ads/iklan

Khamis, 11 April 2013

Salam Bersiaran Langsung Dari Bumi Sakura

FUJI SAN

Salam bersiaran dr bumi sakura buat semua :-),

Sebelum memulakan bicara yg berjela jela, buat semua teman blogger dan pengunjung atau sesiapa pun yg mengenali kita, sepuluh jari di susun memohon kemaafan andai lama menyepi tanpa berita atau ada layanan yang kita tak layan atau sebaliknya, demi masa sesungguhnya kita teramat sibuk sebelum sampai ke sini iaitu semasa berada di bangkok lagi, keadaan amat2 tidak mengizinkan. Mesej di FB pun kdg lambat berbalas di atas kesibukan atau senang kata memang tak sempat langsung nak masuk FB atau pun sekadar masuk sekejap melepas rindu :D

Sebenarnya kita dah berada di jepun dr bulan lepas 24hb march dan minta maaf ada yg tahu dan ada yg kita tak bgtahu, dan MUNGKIN akn berada di sini terus sehingga bila? wallahualam, hanya DIA yang mengetahui. Seminggu sebelum berangkat masa amat lah terhad, kalau nak ikutkan ramai kwn2 mesia yg berada di bangkok nak jumpa tp kebetulan masa tu ank2 tak sihat lepas sorang sakit sorang kena lepas sorang baik yg lg sorang pulak kena, masa mengemas tu alhamdulillah ada bbsitter yg tolong kemaskan dlm keadaan yg agak kelam kabut dgn barang yg tak tahu nak campak mana, akhirnya semua di serahkan pada bbsitter. Bayangkan rumah sewa nak kena di clearkan sumenya pada hari yg sama kita nak balik jepun. Jadinya kami balik ke jepun dgn brg2 keperluan sahaja mcm baju2 n sebagainya, barang2 letrik atau perabut mmg tak boleh di bawa balik bersama. 23hb march midnight kami meninggalkan bumi bangkok dgn rasa berat hati sebenarnya salah satu sebabnya semakin jauh dgn keluarga di mesia uuuwaaaaaaa....... tapi demi sumai n ank2 kita merelakan utk menjaga makan utk semua org. Bertambah tanggungjawab sbb sebab tinggal dgn mertua, n fil pulak sakit jadinya faham2 sahaja lah, insyaAllah segala pengorbanan yg baru nak bermula di permudahkanNya hari demi hari aminnnn....

Ada yg rindu kat kita tak???? ehehe... kita tinggal kat nagano, kwsn bukit2 n sejukkkkkkkk.. Dr mula sampai sini sampai sekarang kita paling teruk kena sakit, mungkin sebab debuan bunga, mata pedih, hingus mmg kering2 paling terseksa bila nak masuk malam batuk2 sampai lerr nak masuk tido, skrg ni pun masih tak sihat lagi dan kita tak tahu bila lagi akan bersiaran atau BOLEH bersiaran lagi sbb tanggungjawab semakin byk. Alhamdulillah urusan sekolah dan tadika juga dipermudahkannya, cikgu memahami n bg kebenaran utk bawa bekal ke sekolah dan tadika. Menu dr sekolah di beri n kita ikut mana2 menu kegemaran ank2 mana yg tak suke tu kita ikut kepala sendirik nak masak apa hihihi.... Nak tayang gmbr tuan tunggu kita rajin ya, nak letak satu gmbr kat atas tu pun malas kemain :D Gmbr atas tu guna kamera MIL kita terlupa nak bwk kamera, SubhanaAllah sgt sgt sgt cantek masa dpt tengok fuji mountain ni walau dr jauh, cuaca masa tu sgt sgt terang suke sgt2!!!!!

Dah tiba masa utk mengundurkan diri, insyaAllah kalau di beri kesihatan yg baik n panjang umur insyaAllah kita akn cuba update tp bukan pasal makan2 sbb saya sgt stress kalau citer pasal makan, byk nak kena jaga sbb kita tinggal dgn mertua, makan sume kita yg jaga tp tak leh nak ikut tekak sendirik jer kan :D alhamdulillah jugak tak berapa nk meroyan :-) Hingga bertemu kembali dan kita nak minta naag sekali lagi andai ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan semua org yg dtg berkunjung dr mula kita berblogging hingga sekarang dan halalkan juga mana2 resepi yg kita dah cuba, insyaAllah jumpa lagi rinduuuuu sgt2!!!