!!! ehehehe... Oleh kerana TERCABAR, org kata sedap tgk n3 kak nor pun kata sedap, haish! tak leh jadi sbb dia punyer hasil sgt unik dan RASA dia pun SEDAPPPPPP sgt2!!! Salah tanggapan kita rupanyer, tp kalau cinnamon roll mmg kita tak leh makan tak tahulah kenapa :D juta2 terima kasih buat tuan punyer resepi dan juga buat blogger2 yang telah berkongsi resepi yg TER sgt sedap nii ;-) BM buat hal terpaksa uli guna tgn huh! tp rasa hasil yg diuli dgn tgn mmg tiada tandingannya :D ececece... nk sedapkan hati hihihi...

Terima kasih juga setiap kunjungan insyaAllah hari ni kita buat kunjung balas. Untuk Resepi minta halal dan izinkan juga utk dikongsikan di sini buat rujukan yang akan datang, Copy n paste dr umah KAKAK SECUBIT GARAM n dah dibetulkan ayatnyer sikit2 :D. Thank you!

CINNAMON PULL APART BREAD
Resepi: Joy the Baker

Sumber: Kak Shidah & K.Nor


Untuk Doh
  • 2 3/4 cwn campur 2 sb tepung
  • 1/4 cwn gula kasar
  • 2 1/4 sk yis
  • 1/2 sk garam
  • 4 sb butter
  • 1/3 cwn susu penuh krim>>susu segar
  • 1/4 cwn air
  • 2 biji telur (size A)
  • 1 sk Vanilla extract

Untuk Filling
  • 1 cwn gula kasar ~ k.nor letak 1/2 cawan gula castor (boleh gak gantikan dgn gula perang) kita gunakan gula perang semuanyer :D
  • 2 sk serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer
  • 1/2 sk serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok
  • 4 sb butter - dicairkan sehingga menjadi brown

**kita ikut cara kak nor semuanyer, kecuali utk doh uli guna tgn, dan gula castor utk filling kita gantikan dgn gula perang>>yg ni yg buatkan semakin sedap :)

_DSC0369
sgt unik dia punyer kejadian :D tp malangnyer ini yg kali ke 2 sbb yg pertama ada kejadian kejadian yg menggerunkan sikit hihihi...

Cara:
  • Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cwn tepung, gula, yeast, dan garam. Ketepikan
  • Pukul telur, ketepikan
  • Dalam kuali kecil, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.
  • Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi.
  • Tambah 3/4 cwn tepung, dan uli sehingga sebati. Doh ini mmg melekit sedikit. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.

note : dough yang dah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. >>yg ni kita tak ikut terus guna doh utk buat roti tadi.

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.

*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah.

Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan (175c). Bakar sehingga masak (20min atau lebih bergantung dgn oven masing2), jika atas roti sudah kelihatan perang boleh tutupkan dgn alumunium foil dan tunggu sehingga keseluruhan roti masak>>step yg ni kita matikan api atas sbb bhgn atas mmg dah cantik sgt perangnyer, utk minit seterusnyer guna api bwh sehingga masak.

* Kaedah K.Nor bila guna BM:>> biasanyer kalau menggunakan BM masukkan bhn cecair dahulu
Masukkan bahan cecair dulu (bancuhan susu dan mentega, air, telur dan vanila)
Masukkan bahan2 kering (tepung, yis, gula dan garam)
On kan BM dan biarkan ia menguli spt biasa.

_DSC0364
Buat cuma stgh adunan kalau keluarga ramai mmg tak cukup, sila doublekan adunan atau satu adunan, sbb kita buat stgh adunan sahaja, ingat nk bg ke org tp kena kedekut sikit ehehehe...

_DSC0359
Doh yg dah naik sumenyer, sgt suke kalau menguli guna tgn, inilah kelebihan menguli guna tgn :D

20 ulasan:

Mas berkata...

ika....kak mas nak sarapan sini bolehhhhh....
sedapnya tengok roti tu....

Sheila Shafeareen berkata...

As'salam mmg habat...kalau x hebat x menjadi kan..suka uli dgn tagan betambah semagat ....semagat juga utk mencuba....semlm lg nak dtg rasa hehehhe

ady berkata...

as-salam ika
wahh!!!pagi2 dah ada CPAB..sedap tgk roti tu..gd 4 bf.....

CT Delima berkata...

As'salam Ika

emm...k.ct tak rajinlah nak mengili guna tangan, sebab lengan kita kecik takut terkehil jer nanti..hahaha

Dah lama juga dok skodeng resipi ni masa Nor buat lagi, tapi macam kerajinan tu tak datang2lah tu yang M jer memanjang..hihi

faa.rosli berkata...

faa pon xsuke kulit kayu manis. sangat!

Ida,Japan berkata...

selamat pagi ika...dlm dia senyap2 menghilang tercipta gakkk roti pull ni..k'ida jer lum cuba2 buat lg...hiiiii, byk benor menda dlm list nk buat alih2 dok ulang menda yg sama sbb malas nk belek resepi dlm tenet, belek dlm buku jer...sedapnyer roti nihhh..harum semerbak satu rumah agaknya..kalau umah k;ida kt jepon yg kecik ni la..hari ni kalau sempat ingat nk updateblog..kalau la

K.Nor berkata...

jah.. mana yg 3rd? kan akak nak seloyang.. cpt la.. nak buat bf nih.. kang akak bawak lari komodo tu kang :P

Rima berkata...

Morning ijah
Eh semalam tido lewat pagi pagi dah tayang Roti... Guna tangan eh.. Err tak rela makcik hehe

Yatie berkata...

cantik daaaa kejadian roti tu...akak lama berangan nak buat tapi tak terbuat2...asyik buat resepi lain je..bila tngk Ika punya ni rasa terujalah pulak..nak wat gak...he3,,

kakna berkata...

kakna tengok ramai yang dah cuba.macam senang je..
teringin juga tapi tak rajin lagi ni..

quinnie berkata...

ika..kalau nak diikutkan kita pun tak suka cinnamon nih..tak tau bila kita nak cuba buat roti ni...mood roti tengah merudum..tengah mood cookies...cam nak raya pulak rasanya...hahhaha

Ayam berkata...

Salam pagi pagi dah nampak roti...sedap pulak tu mmg lapar pagi nie...

cik cek berkata...

Alhamdulillah Arika dah makin pulih....mesti lega kan Ika...
Akak dtg bwk kek pisang...nak tuko2 ngan roti...ni satu lagi resepi roti yg lama dah amik..tapi ntah bilala nak buat...mesti sedap ni kan..:)

ibh_sue berkata...

Fiiwwitttt...ada lg tak..Ngeee
Alhamdulillah arika dah ok ya. Ika ko tu pun kena jg kesihatan jg. Harusss (^_^)

Chik Mimi berkata...

ijah akak jugak tak tak terbuat2 lagi CPAB ni nak kena berguru jugak ni dengan sifoo

ummiaisyah berkata...

selalu gak wat ni..tp versi gulung2 je...nnti nk try versi tarik2 plak

Kak Sam berkata...

Masa demam CPAB melanda semangat pi beli bahan2nya tapi sampai sekarang duk elok je dalam almari. hehe

Hanis MY berkata...

adoii pengsan! nak skrg jugakkk uwaaaa...

eh apa cerita pasal ikan saba tu? hehe nak tauuuu

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Ika...laparrrrnya bila nampak roti yg sedap nih...ada lg tak?

Sheery Dream Cakes berkata...

ikaaa... rajinnya ika meroti... nampak sedap pulak tu... cinnamon lg wah mmg fav akak tu..