ads/iklan

Isnin, 13 Februari 2012

Pad Ga Prao Gai (Stir fried Chicken wit Basil) n Influeanza B

_DSC0348
PAD GA PRAO TALAY(STIR FRIED SEAFOOD WIT BASIL)

Salam pagi isnin buat semua!

Minta maaf kunjungan balas belum sempat dibuat kerana dapat kerja yg baru dlm seminggu ni bermula semalam. Yang ni lauk hari sabtu ya :D buatkan utk bbsitter yang dtg tengok2kan budak kat rumah ni semasa ketiadaan kita org hari sabtu lepas. Byk2 lauk org thai, paling suke yang ni, memula tak berapa minat sgt sbb kita ni kurang suke dgn bau2 basil, tapi lama2 dah jadi kebiasaan bila masak tak letak rasa mcm somting wrong jerrr hihihi... daun ketumbar aka daun kumbang busuk tu pun sama, sblm ni mmg pantang bau daun tu mmg terbantut nak makan, skrg ni? ahahaha... ketawa dulu, mcm tak best kalau tak letak daun2 tu sume :D Menu paling best!

Resepi ni boleh gunakan ground chicken, seafood atau daging atau dada ayam yg dihiris, feveret ninja tp kita buat kurang pedas, klu tak pedas kurang kick ler buat org2 yg antu pedas ni kan :D klu buat tuk makan sendirik mmg buat xtra pedas. Dan makan ni biasanyer dgn telor goreng mata lembu, eeeeeee.. terasa nk makan pulak! hihihi... Resepi tanya kwn thai n main agak2 utk sukatan tu sbb dia pun main agak2 jugak :D

Sementara tu, mungkin akn bercuti sekejap sbb kena jaga org yg kena jangkitan influenza B, semalam hantar arika pergi sepital sbb dia demam mlm ahad tu dan skrg ni dekat sekolah mmg musim influenza ni, jdnyer ibu mana yg tak risau kan kan hantar ke hospital dan keputusan utk influenza B adalah positif n kena cuti sekolah seminggu dan hari ni jugak kelas arika semuaaaa sekali diberi cuti rupa2nya dah 8 org yg kena influenza ni, mmg tak pelik sbb sabtu tu ada kelas, rasanyer dia kena ari sabtu tu lerrr, doanyer semoga cepat sembuh insyaAllah, skrg ni dlm masa 5 hari kena habiskan ubat tamiflu. Kerja saya jd semakin byk lah minggu ni, insyaAllah kalau ada kelapangan kita buat kunjung balas insyaAllah! btw, tajuk atas tu GAI-CHICKEN tp since kita guna seafood nama dah jadi lain ya :D SEAFOOD-TALAY :D

PAD GA PRAO TALAY
Sumber : ARAH

Bahan2

  • 4 ulas bwg putih di cincang halus
  • 5 btg cili merah atau lebih (bukan lada besar tau :D) Di cincang halus dan satukan dgn bwg putih
  • 1/2 biji bwg besar di hiris
  • Daun Basil (holy basil)>>bukan sweet basil, dlm bahasa melayu tak tahu daun apa tgk gmbr kat bwh
  • Kacang Panjang>optional
  • 1 biji thai pepper (gmbr bwh) takde pun tak pe belah 6 memanjang
  • 6 ekor udang sederhana besar, buang kulit n urat (utk bhn ni boleh gantikan dgn daging ayam cincang atau daging)
  • 1 ekor sotong sederhana besar di belah bulat atau atau potong ikut kegemaran :D

Sos

  • 1 sb sos ikan
  • 1 sk kicap manis atau pekat manis
  • 2 sk sos tiram atau lebih
  • sedikit serbuk secukup rasa
  • sedikit pak aji KALAU suka, kita tak letak
  • sedikit minyak utk menumis

_DSC0351
menggunakan bahan2 yang mudah tapi dia punyer rasa, walahhhhhh! mabeles! :D

Cara2

  • Basuh dan kopek kulit udang terlebih dahulu, buang urat, basuh dan ketepikan, kalau gunakan daging cincang tak payah basuh. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bwg putih dan juga lada yang telan dicincang halus tadi, tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris tadi sehingga layu.
  • Kemudian masukkan ayam/udang/stotong/daging tadi kedalam kuali dan tunggu sehingga separuh masak.
  • Masukkan pula sos ikan, sos tiram dan kicap pekat manis tadi ke dalam kuali, gaul dan masukkan pepper yang dihiris memanjang tadi. Tunggu seketika dan masukkan serbuk perasa beserta sedikit air (dlm 2sb besar air atau lebih)
  • Akhir sekali masukkan daun basil dan kacau seketika dan rasakan, kalau kurang masin tambahkan sos ikan. Agak2 daun basil sudah layu bolehlah matikan api dan dihidang bersama nasi putih dan telor goreng mata lembu, selamat mencuba!


_DSC0344

12 ulasan:

K.Nor berkata...

dulu pun akak kurang suka gak dgn bau daun ketumbar tp skrg mmg wajib beli daun tu tiap kali gi pasar (saja standby dlm esbok, dah ada senang kalau nak guna kan.. hehe) mmg suka dgn masakan yg letak daun ketumbar ni kan jah..

arika tak sihat ya.. semoga dia segera sembuh.. jah pun kena take care gak ya.. makan betul2 jgn tak makan sbb nak diet, kang pitam lg.. :)

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

Semoga arika cepat sembuh...pada ika,take care ya.

☆♥L@dy @yU♥☆ berkata...

hamboi uols pepagi dah ada menu yg sedap ni....citer pasal influenza B ni kat sini mmg kecoh la...kira musim gituew...kat youchien adam byk class dah kasi cuti sebab ramai budak kena taw...byk kan berkumur ngan basuh tangan.

Mas berkata...

moga arika cepat sembuh yerk....

ika..meh sikit kak mas nak rasa...
sedapnya tengokk..

cik cek berkata...

Hope arika cepat sembuh...
Sedap menu thai ni...emmm...lapo2...

quinnie berkata...

siannya arika..moga cepat sembuh....memang risau kalau kena influenza ni...harap semua o,k...:)

Kamalia berkata...

kita pun mmg pantang bau daun ketumbar tu..setakat basil ok lagi..sampai skrg mmg tak boleh letak 2-2 jenis daun ni dlm masakan..

pssst..kat sini pun mmg musim influenxa la..ramai budak yg cuti seminggu jugak..get well soon arika..mama pun take care tau..

ibh_sue berkata...

Alaa. . Kompem mmg dah x ada ni. Ika akk pun dl x suka dgn daun tu. Tp bila dah lama2 mcm best pulak bau dia. . Hihihiiii. Ala siannya arika. Hope cpt sembuh la ya.

dZana berkata...

smga arika cepat sembuh.. anak2 mmg mudah terkene jangkitan..

HomeKreation berkata...

Take care Ika. Ni Along hantor 10 ketoi Tuna Horns utk Ika & anak2. Makan tau, jgn diet2.

ijan berkata...

Salam Ika,
Semoga Arika cepat sembuh. Ika pun take care juga ye... mintak sikit lah ayam siam tu, nampak best je. Kite pun suka daun ketumbar. Wangi... buat ulam pon best :)

deetha berkata...

salam mbakyu,
pie kabare????
kangen aku wes suwe ora dolan2 mrene :)