ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Tart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tart. Papar semua catatan

Isnin, 10 September 2012

Blueberry CheeseTart

_DSC0546
BLUEBERRY CHEESE TART

Assalamualaikum wbt semua :-)),

Apa khabar semua org? Sihat tak? Mesti penuh jadual dgn rumah terbuka hari minggu semalam ni kan kan kan ehehe.... Moga2 semuanya sihat, perut tak meragam, ye tak? Maklum lerrr mkn macam2 kan ececece... bunyi mcm jeles jerrr hihihi...

Buat cistat ni minggu lepas, buat satu adunan mcm dlm resepi, byk jugak ler dapat dapat bagi ke kwn arika, n lebihnya kita n ninja yg makan tp yg byk makan kita ler pulak kikiki.... dulu pernah buat cistat gini tp lepas tu lama tak buat sbb kes malas nak buat shell dia tuu :D Lepas nmpk kat rumah Kak Yani, terus itu jam g buat dia punyer shell n esok harinya baru abiskan buat semua termasuk letak filling. Resepi asal dr kat rumah Kak Ita tauke cistat, minta izin n halal kembali utk resepinya kak, mmg sedap, dia punyer crust tu pun alahaiiii... best lerrr! rangup crust, sedap! Utk filling cheese kita letak lemon juice kasi masam2 sikit sbb manis2 ni dah kurang, sedappp! Ninja mmg peminat bluberry cheese tart atau cake jdnyer mmg dah tahu rasa utk bhgn cheese tu mcm mana nak adjust :-)) Kita lagi suke cistat berbanding fruit tart sbb fruit tart ni kejap jer jd lembik kalau tak pandai susun buah dia tu nanti dia punyer shell lembap tak sedap makan mcm lembik gituu eheheh...

Buat semua pengunjung arah, terima kasih dgn setiap kunjungannya tanpa jemu :-) dan utk balas kunjungan, insyaAllah bila free kita buat kunjung balas balik sbb ari ni major kemas mengemas ^______^. Salam

BLUEBERRY CHEESE TART
Resepi Asal : KAK ROSSITAMZ
Sumber : KAK YANI

TART CRUST/ SHELL

Bahan-bahan :

  • 170gm marjerin
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :


  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



_DSC0547
Cuba buat dia punyer shell nipis n tebal, kita suke crust yg nipis ^^,

CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan :

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon>>yg ni kita letak 1 1/2 sb juice lemon

Cara-cara :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :

Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara melorek
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!


Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.


_DSC0543_DSC0583
Best ;-)

Jumaat, 5 Mac 2010

Blueberry Cheese Tart

BLUEBERRY CHEESE TART

Salam dmalam sabtu sumenyer :-),

Maaf ya satu hari ni tak leh nak jalan2 sgt kepala kita dah senoneng balik lah bdn seram sejuk lagi :-( kali ni tak de selera langsung nak mkn pun punyer lah malas last2 masak maggi kari jerr huhuhu... pastu tido jap layan FB jap tu pun senyap2 jer tak leh duk lama2 sgt depan lappy huhuhu.... TAPI dah nmpk STRAWBERRY CHEESE TART kat umah KAK ZAI terus gagahkan diri jugak buat ni almaklumlah mmg antu segala tart ni tp tula, kita tak de lah stobeli yg besor2 tuuu yg byk stok blueberry jerrr dan lg satu ninja tu suke blueberry sbb dia tahu stobeli kat sini tak syedap! Jdnyer kita tukar filling jer dgn blueberry, SEDAPPPP sgt! tp tak leh nak bg ninja tu mkn lagi sbb tak sejuk tp td kita ni belasah jerrr lepas masak tuu dah sejuk terus ngap! :D sedaplah! suke base dia rangup lembut gitu.. Mekaseh ya KAK ZAI, resepi asal kat rumah KAK BABYBATRIESYIA aka NINA tp kita tak kenal n mekaseh sbb share resepi yg sedap ni senang pulak tu buatnyer.. Mintak izin n halal juga resepinyer ya mekaseh :-) cnp dr umah KAK ZAI, mekaseh to kak zai too!

>>Mekaseh yg dtg singgah n tggl mesej insyaAllah esok kita buat kunjung balas, nak p titun lah dah makan ubat ni.. Happy weekend sume!

BLUEBERRY CHEESE TART

Loyang : 10 in

**Sedikit perubahan

Untuk Doh Pastri

75 gm butter
25 gm gula icing**
1 biji kuning telur
150 gm tepung gandum

Butter, gula icing dan kuning telur digaul sekali. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Letakkan di atas loyang dan bakar selama 20 minit.


Untuk Adunan Cheese

250 gm cream cheese
115 gm gula castor**- akak guna 100 gm
1 biji telur
100 gm non dairy whipping cream
2 sudu besar tepung gandum
>>Kita tambah 1sb lemon juice

Cara-cara:
Putar cream cheese dan gula castor hingga sebati. Masukkan telur dan kacau rata. Jangan terlalu lama. Masukkan whipping cream dan tepung gandum. Gaul rata. Tuangkan ke atas base tadi. Bakar selama 40 minit pada suhu 150'C atau hingga bahagian tepi adunan cheese nampak sudah masak. Biar di dalam oven dalam sejam sebelum dikeluarkan dan disejukkan di dalam peti sejuk.





Topping

Strawberry - dibelah dua
Jem Strawberry secukupnya
Air
>>Kita gantikan dgn Blueberry Filling

Cara-cara:
Masak jem dan air hingga jem cair. Gaulkan buah strawberry di dalamnya. Hiaskan di atas tart tadi.

Khamis, 19 November 2009

Cantonese EGG Tart

CANTONESE EGG TART


Salam buat semua dptg khamis malam jumaat :-),

Hari ni tak sedingin semalam tp masih dingin sikit2 jerr perut asyik nak mamam jerr mama CEMIL2 ya bukan nasik! huh! Haaaa!! ni g jalan2 kat umah KAK ZANA malam2 buta ada pulak tart telur niiiii huhuhu.... tart2 ni kita kira antu jugaklah tp telur2 ni kita kurang TAPI oleh kerana TART kita cuba buat manalah tahu terbekenan kat tekak niii.. ehehe... sedaplah! kita 1st time mkn tart jenis telur2 nehh maklumlah tekak allergic ngada2 dgn specis telur2 ni kan ehehe... tp telur dadar telur goreng kita suke :D Untuk resepi ni asalnyer dr CHRISTINERECIPE seronok pulak bila masuk blog christine niii byk makanan sedap2 ehehe.. Tapi kita cnp dr umah KAK ZANA jerr :D tenkiuuu!!! sapa2 yg suka tart leh lah cuba jgn was2 ya hihihi...gerenti cedap! :D


CANTONESE EGG TART

Makes about 10-12 egg tarts (3-Inch Wide 1-1/2-Inch Deep Tart Tin)

Ingredients of crust:
225 gm plain flour
125 gm butter
55 gm icing sugar
1 egg, whisked
a dash of vanilla extract

Ingredients of custard:
3 eggs
110 gm caster sugar
225 gm hot water
85 gm evaporated milk
1/2 tsp vanilla extract

Method (making crust):
1.Place butter at room temperature until softened. Cream the butter and sugar with an electric mixer over medium speed until the mixture is smooth, fluffy and light in color.
2.Add in whisked egg, half at a time, beat over low speed. Add vanilla extract, mix well.
3.Sift in flour in two batches, scraping down the sides of the bowl between additions with a spatula, and make sure all ingredients combine well. Knead into dough. (see picture)
4.Roll out the dough to a 1/2 cm thickness. Cut dough with a cookie cutter that is just a bit smaller than your tart tin in size. Line dough in the middle of tart tins, one by one. Lightly press the dough with your thumbs, starting from the bottom then up to the sides. While pressing the dough, turn the tart tin clockwise/anti-clockwise in order to make an even tart shell. Trim away any excess dough.
Method (making custard):
1.Add sugar into hot water, mix until completely dissolved.
2.Whisk egg with evaporated milk. Pour in sugar water. Mix well.
3.Sift egg mixture to get rid of any foam into a tea pot. Carefully pour egg mixture into each tart shell.

Method (baking tarts):
1. Preheat oven to 200C. Position rack in lower third of oven. Bake tarts for 10 to 15 minutes until the edges are lightly brown.
2. Lower the heat to 180C. Keep an eye on them. Once you see the custard being puffed up a bit, pull the oven door open about 2 to 3 inches. Bake for another 10 to 15 minutes until the custard is cooked through. Just insert a toothpick into the custard. If it stands on its own, it’s done.




Ambik sorang 2 geget jer sbb byk sikit :D

Jumaat, 21 Ogos 2009

Bluberry Cheese Tart..

BLUBERRY CHEESE TART


Salam dptg jumaat dan esok puasa bg umat islam sedunia :-),


Sblm kita berpuasa kita buat cemil2 tuk hari ni ya, buat stgh adunan jerr, td kemas2 dapur sume terjumpa bluberry filling pas tu dlm sebok ada creamcheese yg dah nak xpired dan pulaknyer menu ni dah masuk list lama sejak MEK YUNG tu buatlah, sume2 mek yung sapa yg bolat ni nanti tak tahulah!! :P hihihi... hari ni penat sikit lah, pas tu ada tragedi laks tu..huh! tak pelah biarlah rahsia sbb BENDA tu dah dsuruh duduk belakang tabir :D ngeeeee.... jom makan!! kita cnp resepi ni dr blog HANA`S FAMILY hihihi ... sapa tak kenal tak tahulah kita apa nak bgtau lagi ehehe... :D tenkiuuuu!! resepi asal ALEX GOH
BLUBERRY CHEESE TART
Bahan-bahan
200gm butter
100gm gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
bahan B
1 biji telur
bahan C
420gm tepung - hana kurangkan 20g
1 sudu besar susu tepung
Cara-cara
putar A hingga lembut. tambahkan B n putar lagi hingga gebu.masukkan C n gaul sebati. tekan dalam acuan tart , cucuk2 permukaan ngan garfu n bakar pada 190'c selama 15min.
Filling
bahan A
250gm cream cheese
50gm gula2
5gm butter
bahan B
1 biji telur
bahan C
25gm whipping cream
bahan D
20gm tepung*hana tmbh lemon jus
blueberry filling
Cara-cara
Pukul A hingga licin n gebu. masukkan B n pukul sebati. tambah C n pukul sebati. masukkan D n campur rata. tuang dalam kulit pastry tadi, letak sedikit blueberry filling n bentuk corak sedikit. bakar pada 200'c selama 10-12min.