Ahad, 31 Julai 2011

German Cookies and Ramadhan Card and Award

_DSC0874
GERMAN COOKIES

Salam di hari minggu buat semua :-)

Owwwhhhhhh no! ari ni sunyi sepi sama ada di dapo maya masing2 atau pun kat FB, takpe takpe kita phm kita phm :D . Kita berbual sendirik2 jer lah eak, jap g nak g belanja mcm biasanyer, nanti dah settle sume kita balas komen2 yg tertunda kat bwh tuu :-)

1st time nmpk beskut german ni kat umah KAKAK SECUBIT GARAM, comel betulllll kak nornyer kukis tuuu, kitanyer kukis ni mcm2 kejadian, tersalah tepung lahhh, terbukak api bwh lah, merekah lah tertekan kuatlah wakakakaka... byk sgt kejadiannyer! Alhamdulillah sib baik sedap! ni kita kali yg ke dua guna tepung yg betullll :D Rasanyer KAK ZAI pun buat jugak guna resepi yg sama dr kakakku yg sentiasa comel KAK RIMA, sedap n yg paling best dia cair di mulut, kak zainyer shape lonjong2 kitanyer ni pulak letak gula kaster sbb beskut ni tak manis n kita kurangkan sikit icing sugar tuu sbb kita nak letak caster sugar.

Macam biasa copy dr umah KAKAK SECUBIT GARAM n terima kasih buat KAK RIMA atas sumbangan resepi yg simple n sedap ni!

pssst>>Esok jgn lupa2 tak bgn sahur ya :D hihihi.. mlm ni kalau mana yg sihat tubuh bdn jgn lupa sembahyang terawih, sembahyang dgn ikhlas ya :-) Jommmmm makan kukis sebelum esok niiii!!! hihihi... jgn terbabas pulak esok bukak tupperware nk mkn kukis wakakaka...

GERMAN COOKIES
Original Recipe: KAK RIMA
Source: KAK NOR SECUBIT GARAM

Ingredients
  • 125g butter - i used golden churn>>guna butter tempatan jerr :D
  • 40g icing sugar (sieved)>>Kita kurangkan sbb ada caster sugar
  • 125g potato starch
  • 80g superfine flour (I used Plain Flour)
Caster sugar n lil bit colouring>>yg ni utk hiasan kita tambah


_DSC0868_DSC0876
Sori ya, kat luar mendung ambik gmbr sume serba tak kena hihihi... jemput makan, hari ni je tau!

Method
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 min.

_DSC0867
Sapa2 yg nak buat kukis leh masukkan list kukis ni kat beskut raya masing2 sbb senang n SEDAPPPPP! :-)


_DSC0860_DSC0851
Lepas kuar oven terus tabur dgn caster sugar kalau tak dia tak melekat, kita guna bhgn atas jerr :D

RAMADHAN CARD and AWARD

Kad dr NOORSHA, terima kasih sha :-)

Kad dr ALONGROZZ cayang, macehhh along!!!

Kad Dr KAKAK IZAH DAUT macehh kak! cun betul kad niii :-)

Kad Dr KAK MAS DUNIAKU, macehhh kak!

Kad Dr KAKAK SECUBIT GARAM, Maceh kak!!


KAd Dr TUN TELANI, MAceh jugak buat tun!


Kad Ramadhan Dr KAK JEE, macehh kak!


Last sekali award dr CIK CEK, mekaseh jugak buat cik cek sudi bagi award ni kat kita, terharu sgt2! maaf jugak sbb lambat gantung, sapa2 yg belum dpt award ni ambik ya :-)

Sabtu, 30 Julai 2011

Nasi Daging dan Air Asam

_DSC0832
NASI DAGING n AIR ASAM


Salam di ptg sabtu :-)

Sebelum tu nak ucapkan SELAMAT MEYAMBUT RAMADHAN buat semua tak kira dimana anda berada, semoga dapat menyempurnakan ibadah puasa dgn keadaan yg sihat buat semua insyaAllah dan mudah mudahan segala amalan kita di terimaNYA insyaAlla aminnn... Minta maaf juga sekiranyer ada salah dan silap sama ada sengaja atau pun tidak sengaja semasa kita menulis setiap n3 seblumnyer dan skrg ini dan juga pd masa akn datang juga, sesungguhnyer saya hanyalah insan yg lemah.

NASI DAGING, hmmmm..... sapa2 tak de idea utk buat menu apa berbuka nanti leh masukkan sekali list ni dlm menu berbuka ya, sedap n senang! Kita pun dah plan lah puasa2 ni nak buat menu2 mcm ni senang citer kan tp beras basmathi kita pulak dah habes! wakakaka.... esok g carik :D Resepi asal dr KAK DAYANG JACK, mcm biasa yg selalu buat promosi KAKAK SECUBIT GARAM, terima kasih buat kekanda2 ku berdua, sgt sedap! Minta izin n halal juga resepinyer, untuk resepi air asam kita guna resepi kita :-)

Kak norrr!!! betullah nii td ank dara tu mintak suppp! dia tak mintak tp lepas hidang, ada dgr suara sumbang dia ckp mcm ni >>> "Sedapnyerr kalau ada sup sekali" >>wakakakaka... sian pulak, petang nanti buatkan sup :D

Kita pulak makan dgn ulam ulaman, memula ingat nak buat acar mentah baru teringat dah ada air asam! hihihi....

NASI DAGING n AIR ASAM
Resepi Asal : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

bahan-bahan : 4 orang makan


Bahan A :
  • 3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
  • 250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)>>kita gantikan rempah kari 1 sb
  • 2 helai daun pandan
  • 80 ml susu cair
  • 1 sudu makan puri tomato>>Kita guna crushed tomato dlm tin
  • 2 helai daun limau purut
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak sapi>>uuuwaaaaaaaa... minyak sapi tak de guna butter jerr!

Bahan B :
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
  • 1 batang serai (diketuk)
_DSC0844
lama tak ambik gmbr senget :D

Cara-cara :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.

_DSC0834
jemput makan :D

AIR ASAM
Sumber : ARAH

Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat

_DSC0839
AIR ASAM

Jumaat, 29 Julai 2011

Kuih Keria

_DSC0638
KUIH KERIA

Salam bertemu kemba,li sume :D,

Terlebih dahulu nak mintak maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki sbb tuan umah ni kejap tenggelam timbul ajer lah eak :D minggu ni bz sikit+demam HANGUL yg tak mo kebah lagii niii :D Tapi InsyaAllah akn diusahakan menghupdet blog masa puasa nanti, tp gmbr mesti berubah lah kan sbb dah petang2 gitu kan ambik gmbr hihihi... Dan terima kasih juga pd yg dtg singgah ke sini :-)

Sekalung tahniah buat KAKAK SECUBIT GARAM yg dah ada domain sendiri, jgn tanyer kita ya, kita ni buta dlm semua hal :D, dan TERIMA KASIH buat CIK CEK jugak sbb sudi bg award, nanti kita gantung ya, insyaAllah minggu depan sbb rasanyer kalau puasa2 mmg tak de buat benda kan :D Da beberapa hari ni pun makan tak menentu, alasan MALAS MAKAN sbb MALAS MASAK wakakaka.... penyakit pelik tp kalau dah ada depan mata kita makan! :D

Ok lah, ni ajer hidangan tuk sume org yg dtg, nak pegang kamera pun malas sejak2 niii, ntah teruk betul demam kita kali nii, jgn di ikut tak baik tuk kesihatan hihihi.... waahhhh! rindu kat sume org! nak projek apa ya? :D

Resepi kuih keriaaa dr NUUNAAAAA!!!!! kamsahamnida!!! dah suke dgn respi dr dulu lagi, mekaseh KAK QUINNIE!!! atau kak Q kita gelar nuuna jahat :P Mintak ijin resepinyer jugak, yg seronoknyer kan kan kita dah pandai sira gula tuu! :D tp sebenrnyer kita kalau mkn kuih keria yg bersira ni kita korek2 dulu gula dia tuu sajer nak asah skilll menyira :D SELAMAT MEYAMBUT RAMADHAN buat semua tak lama lagi! semoga amal kita diterimanyer inssyaAllah aminnnnn... Yg bertanyakan kabar juga terima kasih byk2 ya, ank kita yg allergic tu kena teruskan makan ubat selama 3 bulan, tp ambik sebulan dulu baru test kat komputer, ubatnyer mahhhaaalllllll!!!! :D sbb nak ambik sekali gus ubat tu utk 3 bulan insurance tak leh cover sume sbb limit sampai 400 hinggit jerr sehari jdnyer mmg kena ambik sebulan dulu pastu sambung lagi :D

KUIH KERIA
Resepi Asal : KAK QUINNIE MyR

Bahan-bahan ( 15 biji )
  • 500 gm keledek (saya buat keledek merah + putih)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air

_DSC0640
Sedap resepi ni kita suke! :D ambik sorang segelang ya :D jgn lebey2 nanti tak bagus tuk gg :D Kuih ni nmpk mcm senang tp dulu2 kita pernah buat asyik tak menjadi jerr huh! itu kitalah kan :D lain org lain pengalaman sbb maklomlahhh kita ni tak pandai masak2 :D

Cara-cara

  1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah dianggkat

Rabu, 20 Julai 2011

Alkisahhh~~ sapa nk baca sila teruskan scroll ke bwh :D

_DSC0681
HAPPY BIRTHDAY TO U, MY DEAR ARIKA!!
nak bergmbr dgn sayur kangkung yg dia tanam kat sekolah :-)

Salam kembali bersua buat semua :-),

Sebelum tu nak diingatkan mungkin n3 ni panjang sikit tp kalau tak nak baca tak pe kita tak kisah :D. Sebenrnyer nak buat n3 khas ni semalam on her birtday tp keadaan badan kita tak berapa mengizinkan, 2 hari sblm birthday arika ni bdn kita ni dah semacam jerrr tanda2 bulan nak mengambang ler tuuu tp bulan ni kita kena teruk sikit sbb tu sampai blog tak berupdate dan tak de masa untuk mengonlinekan diri kat sini mahupun kat FB. Pada yg bertanyer kabar n tiggal mesej kat FB terima kasih byk2 sgt hargainyer.

Bermula hari ahad jam dah menunjukkan pukul 10malam, abang atau lebih dikenali :D dgn nama ILYAS batuk2 tak berhenti sampai pukul 12.30am lebih, silap kita lah kan tak ambik kisah sgt sbb dia dah batuk dekat sebulan tapi yg jd teruk sgt seminggu yg lepas, dia kerap batuk2 tanpa henti kalau dah tertido n hampir 2 jam akn n baru berhenti DAN paginyer dia akn bersin2, sehinggalah pada hari ahad malamnyer tuu, kita tgh marathon menggosok, dgn bdn tak berapa nak sedap ninja kena kerja so balik umah hari ahad tu lmbt sikitlah, dlm masa menggosok tu ilyas dah mula batuk2 dahh, tp kita biarkan jerr sbb mungkin akn berhenti, tp makin lama makin kerap n tanpa henti tgk jam dah pukul 11mlm ninja tu tgk ke kita dia ckp esok kena bwk sepital nii, kita angguk kan ajerr lah, tapi dia masih batuk2 lagi sampaiilah pukul 12.30mlm n kita terus decided nak hantar ke ER, kat sini jgn risau speacialist dah bukak 24 jam cuma tak leh request dgn doc yg selalu kita jumpa lah kan.. Masa tu ilyas dah komplen2 sakit dada, kita mmg panik sikit kalau tgk keadaan dia mcm tuu, kita hantar dia ke hospital tgh2 malam tuuu berdua naik teksi tau! kita biarkan ninja tu jg yg 2 org tu sbb kita rela biar kita yg penat dr ninja tu yg penat sbb dia pun dah terus menerus kerja kan, walaupun masa tu bdn kita mmg tahap lemah maksimum tp gagahkan jugak kaki ni pergi hantar ilyas naik teksi. Bila sampai hospital doc cek lung sume clear, cuma ada bronchitis tak reti nak eja benda ni :P Tapi doc tanyer kita kalau budak dah batuk2 dekat sebulan kena xray takut lung kat dlm ada jangkitan, sbb benda tak nmpk kan kalau kat dalam ni, tapi doc tu bijak, sbb dia kata bg nebulizer dulu sblm xray sbb dia masih batuk2, dekat 20 min jugak masuk nebulizer terus g xray, TAPI masa tu dia dah tunjukkan keadaan positif sbb batuk2 dia tetiba berhenti dulu2 pun dah biasa masuk nebulizer, pastu g bilik xray mcm yg kita hantar kat FB tuuu, masa tu dekat pukul 1pg kalau tak silap, pastu tunggu keputusan xray lagi gitu gini dekat 2.30pagi, dpt result xray tu alhamdulillah, lung dia clear, doc suspected dia ni allergic, besok paginyer kena buat appointment dgn allergist pulak, sampai umah dekat kul 3pagi sbb hospital tak jauh dr condo ni.. abis di sini..

PAginyer kena bagun buat bekal ninja lagi mmg tersangat letih, tp nak buat mcm mana kan kena berkorban sikit kalau tak sapa yg nak buat benda tu sume kan? kebetulan hari isnin sekolah masih cuti kira leh tarik nafas lega cuma buatkan bentou ninja jerr, pagi2 tu siap itu ini n terpaksa tinggalkan si arika n adik berdua dekat umah sbb kita mmg tak larat nak bwk semua sekali, kalau bg game dia org mmg akn senyap tak bergerak ke mana mana, jdnyer pergi lagi hospital dgn ilyas jumpa allergist pulak.. Bila jumpa allergist, diaa ni dah dpt agak dah sbb budak2 biasa kena mcm ni, so buatlah allergic test, ambik masa 15 min jugak, dah tanda2 pun timbul tempat yg kena cucuk tuuu, ada red spot, rupanya dia ni alah dgn dust mite, doc bg penerangan sikit dgn dust mite ni, dia kata rumah bersih pun ada jdnyer cuba ambik langkah bejaga jaga, maksudnyer jgn guna carpet dan yg sewaktu dgnyer.. Jadinyerrrrrrrrrr, dr hari selasa sampai semalam kita ni kerja mengemas carpet gulong carpet sume, masuk ceruk sana sini pdhal hari2 kemas umah hari2 lap habuk tp tulah dia punyer peak bulan 7 n 8 mmg kena awasi ank2 yg allergic, nasib baik yg lain2 tak alah, kalau tak mau pengsan kita sorang2 kepenatan.. So, skrg ni alhamdulillah dia dah makan ubat alahan tu batuk pun dah tak de bersin2 pun dah takde, umah pun dah togel tak de carpet :D cuma kat dapo jerr lah kita letak carpet kecik, tp carpet yg boleh dibasuh ya.. tunggu 10 hari lagi kena follow up appointment utk pastikan ubat alah tu sesuwai atau tak nak kena sambung mkn lagi ubat alahan tu kalau dia serasi.. Abis citer ilyas kat sini.. Terima kasih pada yg mendoakan kesihatan ilyas n kita sekali, terharu sgt2 :-(

Cerita si ARIKA pulak, semalam birthday dia, sehari sebelum birthday dia semalam 19hb, dia dah bising2 ingatkan harijadi dia semalam niii lahh, tp kita ni kurang sihat, beli kek jer lah kakak nanti weken mama buatkan kek, dia tak kisah pun cuma semalam dia nak istimewa2 sikit, bentou dia pesan buat itu ini, mkn malam pun gitu gini gitu gini ank perempuan ni teliti n cermat n cerewet sikit tp tak pelah kan yg dia mintak tu pun bukan berat sgt, buatkan ajer lah biar dia rasa dihargai, hari2 mama hargai dia :-) SELAMAT HARI JADI, OTANJYOBI OMEDETOU ARIKA CHAN!!! Semoga membesar dgn sihat, dan berjaya dunia akhirat insyaAllah, tak de apa yg diharapkan cuma nak tgk dia membesar dgn sihat n menjadi insan berguna bila besar nanti insyaAllah aminnnn.. Sangat cepat masa berlalu, lahirkan dia ni pun kena ikut tingkap sbb kaki sebelah tersimpul ke atas :D

Blogwalking insyaALlah tunggu bdn kita ni dah sihat sikit, mata pun dah pedih2 balik :-(, terima kasih sume atas sokongan n doanyer! :-)

_DSC0669_DSC0673
Yg ni gmbr 2 tahun lepas kat studio kat japan, rasanyer ank2 jepun mmg WAJIB ambik gmbr mcm ni seumur mcm niii, kita jerr yg tak merasa lagi ambik gmbr kat studio japan hihihi... simpan angan2 tu dulu kena kumpul duit sbb MAHAL! :D next time balik japan kena ambikkan si kecik pulak, giliran mama tunggu dah tua kot hihihi.. teringin nk pakai kimono sbnrnyer :D


_DSC0678_DSC0707
Yg ni pulak hadiah GA dr KAK RIMA dah sampai semalam, TERIMA KASIH kak rima!! suke sgt! tak sabar nak guna :-)

Isnin, 18 Julai 2011

Kuih Bom

_DSC0646
KUIH BOM

Salam pagi isnin sume!!

Quick update, ada urusan di luar tenkiu! will update soon insyaAllah.

KUIH BOM
Original Recipe:ALONGROZZ
(Makes a dozen)

INGREDIENTS:


  • 80g Sweet Potato - steamed & mashed
  • 120g Glutinous Rice Flour
  • 20g Plain Flour
  • 35g Castor Sugar
  • A pinch Salt
  • 100ml Water
  • Sesame Seeds - for rolling
  • Coconut/Bean Filling


_DSC0652


METHOD:
1. Mix all ingredients to form a soft dough.Divide into 12 balls.Flatten each ball, place a ball of filling & wrap.Roll onto sesame seeds.
2. Deep fry until golden.Enjoy!

_DSC0650


_DSC0636_DSC0635

Ahad, 17 Julai 2011

Cili Jeruk

_DSC0667
CILI JERUK

Salam ahad sume!!! :D

Saya tak de mood hari niii sbb ninja kena kerja, aaahhhhhh~~ dgn nada perlahan** saya sgt tekanan ahahaha.... Hari ni kita kena ambik alih tugas ninja, nasib baik dia tak suruh buat bekal ari nii kalau tak mmg tak rehat lerr saya nmpknyer tp kesian pulak bila dia melangkah keluar dr rumah td pagi sob sob.. bukan kita yg tak nak buatkan bentou ya, dia yg tak bg buat>>dia phm isteri dia tgh merajuk n tak berckp dr malam tadi lepas dpt tahu kena kerja hari ahad ni lah :P

Kita bukanlah isteri yg kejam ya, kdg kerja rumah ni lah tak pernah nak habis geram betull yaaa :D OLEH YG DEMIKIAN>>>>>>>> Mari ramai2 makan CILI JERUK buatan sendirik ^ ^, wakakakaka..... Mintak maaf, tuan umah akn buat kunjung balas bila free sgt2 ni ya, jemputlah makan lada jeruk tu dulu :D walau apa pun DOA kita buat suami tercinta semoga suksesss audit minggu depan ni ya insyaAllah aminnnn...

CILI JERUK
Resepi Asal: K.Nor@KAKAK SECUBIT GARAM

Bahan :
  • 7 -8 bj cili hijau ~ boleh guna cili merah/hijau
  • 1 cawan air
  • 1 cawan cuka
  • 2 -3 sudu besar gula
Cara :
  • Basuh cili dan toskan.
  • Kemudian hiris tp jangan terlalu nipis.
  • Masak air bersama cuka dan gula hingga mendidih. Biarkan hingga sejuk.
  • Masukkan cili ke dalam botol yg bersih dan tuangkan air cuka yg dimasak tadi.
  • Tutup botol dan biarkan sehingga 2 - 3 hari baru lah sedap dimakan bersama mee rebus/goreng dan sebagainya.


_DSC0656
Nampak sgt senang tp kalau mcm kita ni yg serba tak tahu, kena carik resepi jugak nak buat CILI JERUK ni tau! :D

Sabtu, 16 Julai 2011

Reeses Peanut Butter Cup Cupcake

_DSC0614
REESES PEANUT BUTTER CUP CUPCAKE

Salam sabtu sume!

Pelik? rajin sbb dah 2 minggu ni ari sabtu meng n3 :D ninja kena kerja lah tuuu yg rajin sgt meng n3 tp mata kita ni pulak asal hari jumaat dia dah tunjukkan tanda2 memprotes gituuuu, dah baju sume tak bergosok sbb kalau dah mula sakit mata nii mmg tak selera nak tgk baju2 tuuu sume aaarrghhhh! sgt tak suke! :-(

Jom makan cc niii, what else i can say, sedapppppppp!!!! pestaim buat cc yg rasa setanding kedai kek, ureshiiiiiiiiiii!!!! ^^, tp kalau kita mungkin suke mkn dgn buttercream atau sreamcheese frostig gituuu, tp since nama dia ni PEANUT BUTTER FROSTING saja nak cuba jugak rasanyer mcm mana kan kan, tp sapa peminat peanut butter mmg suke, tp yg nak saya citer di sini keseapan kek niii haishhh! mmg sedappp! Mungkin penggunaan CREME FRAICHE tuu mmg lemak berkrim lembuttt keknyer, nyummmm nyummm... jemput ambik yaaaaa :D Happy weekend sume!! Kunjungan balas insyaAllah kalau sempat kita berkunjung, mata ni lahh tak leh duk depan lappy lama kalau dah dtg penyakit dia niii huh!

**Reeses PEanut Butter Cup ni dia mcm coklat, ibarat peanut butter yg di salut coklat, tp tak sure kat mesia ada ke tak ya, tp leh gantikan dgn cekelat lain atau leh guna peanut butter cuitkan sikit n masukkan dlm adunan batter td** Untuk creme fraiche tuuu leh tgk resepi kat bwh :D

Adaptation from: Gizzi's Kitchen Magic by Gizzi Erskine
Makes 5 (standard muffin tins)

REESES PEANUT BUTTER CUP CUPCAKE
Source : DAILYDELICIOUS by POOK

Ingredients
  • 60g Butter
  • 60g Golden caster sugar>>i used caster sugar
  • 1 Egg
  • 60g Cake flour
  • 1tbsp Cocoa powder
  • ¾ tsp Baking powder
  • 2tbsp Crème Fraîche
  • ½ tsp Vanilla extract
  • 3 pieces Reeses' Peanut butter cup, chopped into small pieces

Peanut butter frosting
  • 100g Peanut butter
  • 70g Icing sugar>> i used 30g Icing Sugar
  • 75g Cream cheese
  • A pinch of salt
  • Reeses' Peanut butter cup, cut into small pieces for decorating

_DSC0618
Inilah kelemahan saya bila tiba kepada mendeco mmg tgn keras kejung! ahahaha... itu bukan masalahnyer kita mahu menghayatinyer RASANYERRR bukan rupa wakakaka...

Method:

  • Preheat the oven to 170°C
  • Line 5 standard muffin tins with muffin case.
  • Sift the flour, cocoa powder and baking powder together, set aside.Beat the butter until smooth, add the sugar and beat until light and fluffy.
  • Put the egg and vanilla into the bowl and beat until fully combine.
  • Pour the flour mixture into the bowl, fold to combine.
  • Add the Crème Fraîche fold to combine. Put the chopped Peanut butter cup into the batter, fold until just mix.
  • Scoop the batter into the prepared tins.
  • Bake for 20-25 minutes, or until the top of the cake spring bake when touch it lightly.
  • Cool the cupcakes on a wire rack.

Make the Frosting:

  • Beat the peanut butter and cream cheese until smooth, sift the icing sugar into the bowl, beat until fully combine.
  • Put the frosting into the piping bag and frost the cupcake.
  • Decorate with chopped Peanut butter cup.


_DSC0627
yummylicioussssss!!!

_DSC0605_DSC0604


CREME FRAICHE


_DSC0500
CREME FRAICHE


**step by step leh tgk kat blog pook, senang jer buatnyer cuma ambik masa nak guna dia tu :-)

CREME FRAICHE

Ingredients
  • 1 cup Whipping cream
  • 1tbsp Plain yogurt
Method:

Prepare the Crème Fraîche by mix 1 cup of whipping with 1 tbsp of the yogurt, cover and let it sit on your counter (or any place that is not hot), for overnight, then refrigerate for 1 day before using.
You will get the thick and a little tangy cream.
Can be keep for 2 weeks in the fridge.



Jumaat, 15 Julai 2011

Banana Caramel Muffin

_DSC0587
BANANA CARAMEL MUFFIN

Salam pagi jumaat sume :-),

Hari ni ramai yg berpuasa? Semoga diberi kekuatan sehingga waktunyer insyaAllah! kita puasa tak? rahsiaaaaa hihihi..... Ni sume menu semalam ya :D Salah satu resepi yg menggunakan karamel sause kat bwh tu yaa... Mmg sedapppp! Kita letakkan karamel sauce tu kat tgh2 mcm buat inti gituu baru terasa dia punyer karamelll, haish! sedappp sgt! suke!!!!

Satu lagi resepi dr blog dailydelicious, Resepinyer kita paste kat sini jugak ya, tp alih bahasa sendirik :D alaaaaa...sume org lagi terrer spekong dr kita kan kan :D Hari niiii thai cuti sampai hari isnin tp ninja kena kerja sbb hari selasa ada audit n seterusnyer pun begitu, kena buat preparation sblm audittt, gd luck buat team2 nyer! insyaAllah.. semoga pas audit nanti ya :-)

Adaptation from: "生キャラメルとキャラメルおやつ"(Fresh caramel and sweets that make from caramel) by Yuka Nakajima.



BANANA CARAMEL MUFFIN
Source : DAILYDELICIOUS by POOK
Banana Caramel muffins
Makes 8 ( 5x3.5cm muffin tins)

Ingredients

½

Banana

1

Egg

20g

Caster sugar

40g

Unsalted butter (melted)

50g

Caramel sauce

100g

Cake flour

½ tsp

Baking powder



_DSC0592
ada lagi tuuu ambik sorang seketul buat buka :D

Method:

  • Preheat the oven to 170°C
  • Put the paper case in the 8 - 5x3.5cm muffin tins.
  • Sift the flour and baking powder together, set aside
  • Put the banana in the plastic bag and mash it with your hand, set aside.
  • Beat the egg until light, add the sugar and beat until ribbon stage.
  • Fold the butter and follow with caramel sauce, fold gently until combine
  • Put the mash banana into the batter, fold to combine, and pour the flour mixture into the batter, fold again.
  • The mixture will be lumpy, but everything will mix through
  • Put the batter into the prepared pan.>>Masukkan karamel utk proses yg ni kat tgh2 pastu tutupkan dgn batter td.
  • Bake for 18-20 minutes.
  • Serve plain or with more caramel sauce if you like!

_DSC0599
i hv nothing to sayyy, love caramel n banana, nice combination!

Khamis, 14 Julai 2011

Basic Caramel Sauce

_DSC0484
BASIC CARAMEL SAUCE

Salam malam JUMAAT :D

Lama carik resepi niii, bagai di cita ulam mendatang, leh rujuk kat umah POOK at DAILYDELICIOUS, mau marathon gosok baju :D

Untuk karamel ni tunggu n3 esok pagiii :D hihihi... nak selet roti pun sedap :P ahahaha.... mcm pook dia akn drizzle kan atas sekrim, leh try nanti :-) jom jom menggosok dimalam hariii :D

Adaptation from: "生キャラメルとキャラメルおやつ"(Fresh caramel and sweets that make from caramel) by Yuka Nakajima.

BASIC CARAMEL SAUCE
Source : DAILYDELICIOUS by POOK

Ingredients
  • 200g sugar
  • 2tbs water
  • 200ml Whipping Cream
  • 1/4tsp salt
_DSC0454
sedap menjilat sudu :D
Method:

Combine the sugar and water in a heavy saucepan and stir well to mix. Put the cream and salt in a second small saucepan, stir to combine (or put in the microwave proved measuring cup). Place the first pan on medium heat and cook undisturbed until the sugar begins to melt and caramelize-you’ll see a few wisps of smoke coming out of the sugar. Reduce the heat to low and stir occasionally so that the sugar melts and caramelizes evenly. Remove it from the heat when the caramel is still very pale (the sugar will continue to darken off the heat). Slide the pan with the cream onto the burner. As soon as the cream has some bubbles around the edge (if using microwave put the cup in the microwave and heat for 1 minutes), add it to the caramel at arm’s length, averting your face—the caramel will boil up and may splatter out of the pan. Pour the diluted caramel into a medium bowl and cool it to room temperature.



Macaron au chocolat et caramel

_DSC0575
MACARON AU CHOCOLAT ET CARAMEL

Salam bertemu kembali sume!! :-)

Tak nak ckp byk, skrg ni kita nak cuba publish n3 wordless gituuu hihihi.. boleh tak? Tak nak komplen itu ini sya sudah penat :D

Lagi satu variasi recipe dr PIERRE HERMES, tapi syg buku dia dah habis masa cek kat bookstore :-( nak beli online boleh tp kena consider dulu.. Resepi copy dr DAILYDELICIOUS, i enjoy reading her blog lately sbb tu jadi malas sikit beberapa hari ni wakakaka... Ok ladies!! got to go!!! :D Utuk step by step leh klik jer kat link dailydelicous tuu, kita dah jatuh cinta dgn blog dia n photography kat blog tu jugak :D

Terima kasih yg dtg berkunjung, kunjung balas bila free nanti insyaAllah! tenkiuuuuu!!!

Adaptation from: Macaron by Pierre Hermé

Macaron au chocolat et caramel
Makes 30
Source: DAILYDELICIOUS by Pook

For the macaron base


68 g

almond powder

68 g

icing sugar

25 g

egg whites

27g

Chocolate 78% cocoa mass



For Italian Meringue


75 g

caster sugar

17 g

water

25 g

egg whites



Caramel filling

70g
sugar
30g
whipping cream
50g
salted butter


Preheat the oven to 170°C.


_DSC0551
Satisfied!!

Mix the macaron base:

Melt the chocolate.
Sift together almond powder and icing sugar into a bowl, put the color, melted chocolate and egg white into the bowl. Use a pastry scrap or spatula to bring everything together. Set aside.

Make the Italian meringue:

In a sauce pan, put the sugar and water and bring to boil over medium low heat.
When the syrup reaches 114°C, start whisking the egg whites.

The syrup is ready when it reaches 120°C; pour it over the egg whites and continue whisking until cold.

Make the macaron:

Mix together the base and Italian meringue.

The mixture should be softer and very glossy, a little stiffer then cake batter..

Spoon mixture into a piping bag fitted with a 5mm nozzle. Pipe or spoon mixture into 2.5cm rounds onto baking paper-lined (or Silpat) oven trays. When you’ve pipe out all the macarons lift each baking sheet with both hands and then bang it down on the counter (you need to get the air out of the batter).


Bake for 10 minutes (can be longer, depend on your oven). Remove from oven and cool on trays. Slide a knife under each macaron to release.

Make the caramel filling:

Put the sugar in a heavy saucepan, place the pan on medium heat and cook undisturbed until the sugar begins to melt and caramelize-you’ll see a few wisps of smoke coming out of the sugar. Reduce the heat to low and stir occasionally so that the sugar melts and caramelizes evenly. While the caramel is still very pale add cream to the caramel at arm’s length, averting your face—the caramel will boil up and may splatter out of the pan.

Add the butter, and stir slowly until smooth.
Spoon the filling into a piping bag fitted with a 5mm nozzle. Pipe the filling into the macoronsSandwich macarons together.Refrigerate for at least 1 hour for filling to firm.

_DSC0509
lepas picitkan filling belum firm lagi, baru masukkan dlm fridge :-) sgt sedappppppp!

Selasa, 12 Julai 2011

Melting Almond

_DSC0409
MELTING ALMOND

Salam pagi selasa!

Selamattttt selamatttt hari rayaaaa wakakaka....~~ eh? belum raya eak? wakakaka..... sajer jer lah buat kunyah2 n nak test kot2 leh buat raya nanti kan kan kan.. Tp mmg sedap beskut ni! ada lagi 3 ketul jerrr, itu buat satu adunan tauu! haish! yg lain tak layan kita dgn ank dara jer yg layan hihihi...

Resepi ambik kat umah SABA yg kat jepun sana, arigatou saba chan! Akak mintak izin n halal resepinyer share kat sini jugak! :-) beskut ni part paling nikmat sgt masa tergigir dia punyer almond flake, haish! ssh nak citer kesedapan dia niii tak leh nak describe mcm mana, imagine sendiri>>ayat kejam**

Btw, semalam kita ni malas sgt nak makan, sbb tu tak de n3 masak2 ya, setakat masak malam tuk budak2 dgn bekal jer lahh lg pun bekal semalam byk belen jdnyer tak elok membazir kan :P tu yg tak masuk dapo tuuu hihihi.... Hari ni nak kuar sbb ada urusan lagi, bila free kita buat kunjung balas ya, mekasehhh!!!

MELTING ALMOND
REsepi Asal : SABA

Bahan - bahan:
  • 180gm shortening>>yg ni akak letak 190gm
  • 150 gm serbuk badam ( almond powder)
  • 120 gm almond flakes ( disagai dan diramas2 sehingga hancur)
  • 120 gm gula aising
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 200 gm tepung gandum
  • 80 gm tepung jagung

_DSC0411

Cara Membuatnya:
  1. Almond flakes disangai dan kemudian diramas2 sehingga sedikit hancur
  2. Kemudian, pukul menggunakan mixer, shortening dan gula icing sehingga menjadi berkrim dan kembang.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit tepung, tepung jagung,serbuk badam, dan juga almond flakes yg telag dihancurkan tadi.
  4. Sejukkan adunan di dalam chiller selama 15 minit. Kemudian bentukkan mengikut corak kesukaan anda.
  5. Bakar doh pada suhu 150 darjah selama 30 minit bergantung kpd oven masing2.
  6. Sejukkan cookies ini sebelum dialihkan di dalam container

_DSC0413
kat siam mmg awal nmpk ank bulan ahahaha....

Isnin, 11 Julai 2011

Award dr Ayu, tochigi japan

Kiut tak??? ayu design sendirik tauu!! to show her appreciation :-)

Salam kembali!!

Orang memberi kita merasa, buat baik berpada pada buat jahat jgn sekali, tetiba** KAMALIA HANI YUNUS saya memerlukan anda utk lempang pipi saya laju2, oppps, lupa pulak lia tgh berpantang :D

Juta2 thanks to ayu atau senang kata tak terbyk terima kasih kita buat ayu aka ☆*♥L@dy @yU♥*☆ bersusah payah mereka award yg sgt kawaiiiiii!!! daisukiiiii dayo!!!! Nak bercerita sikit mcm mana kenal ayu :D kita baru jer kenal ayu ni dlm beberapa bulan ni, memula tgk mcm gedik jerr budak nii wakakakaka, tp once dah kenal, mmg mesraaaaaa!!! mcm dah lama kenal, ni lah dia org yg suke nanges2 hentak kaki :D Semoga persahabatan ni kekal selama lamanyer insyaAllah! Tunggu ai balik jepun becuti kita jumpa ya insyaAllah! mungkin fuyu tak pun musim sakura ;-)

Bila berkawan ni kan kita kena give n take, kena bertolak ansur, org dtg umah kena buat balas kunjungan gitulah diumpamakannya, tp kalau ninja tu punyer istilah give n take ada sedikit berbeza, biar kita ajer yg memberi jgn menerima, phm tak maksud dia tu apa? biarlah kita yg ssh jgn sshkan org lain tak kesah biar kita ajer yg memberi nama nak menerima tu mmg liat sikit dlm istilah dia tuu, kita pun sbnrnyer pun begitu, tak pernah berkira walau se sen! kalau ada rezeki kita akn memberi, kalau tak de rezeki lebih mungkin nxt time insyaAllah! benda yg kecik sekalipun kalau atas nama persahabatan mmg tak boleh dijual beli mmg TERSANGATTTTT beharga buat kita kan kan, itu kitalah kan, kalau pendapat org lain kita tak tahu, cuma satu yg kita TAK SUKE, mengambil kesempatan di atas kebaikan yg kita beri, sekian khutbah tuk hari ni hihihi... mata kita ni mcm biasa ya pedih lagi, tak leh ddk lama2 depan lappy, insyaAllah akn ronda2 mlm2 :D waktu yg sesuwai buat kita hihihi...

Oh lupa, terima kasih jugak buat KAK RIMA, sbb menganjurkan GA nya yg ke 4 n tak sangka kita pemenangnye senyum lebor sampai ketinga (^_______^) sbb benda yg diidamkan menjadik kenyataan, terima kasih!