AYAM PANDAN
Sorilah ya main bungkus jerrr tak ikut cara2 sbb dah kelam kabut sgt nak menggoreng masa tak sempat!! huh!
Sorilah ya main bungkus jerrr tak ikut cara2 sbb dah kelam kabut sgt nak menggoreng masa tak sempat!! huh!
Salam kembali sebelum masuknyer waktu isya` bg daerah bangkok :-), kita rempit sini jap :D
Oleh kerana bekalan daun pandan kita banyak dan drpd dia jd kering sblm dapa apakan jdnyer kita buat ayam pandan niiiih, dah lama tak buat, sedap!!! ninja tu pun suke, kat sini ada byk tp almaklumlah mana leh mkn sumenyer kan... Resepi asal dr CHE`IZA @ MyR, tenkiuu che`iza, sedap!! cuma biasalah kalau dh dpt kita yg buat mesti ada yg dtambah lagi ehehe... kita cuma tambah sos tiram dgn kicap cair :D, n mintak halal ya che`iza resepi nyer mintak izin dletak kat sini supaya dpt berkongsi dgn sume org!! pelik ya, bila guna MOZILA GODZILA ni kan bila copy yg ada gambar dia kan kuar TAPI bila guna IE dia tak nak tercopy gambar yg ada nmpknyer lepas nih leh guna MOZILA GODZILA ajerr bila nak mengN3 :DAYAM PANDAN
Bahan-bahan ( 3-4 org )
- 1/2 ekor ayam (1kg)
- * 3 biji bawang merah
- * 3 ulas bawang putih
- * 1/2 inci halia
- * 1/2 inci kunyit
- * 1/2 inci lengkuas
- * 2 batang serai
- * 1 sk ketumbar
- * 1 sk jintan manis
- * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
- 2 sb santan pekat (optional)
- 1 sb madu
- garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
- daun pandan
Cara-cara
- Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
- Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
- Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
- Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
- Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
- Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
- Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.
2 ulasan:
nampak sedap la ija. Belakang rumah akak banyak pandan. Kena cuba ni. Selalunya tengok yang dah siap je.Macam kat Jusco. Balik goreng je. tak ingat lak nak buat sendiri.
Nampak sedap...mesti anak2 akak suka ni...
Catat Ulasan