FRAMBOZEN KENARI
Salam ramadhan dan Lebaran buat semua! :))
Bissmilahirohmannirrohim, sebelum terbang balik ke mesia, sebelum tu nak ucapkan BUAT SEMUA PENGUNJUNG, TEMAN2, KAKAK2, ADIK2 BLOG ARAH, SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI, MAAF ZAHIR BATIN, andai ada terkasar bahasa semasa mengarang setiap entri2 kita sblm ni hingga sekarang atau pun pd masa akn datang juga, andai ada yg terasa atau berkecil hati dgn setiap pertuturan kita, Halalkan segala resepi2 dan juga makan n minumnya, sempena hari yg mulia ni kita nak ambik kesempatan memohon maaf secara ikhlas n rasa rendah dirinya pd semua sekaliiii yg mengenali kita sepanjang berblogging mahupun tidak, insyaAllah pada hari2 yang mendatang kita akn memperbaiki setiap kesilapan kita yg lepas insyaAllah! Doakan perjalanan kami ank beranak selamat sampai insyaAllah! Terima kasih!
Biskut terkahir sebelum berangkat ke malaysia :-) Sangat glamer nama beskut ni, rasa dia pun sedap, ramai yg dah buat tp terus teruja nak buat bila nmpk kak zila cayang post n3 beskut kereta kenari niii :D Resepi kita ambik kat resepi.net sbb ada bhn tak cukup masa nak buat guna resepi dr blog kak zila :D Mcm biasa buat tuan resepi terima kasih sbb berkongsi, minta izin n dihalalkan kembali resepinya :-)) Untuk balas kunjungan, insyaAlah kalau free petang2 kita lawat, mekaseh!
FRAMBOZEN KENARI
Resepi Asal : RESEPI.NET
Bahan-bahannya:
Topping Meringue
Hiasan

- 2 cwn Tepung Serbaguna>>yg ni kita guna special flour sbb byk stok :D
- 2 Biji Telur, asingkan putih dan kuning (Kuning telur masukkan dlm adunan beskut dan putih utk meringue)
- 1/2 cwn gula>>kita guna gula halus dan kuantiti kita kurangkan
- 1/4 st garam
- 3/4 cwn margerine atau mentega>>yg ni kita guna mentega
- 1/2 cwn badam cincang>>yg ni tak pasti masukkan dlm adunan beskut tp kita tak masukkan yg ni,
- Jem blueberry atau Raspeberry secukupnya>>utk yg ni kita buat filling blueberry cheesecake sbb tak nak manis
Topping Meringue
- 1/3 cwn gula halus
- 2 biji putih telur yg dah diasingkan kat bhn di atas tadi
- 2 st Tepung Jagung
Hiasan
- 1/2 cwn hirisan badam
sedap sedap sedap!!
Cara-caranya
Perhatian
Topping Meringue
- Panaskan oven pada suhu 200c>>yg ni ikut kepanasan oven masing2
- Pukul butter dan gula sehingga creamy, masukkan kuning telur tadi dan teruskan memukul sehingga sebati, masukkan garam.
- Dengan menggunakan spatula, masukkan 1/2 cwn bdm cincang tadi dan gaul sebati.
- Masukkan tepung(yg ni kita ayakkan dulu) dan gaul sehingga menjadi doh.
Perhatian
- Doh akan keras sedikit. Tekan doh pada loyang pembakar 9x9x2 inci yang telah di alaskan dengan baking paper terlebih dahulu supaya senang keluarkan(yg ni kita guna loyang biasa jerr, kalau ada loyang khas boleh guna yg tu sbb nanti potongannya cantik) dan bakar adunan beskut sehingga kekuningan selama 15-20minit.
- Biarkan base biskut sejuk sedikit dan boleh lah di sapukan jem tadi.
Topping Meringue
- Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi di dalam mangkuk steel yang bersih dr minyak dan air, sehinggga kental dan memekat.
- Masukkan 1/3 cwn gula halus sedikit demi sedikit dan sambung memukul pada kelajuan tinggi sehingga likat dan berkilat.
- Sapukan meringue(adunan putih telur) di atas adunan biskut yg telah di sapukan jem tadi, ratakan dan taburkan dgn hirisan badam.
- Bakar pada suhu sederhana 180c(yg ni kita bakar pada suhu 150c selama 45 minit, kalau atasnya dah perang boleh tutupkan dgn alumunium foil utk mengelakkan putih telur hangus) selama 8-10minit atau lebih, lebih kurang 20 min, sehingga topping meringue menjadi kekuningan sedikit.
- Biarkan sejuk sedikit barulah di potong 1 1/2 inci segi empat.