Selasa, 31 Julai 2012

Milo and Oreo Jelly

_DSC0434
MILO AND OREO JELLY

Salam kembali sume!

Ni n3 auto publish ya sbb tuan umah kat dlm library bekerja ehehe.... Puding pertama di bulan ramadhan :D senang sgt puding ni n sedap! lebih kn air sikittttttttt jer sbb nk dptkan kelembutan yg di kehendaki. Tenkiu kak rima n resepi asal dr Alongrozz (edited) thanks 4 sharing! tang milo tu heaven sungguh, terasa kecoklatan milonya :D btw, kalau milo kita tak pernah muak tp kalau coklat 100% mmg dah kurengggggg :D

Terima kasih setiap kunjungannya :-) tunggu petang nanti kita blogwalking insyaAllah. Mintak izin n halal kembali Alongrozz n kak rima(sumber) resepinya :-) mabeles! Buat semua selamat berbuka bila waktunya :-) jumpa lagi insyaAllah!

MILO AND OREO JELLY
Original Recipe : ALONGROZZ
Source : KAK RIMA

Ingredients :
  • 1 packet / 10g Jelly Powder (Agar-Agar Powder)
  • 750ml Water
  • 160g Sugar
  • 1 can (400g) Evaporated Milk
  • 3/4 cup Milo Powder
  • 1 pack (137g) Oreo Cookies - break into small pieces but keep the sandwich together

_DSC0427
Milo layer harus lerr tebal2 ehehe... puding ni kita mkn dgn kuah susu cair sbb tak biasa mkn puding kering2 gini mesti nak buat kuah dia :D

METHOD:

1. Place jelly powder and water in a pot & cook until jelly is dissolved.
Add in sugar & cook until sugar is dissolved. Add in milk, stir well & switch off fire once boiled.

2. Separate 2 cups of the mixture into another pot & add in Milo powder.
Stir well until milo is dissolved.

3. Pour 1 cup of the Milo mixture into a square container and let the remaining half warm up on smallest fire. Let it set slightly on surface before pouring another layer. Pour the plain mixture on top. Sprinkle oreo cookies & let is set on the surface. Pour the remaining milo mixture.

4. Let it set completely at room temperature before chiiling it in the fridge.
Serve cold.

TIPS FOR LAYERING:
a. Do not wait until the layer is completely set before pouring the next layer, or else it will not stick. If this happens, scratch surface with a fork before pouring the next layer.
b. Make sure the mixture is still hot when pouring on the earlier layer so that it will stick well.

Nasi Daging Berempah n Air Asam

_DSC0488
NASI DAGING BEREMPAH n AIR ASAM

Salam ramadhan ke 12 sume :-)

Hari ni kena pergi library jd volunteer kat sekolah, jdnyer dr pagi sampai separuh petang tak available :D InsyaAllah, kunjung balas kita buat bila free nanti :-) di dahului dgn terima kasih dengan setiap kunjungannya :-)

Menu ulang tayang yg tak akn jemu, jarang buat lagi pun skrg ni nasi2 mcm ni, ni termengidam pulak sbb beberapa hari ni nmpk blogger2 tayang air asam lahh aishh! Takpe melepaskan geram sehari jerr pastu taubat balik ehehe... Suke dgn resepi ni senang n sedap :-) Buat penyumbang resepi, terima kasih n minta izin n halal kembali resepinya. Jumpa lagi nanti insyaAllah! Moga semua org berada dlm keadaan sihat hendaknya insyaAllah!

NASI DAGING BEREMPAH n AIR ASAM
Resepi Asal : KAK FIDA

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
  • 1 kilo beras - basuh dan toskan
  • 500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
  • 1 cawan susu cair>>ganti dgn fresh milk sbb takde stok susu cair
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos cili>>yg ni tak masukkan takut pedas budak2 tak makan :D
  • 1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
  • Air secukupnya
  • daun sup dan daun bawang - dihiris
  • 1 cawan bawang goreng
  • 20 ulas bawang merah*
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 sb ketumbar biji*-disangar
  • 2 sk jintan halus/putih*- disangar
  • 1/2 jari halia*
  • 2 sb kismis*
  • 4 tangkai cili hijau*
  • penumis:- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 batang serai - dititik
  • 1sb rempah kari daging>>yg ni tambahan kita yg letak :D resepi asal tak letak ya

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan. >>Yg ni kita tak buat sbb lepas tumis sume bhn dan dah naik minyak n bau baru kita masukkan daging mentah n masuk air sikit tunggu mendidih n masak daging tu dan ikut step seterusnyer.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
  3. Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
  4. Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.
_DSC0489-1_DSC0470
Kali ni buatkan sup jugak sbb budak2 lebih selesa mkn ni dgn sup, kita layan dgn air asam n salad2 ajerr :D

AIR ASAM
Sumber : ARAH

Bahan2
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam

**Kesemua bahan di atas di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang bersama nasi daging :-)

Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat

Isnin, 30 Julai 2012

Homemade Cendol Resepi II

_DSC0465-1
HOMEMADE CENDOL II

Salam kembali :-)

Yg ni cuba resepi terbaru dr wendy, aishh! seronok tgk kejadiannya kalau tak sebelum ni rupa ala2 yg tu tuuuu ehehe... kali ni panjang2, thanks to wendy sbb bg idea guna plastik, sblm ni terpkir nak buat gitu jugak tp takut tak nak keluar adunannya :D belum cuba belum tahu kan?

Resepinya kita letak sini jugak ya, thanks for sharing wendy! Minta izin untuk di kongsikan di sini juga resepinya :-) Untuk semua, selamat berbuka bila sampai waktunya dan terima kasih juga setiap kunjungannya m(_ _)m

HOMEMADE CENDOL II
Original Recipe : WENDY table for 2

Ingredients :
  • 50g Mung Bean Strach
  • 50g Cornstarch
  • 600ml Pandan Juice + 1 drop alkaline water>>kita tak masukkan alkaline water
OR
  • 100g Cornstarch
  • 500ml Pandan Juice + 1 drop alkaline water

Method

  • Prepare a basin of ice water, keep it in the fridge. Or, prepare a basin of water and another container of ice cube ready (keep in Freezer). Prepare oven Mittens and food grade plastic bag (like ZIPLOCK or HDPE bags) and scissors, ready at your working spot.
  • Combine everything and cook on medium low heat until it turns thick, tranculent and glossy.
  • Bring out you basin of ice water.
  • Immedietly transfer the hot starch mixture into the plastic bag (Wear Mittens on your working hand.
  • Snip one corner of the bag (about 3mm) and squeeze the content into ice water.
  • Leave the cendol `noddles` in the ice water for 15 minutes. Strain and it ready to use.


_DSC0456-1
eeeee...sukeeeeeee dgn kejadiannya n kaler dia :D

Cendol Durian

_DSC0309
CENDOL KUAH DURIAN

Salam kembali :D

Ini 1st dessert kita di bulan ramadhan yg berasaskan ala2 minuman gituuu tp sgt2 mengenyangkan :D Dah beberapa hari ni cuaca mendung nak buat puding2 atau air2 yg sedap tak selera, ttp carik air kosong atau jarang ajerr. Itu hari kes ternmpk kat rumah KAK TTM, kak ttm pun terperasan kat rumah KAK MADIHA, kita pun rasa nak terbuat buat cendol tak jugak kan :D buat cendol tak ssh sbnrnyer tp mood malas dgn tak ajerr yg buat cendol tu jadik atau tak, kalau ada yg readymade tu senang byk sikit kerjakannya ehehe...

Resepi senang dr rumah kak madiha, mekaseh kak ttm n kak madiha utk perkongsian resepinya! nasib baik ada durian kejang dlm freezer hihihi... Mintak izin kembali resepinya, terima kasih! Dan terima kasih juga setiap kunjungannya :-)

CENDOL KUAH DURIAN
Resepi Asal : KAK MADIHA
Rujukan : KAK TTM MELBEN

Bahan2 Untuk Cendol Durian

Kuah santan durian (lihat resepi dibawah)
Cendol (beli aje senang ) >>yg ni buat sendirik :D
Air gula merah/gula melaka (1 cwn gula merah/ 1 ketul besar gula melaka + ½ cawan air. Dimasak & tapis)
Ais kiub (jika suka)

Cara Menyediakan Cendol Durian

1. Sendukkan kuah santan durian ke dalam mangkuk.
2. Sudukan cendol. Tuangkan air gula merah secukup manis & sedia dinikmati.
(Jika suka cendol berais nikmati semasa kuah durian sejuk sedikit & masukkan ais kiub semasa menghidang)


Resepi Santan Durian

Bahan2
  • 1 biji durian ~ ambil ulasnya
  • 1 biji kelapa diambil santan sederhana pekat
  • 1 helai daun pandan ~ cuci & simpul
  • secubit garam

Cara2 menyediakan

1. Campurkan ulas durian bersama santan, daun pandan & secubit garam.
2. Masak hingga agak2 pekat dan tutupkan api.
3. Hidang bersama cendol & air gula merah.



_DSC0316_DSC0314
Cendol heavennn :D letak pulut, kacang merah, yummyylicious!

HOMEMADE CENDOL
Resepi Asal :
MyR dr MARIAM
Boleh tgk kat SINI jugak

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan>>kita guna 3 helai daun pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

Ikan Pais

_DSC0269
IKAN PAIS

Assalamu`alaikum wbt, salam ramadhan ke 11 :-),

Menu berbuka semalam ikan pais n kuih :D Resepi ikan pais ni dah buat dulu dan terus jatuh cinta, resepi dr che`iza mmg tak pernah mengecewakan sedap2 belaka.. Macam biasa hari ni bz sikit, kita pergi tgk resepinya lagi sekali ya, Terima kasih buat che`iza penyumbang resepinya minta izin n halal kembali resepinya.

Dan terima kasih juga setiap kunjungannya :-)

IKAN PAIS
Resepi Asal : CHE`IZA MYR
Boleh ke SINI utk n3 sebelumnya :-)

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 kg ikan kembung
  • * 4 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • 5 sb lada boh
  • 3 sb air asam jawa
  • 2 sb santan pekat
  • sedikit garam, gula n perasa
  • daun pisang n lidi utk bungkus>>kita guna daun kunyit, lepas tu balut dgn daun pisang n last sekali dgn alumunium foil, bakar sampai masak.


_DSC0270

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, toskan airnya dan ketepikan. Tumbuk bahan bertanda *
  2. Satukan bahan tumbuk dan semua bahan lain, gaul sebati.
  3. Ambil daun pisang selebar 30 cm, letak pes lada diatas daun. Letak ikan atas pes lada tadi. Kemudian lapiskan lg dgn pes lada. Balutkan ikan dgn daun pisang .
  4. Lipatkan sedikit dihujng daun kiri n kanan dan cucuk dgn lidi supaya pes lada tak terkeluar masa bakar nanti. Siap utuk dibakar.
  5. Bakar lebih kurang 25-35 min bergantung pada saiz ikan yg digunakan. Sedap mkn panas2 ngan nasi putih.

Ahad, 29 Julai 2012

Kuih Lopes II

_DSC0336
KUIH LOPES II

Salam ramadhan yg ke 10!

Pejam celik pejam celik dah ramadhan yg ke 10 kat siam, kat mesia baru 9 hari ya :D tak lama pecah lah angka 10 cepat sgt masa berlalu.

Kuih kakak jenifer LOPES ni pun kuih harus buat, ntahlah kita ni puasa2 suke betul makan makanan yg di curahkan gula melaka gini :D tp nasi mmg kita tak ambik, sbb seleranya nak makan kuih muih. Dah jatuh cinta dgn resepi dr CHE`IZA ni, suke dgn rasa lopes yg asli :D kenyal2 gituu kalau makan, mmg best sgt2 resepi ni, cuma nk pastikan masa bungkus n ikat dia kena betul2 sbb masa rebus dia nanti boleh terkeluar isi dia nanti dah tak jadik kenyal jd lembik pulak sbb air masuk, rebus lama2 lagi sedap, bau harum daun pisang tu yg sedap. Resepi kita letak lagi sekali kat sini ya, minta izin n halal kembali resepinya, terima kasih!

InysaAllah belas kunjung bila free ya pagi ni nak settlekan baju2 nak kena gosok :D Terima kasih juga setiap kunjungannya! :-)


KUIH LOPES II
Resepi Asal : CHEIZA

Bahan-bahan
  • 300 gm beras pulut (boleh dpt dlm 10- 12kpg)
  • 1/2 sk kapur
  • kelapa parut
  • sedikit garam
  • daun pisang
~ *Utk air gula*
  • 1 buku gula melaka (dlm 150 gm lah)
  • 100 gram gula merah
  • beberapa helai daun pandan


_DSC0334_DSC0337
Guna kelapa kering jerr :D

Cara-cara
  1. Rendam pulut dgn air kapur selama 2-3 jam ( Satu jam pun okey ). Toskan beras pulut yg telah direndam.>>Untuk yg ni kita rendamkan dgn air daun pandan
  2. *Utk air gula* masak gula melaka dan gula merah, masukkan daun pandan yg disimpul. Masak sehingga pekat. Biarkan air gula sejuk.
  3. Siat/potong daun pisang selebar 3 inci.... Ikut sukelah lagi lebar, lagi besar kuih lopes yg akan kita dapat.
  4. Layurkan daun pisang..... Sbb saya tak rajin, saya celur jer sikit ngan air panas....
  5. Buat bentuk segitiga pada hujung daun pisang dan masukkan beras pulut (dlm 2 sb) dan bungkus.... Buat 2-3 kpg dan ikat ( saya ikat pakai getah gelang jer)... Buatlah hingga habis. Pastikan bungkus pulut padat2... kalau tak pulut akan terkeluar atau pecah.....
  6. Rebus kuih yg dibungkus selama 2 jam.... Lagi lama lagi baik.... kueh yg terhasil lebih cantik dan tahan lebih lama....
  7. Bila siap rebus..... toskan kuih lopes dan biarkan sejuk......
  8. Dah sejuk buang ler daun pisang tu.... balut ngan kelapa parut yg telah di gaul dgn sedikit garam.... makan dgn air gula....

Sabtu, 28 Julai 2012

Roti Canai Homemade n Kuah Dhal

_DSC0391
ROTI CANAI
(Kosong n telur)

Salam ramadhan kembali sume :-)

Hari ni kita free, yeaaaaaaaa!! Tp byk kerja rumah lah, free maksudnyer tak yah antar kids pergi tuition ke n yg sewaktu dgnnya :D Semua org sihat? Kita kalau dah akhir2 gini bdn lemah tak bermaya, gitu jugak lerr bila permulaan bulan mengambang, dlu2 tak de sakit2 itu ini tp sejak dah ada ank ni mcm2 pulak sakit hmmm.....

Maaf ya, suke sgt dgn resepi nii lg pun sejak kita berdiettt yg jd mangsa pun ank2 kita jugak lerr tak dpt nk makan roti canai nii ehehehe... Masa puasa ni lahhh boleh mkn itu ini yer nak :D Macam biasa, hasilnya sgt memuaskannn sedap lagi buat sendirik dr pergi beli kat kedai ececece... yg jd semakin bestnyer pulak ni mkn dgn kuah dhal n masukkan sikit sambal tumis dlm kuah dal tuu, alhamdulillah nikmat tak terkata hihihi.... Ok, kita letakkan lagi resepinya kat sini jugak ya :-), selamat berhujung minggu sume n terima kasih juga setiap kunjungannya :-)

ROTI CANAI
Resepi Asal : NICEGHOST FNR >>yg ini tak de link kalau ada tolong bg tahu ya :-)
Sumber: KAK HANA
Boleh g
SINI jugak :-)

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gadum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn
  • 1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak>>guna minyak masak jagung mazola

Cara-cara

  • Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
  • Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
  • Campur minyak masak
  • Campur marjerin
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
  • Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
  • Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)>>kita rendam dgn minyak jagung jugak :D
  • Tinggalkan selama 2 jam.>>kita buat semalaman :D
  • Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
  • Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais



_DSC0406
Resepi terbaik :-)

Resepi kuah dhal ni pun sedap, tp ada tambahan sikit :D

KUAH DHAL
Resepi Asal : S SHAMEN MyR

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan kacang dal
  • 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
  • 1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat
  • 2 biji kentang dibelah
  • sedikit serbuk kunyit
  • Beberapa hiris daging lembu>>yg ni kita tambah
  • **1 inci halia diracik
  • **2 biji bawang putih diracik
  • **3-4 biji bawang kecil dimayang
  • **sedikit daun kari
  • **sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
  • **1/2 sk Jintan kasar>>yg ni kita tambah
  • **1/2 sk jintan halus>>Yg ni kita tambah
  • **1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
  • 3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula sesedap rasa

_DSC0365
Alhamdulillah sedapp n kena dgn selera :-)

Cara-cara
  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap!!

Vadei/Magelek

Vadei
VADEI/MAGELEK

Salam ramadhan yg ke 9 sume :-),

Lama sgt tak buat atau makan vadei ni dekat 10 tahun kot atau lebih :D Mak kita dah poskan dhal ni dekat 3 bulan tp baru ni boleh buat, kat sini bukan takde kacang dhal ni, bila nak guna atau di cari HARUSLAH tak jumpa atau takde ehehehe... sbb tu order jer terus dr mesia abis citer :D

Senang rupanya buat vadei nii, sedap n rangup lembut. Resepi ni pun dah lama tanya kak Q masa kat FB skrg ni jer berkesempatan buat takut kacang dhal tu bertukar kalerr, sblm ni cuba buat dgn specis lentil ni jugak tp bila goreng dia jadi tak lawa kalerrnya maknanya bukan kacang dhal lerr tuu kikiki... rupannya byk jenis kacang dhal ni ya :D takpe, belajar dr kesilapan. Buat tuan punyer resepi minta izin n halal resepinya kembali dan buat semua pengunjung selamat berhujung minggu dan terima kasih setiap kunjungannya :-)

VADEI/MAGELEK RANGUP
Resepi Asal : ISYA IRFAN@ MYR
Sumber : KAK YASMIN aka KAK Q

Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )

  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
  • 1/2 biji telur>>yg ni tak masukkan
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..>>yg ni pun tak masukkan
vadei
sedap sbb rangup2 lembut, kena buat nipis sikit jgn tebal2, ikut selera sapa suke tebal2 buat ler tebal2 sapa suke rangup2 mcm kita ni kena bualatkan leper2 sikit :D

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
  6. Selamat mencuba.

Jumaat, 27 Julai 2012

Kuih Serimuka Istimewa

_DSC0345
KUIH SERIMUKA ISTIMEWA

Salam ramadhan yg ke 8 sume! :-)

Kuih harus buat tak kira ramadhan atau bulan2 lain utk sarapan atau tea time :D Nmpk kat rumah tun terus g rendam beras pulut ehehe... dah beberapa hari ni byk makan pulut takut angin satu badan tp alhamdulillah ok. Buat ni pun guna loyang palinggg kecikkkkkkkkkkkk sekaliiiiiiiiii.. sbb tu nak potong dia ni kena mcm potong kek, kalau potong 4 segi cuma dpt 2 potong bhgn tengah sahaja jdnya mmg dpt 2 potong ajerr bhgn tengah.

Istimewa pd kita sbb ada kacang merah kat tgh2 dia tu saja tukar selera n sbnrnyer byk kejadian jugak masa nak buat ni oleh kerana lama kita berdiettttt byk brg2 dah habis tp kita tak cek pun verangan mcm ada stok jer tepung2 tu sume, bila tgk resepi ada guna tepung kastard lemah kepala lutut sbb malas nak kuar2 sbb hujan, jdnyer kita sub. dia dgn tepung jagung cedapppppppp!!! sukatan atas pun tak guna telur cuma tmbahkan tepung gandum n tepung jagung sahaja kasi balance dia punyer keras tp kena pastikan guna santan yg betul2 pekat :-)

Resepi asal dr kak liza tp dah ubah sbb ikut keperluan bhn2 yg tersedia ada, utk resepi kita buat 1/2 portion dr resepi sebenar jdnya pandai2 ejas lah eak sbb kita guna loyang kecik. Terima kasih utk sumbangan resepi, minta halal n terima kasih juga setiap kunjungan :-)

KUIH SERIMUKA
Resepi Asal : KAK HANIELIZA
Sumber : KAK HANA
Boleh tgk SINI jugak

Bahan-bahan
Lapisan Bawah:
  • 2 cawan pulut
  • 2 1/2 cawan santan cair + sikit garam
Cara-cara
  • Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
  • Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
  • Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inci.
  • Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
  • Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Bahan-bahan
Lapisan Atas
:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan + warna hijau
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kastad>>gantikan dgn tepung jagung
  • 1 biji telur>>tak letak tp lebihkan sikit utk tepung2 kat atas ni
  • 1 sudu kecil garam
  • Tambahan>>kacang merah secukupnya utk lapisan tgh


_DSC0344_DSC0359
Alhamdulillah dgn nikmatNya :D

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan. >> Utk adunan yg atas ni kita masak sekejap sampai naik wap, ikut lah kerajinan n kebiasaan buat ya :)
  • Tuangkan perlahan-lahan atas pulut dalam loyang tadi.>>lapiskan dgn kacang merah dulu kasi ruang2 sikit nak kasi lapisan atas n bwh melekat nanti.
  • Kukuskan lebih kurang 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.

Pakis Perak Tumis Lemak

_DSC0259
PAKIS PERAK TUMIS LEMAK

Salam Ramadhan,

Suke tak terkata sampai sebu2 perut duk meratah mkn pakis perak ni masa hari berbuka puasa ke2 hihihi.. dekat 9 tahun duk sini pestaim jumpa pakis perak, sukeeeeeeeeee sgt2! kita suke pakis perak berbanding yg kaler merah tuu, beli 4 ikat dpt mcm kat atas ni lerr, harga pulak tak tanyer main ambik jerr xcited punyer pasal :D Tp dah byk pucuk yg mekar sbb kita paling suke yg pucuknya masih bergulung gulung tuu eeeeee...sedap tak terkata ehehe... TAPI esoknya satu hari duk kuar masuk toilet sbb TERpedas jdnya paham2 ajer lah ya maksud kuar masuk toilet tu :D

Nak letak santan boleh tak letak pun ok, tp kita suke letak santan sikit2 sedap betulllll :D Resepi biasa2 jerr niii mak kita biasa tumis mcm ni jer lah sume org pun pandai buat kan? mungkin lagi sedap, kalau dpt campur dlm bubur lambuk sedapppnya! Tp oleh kerana motif beli ni sbb nak meratah gitu jerr jdnyer kita tumis mcm ni ajer lah yg pasti sedap :-) Terima kasih setiap kunjungannya :-)

PAKIS PERAK TUMIS LEMAK

Bahan-bahan :
  • Pakis Perak secukupnya
  • 3 ulas bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • Lada rawit/ Cili siam ikut kepedasan masing2
  • 6 ekor ikan bilis>>bersihkan tulang n perut
  • secubit kiub ikan bilis>>optional, yg ni kita tak masukkan
  • Santan Pekat>>ikut nk berkuah byk atau tak
  • Garam
  • Minyak utk menumis

Cara-cara-

  • Siangkan pakis, ambik bhgn yg lembut, basuh dan toskan airnya. Tumbukkan bersama bwg merah, bwg putih, lada dan ikan bilis hingga lumat. Panaskan sedikit minyak, tumis bhn2 yg di tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau. Masukkan sedikit kiub ikan bilis dan garam, gaul sebati dan masukkan santan pekat gaul sebentar dan masukkan pakis perak tadi. Perasakan mengikut citarasa masing2. Agak2 pakis dah layu dan sebati boleh matikan api dan sedia utk di hidang!

_DSC0249
Bissmillah hirohman nirrahim :D selamat berbuka!!

Khamis, 26 Julai 2012

Serunding Kelapa berDaging

_DSC0262
SERUNDING KELAPA BERDAGING

Salam kembali,

Persiapan utk buat pulut2 n yg sewaktu dgnnya :D Resepi agak2 dr mak kita ehehe... maklomlah kita org mmg takde sukatan yg betul sbb org dulu2 main campak2 jer kan termasuk kita ni, dah jadi habit pulak kdg tu dahlah main campak2 pastu MALAS nk merasa byk kali kena komplen pasal2 mcm ni lerr ehehehe... Daging tu saja kita tambah sbb suke tergigit gigit daging kecik2 tuu :D yg ni pun dah jadik habit jugak ^________^ selamat berpuasa sume!

Resepi ni biasa org buat kan, sblm ni suke guna resepi kak as lebih kurang ajerr tp itu hari malas nak bukak blog tgk resepi tepon mak ajerr :D ni lahh kalau rajin masak masa ank2 dara dulu :D

SERUNDING KELAPA

Bahan-bahan :

  • 1 biji kelapa di parut
  • Daging lembu yg dah di potong kecik2 ikut suke nk byk mana
  • Daun Limau Purut>>cincang2 atau blend sekali pun boleh
  • Sedikit gula
  • Garam
  • Air Asam jawa
  • Air utk kasi basah2 serunding td klu nak kering tk yah masukkan
  • Minyak utk menumis

Bahan di kisar

  • 1 biji bawang merah sederhana besar
  • 3-4 ulas bwg putih>> kita suke letak bwg putih byk sbb wangi
  • 10 btg atau lebih ikut kepedasan masing lada kering yg dibersih n buang biji
  • 2 btg serai>>di hiris kecil2
  • 1/2 inci kunyit
  • Sedikit udang kering, direndam
  • 1 inci halia
  • Sedikit lengkuas
  • 1/2 sb serbuk ketumbar
  • 1 sk jintan kecik
  • 1 sk jintan besar
  • 1 biji buah keras

_DSC0263

Cara-cara :

  1. Sangan kelapa terlebih dahulu sehingga agak2 kering, ketepikan>> mak kita kata nak kasi thn lama serundingnya.
  2. Blendkan bhn2 kisar tadi dgn sedikit air hingga hancur.
  3. Panaskan sedikit minyak, dan tumis bhn2 kisar hingga naik bau. Masukkan daging yg telah di cincang2 atau dipotong kecik2 tadi sehingga agak2 masak. Masukkan air asam jawa, air, gula n garam dan stabilkan rasa tadi ikut selera masing2.
  4. Kemudian masukkan kelapa yg telah di sangan sebentar tadi dan gaul rata dgn rempah yg di tumis tadi, perlahankan api, gaul dan tunggu sebentar sehingga betul2 sebati. Matikan api dan sedia utk di gunakan utk pulut bakar, pulut serunding atau yg sewaktu dengannya.

Muffin Coklat

_DSC0044-1
MUFFIN COKLAT

Salam Ramadhan yg ke 7 sume :-),

Muffin Coklat yg keberapa kali buat sampai dah lupa, ni antara muffin yg kita buat sblm kita menghilangkan diri :D Resepi ambik kat rumah KAK IZAH resepi asal sila rujuk kat bwh dan terima kasih utuk resepinya minta izin n halal juga.

Buat semua, terima kasih setiap kunjungannya :-)

MUFFIN COKLAT
Rujukan : KAK IZAH
Sumber : KAK UMMI, MAK LANG

Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 2 cawan tepung *izah gune tepung gandum
  • 1 1/4 cawan serbuk koko *izah letak 1 cawan
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe
  • sedikit garam

Bahan B
  • 2 cawan gula kastor *izah kurangkan sikit
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah

Bahan C
  • 3/4 cawan air panas
_DSC0046
Budak2 suke makan tp kita sejak tekak dah tua ni kan, apa2 berasakan coklat dah tak leh masuk sgt, mkn muffin seketul pun tak abis ehehe... manis2 skrg ni dah kureng

Cara-Cara:-
  • Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  • Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  • Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  • Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.


Rabu, 25 Julai 2012

Karipap Inti Sedap

_DSC0112
KARIPAP INTI SEDAP

Salam Ramadhan yg ke 6 sume :-),

Karipap inti sedap dr KAK HANA, tenkiu! Nak menghabiskan n32 tertunggak dlm draf. Terima kasih kembali setiap kunjungannya.

Kulit Karipap/Epok
Resepi Asal : KAK HANA

Bahan-bahan :
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
Cara-cara
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

_DSC0109_DSC0116
Tak berapa mahir nk kelim tp dlm masa yg sama tak suke guna cetak :D

INTI SEDAP
Resepi Asal : KAK HANA MyR


Bahan-bahan :
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
  • 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air
Cara-Cara :
  1. Kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  2. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
  3. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  4. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.Boleh digunakan untuk inti karipap atau epok2.

Selasa, 24 Julai 2012

Salam Ramadhan n Kuih Kaswi Pandan Lemak

_DSC0144
KASWI PANDAN LEMAK

Salam Ramadhan :-),

Salam bertemu kembali di bulan ramadhan tahun ni :D Ingin mengambil kesempatan memohon maaf andai ada tersilap kata n tulisan sepanjang kita berblogging kat sini, kejap timbul kejap tenggelam, mana terkurang dan terlebih minta dihalalkan dunia akhirat sbb bila akn berblogging lagi kita pun tak tahu biar masa mentukan, insyaAllah! Jutaan terima kasih pada yg masih mengginggati diri yang terlalu kerdil n serba kekurangan ini ececece... buat pelawat atau pun bukan pelawat, terima kasih jugak dgn setiap kunjungan.. alamakkk sedihnya huhu... Tak leh panjang2 td nak log in masuk pun kena tendang sekali sbb lupa password ehehe... lepas ni jgn terus tak leh masuk sudah lah ya :D

Belum ada masa utk berblogwalking kat blog kawan2 mana yg perasan n3 kita ni buat2 tak nmpk ajer lah, yg pasti pesanan dah di tinggalkan kat sini :-)

Ni menu dah lama ya sepanjang kehilangan kita dr dunia blogging :D ada komen kat n3 bwh ni, buat kak ummiaisyah, missed call akak yg byk tu kita dah terjwb ini hari ya, sbb kita berada dlm keadaan sihat, baru semalam di beri cuti khas hihihi.... Mana yg mendoakan n merisaukan tentang kita amat2 terima kasih, doa kita utk semua org jugak semoga sihat n sentiasa dlm lindunganNya sentiasa insyaAllah! Selamat menjalani ibadah puasa buat semua, moga diberi kesihatan yg baik hendaknya sepanjang bulan ramadhan ni ya insyaAllah!

KASWI PANDAN LEMAK
Resepi Asal : KAK BESAH MyR
Rujukan : KAK YASMIN aka KAK Q


Bahan-bahan : (1 loyang)

  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 1 cwn Tepung Ubi Kayu
  • 1 cwn Santan
  • 1 1/2 cwn Air perahan daun pandan (3 helai)
  • 3/4 cwn Gula Pasir
  • 1/2 st Air kapur
  • 1/2 st Garam
  • 1 biji Telur >>size tak kisah
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Secawan Kelapa Parut Putih + Garam

_DSC0134_DSC0136
Kita mmg minat kuih muih, puasa tahun ni nk lyn kuih tak nak layan nasik2 sgt :D

Cara-cara :

  1. Kacau sebati tepung2 dan gula bersama air pandan dan telur. Kemudian campurkan ke semua bahan2 lain dan kacau sehingga sebati hingga tidak bergentel. Tapiskan.
  2. Seterusnya, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu dgn sedikit minyak. Kemudian kukuskan adunan tadi di dalam pengukus yang telah di didihkan airnya terlebih dahulu. Kukus sehingga masak lebih kurang 20-25 minit bergantung size loyang yg digunakan.
  3. Sejukkan kaswi terlebih dahulu sebelum di potong. Kemudian boleh potongkan kaswi tadi mengikut bentuk kesukaan masing2 dan golekkan kaswi yang telah di potong tadi ke dlm kelapa parut yang telah di campurkan dgn sedikit garam tadi. Bolehlah di hidang, selamat mencuba.

**ayat kat atas dah di ubah mengikut kesenangan kita :-)