ads/iklan

Ahad, 21 Ogos 2011

Kueh Lopes II

_DSC0171
KUIH LOPES

Salam hari minggu di ramadhan yg ke 21 insyaAllah!

Semalam bz, hari ni pun bz eh lupa nak bgtau semalam berbuka kat luarrrr!!! Finally dpt jugak berbuka kat luar sbb ninja dah 2 bulan ni kerja sabtu n ahad, jdnyer semalam ni dia luangkan masa kita org ank beranak, shopping baju budak2 sukeeeeeeeee sgt2! :D

Hari ni sibuk mcm biasa lah kan nak buat itu nak buat ini, byk kerja rumah tak settle and rasanyer ramai yg sedang main2 dgn cetak atau gentel2 kan kan?? Takpelah cuti sementara lah berblogging, bila nak sambung balik tak tahu tgklah kalau free kita update kalau malas sgt jumpa lepas raya jer lah eak :D insyaAllah!

Ok ni kuih buat masa berbuka hari jumaat, kebizian yg amat tak sempat nak post n3 ni, cuma sempat post kat FB jerr :D Resepi asal dr CheIza, tenkiuuuuuuu!!! mmg ini baru kuih lopes asli, isinyer padat, kenyal2, mmg best! Buatnyer tak ssh mana pun bungkus dia pun senang, mintak izin n halal resepinyer yer cheiza! :-) Selamat membakar beskut!!! hihihi...

KUIH LOPES II
Resepi Asal : CHEIZA

Bahan-bahan
  • 300 gm beras pulut (boleh dpt dlm 10- 12kpg)
  • 1/2 sk kapur
  • kelapa parut
  • sedikit garam
  • daun pisang
~ *Utk air gula*
  • 1 buku gula melaka (dlm 150 gm lah)
  • 100 gram gula merah
  • beberapa helai daun pandan



_DSC0166_DSC0168


Cara-cara
  1. Rendam pulut dgn air kapur selama 2-3 jam ( Satu jam pun okey ). Toskan beras pulut yg telah direndam.>>Untuk yg ni kita rendamkan dgn air daun pandan
  2. *Utk air gula* masak gula melaka dan gula merah, masukkan daun pandan yg disimpul. Masak sehingga pekat. Biarkan air gula sejuk.
  3. Siat/potong daun pisang selebar 3 inci.... Ikut sukelah lagi lebar, lagi besar kuih lopes yg akan kita dapat.
  4. Layurkan daun pisang..... Sbb saya tak rajin, saya celur jer sikit ngan air panas....
  5. Buat bentuk segitiga pada hujung daun pisang dan masukkan beras pulut (dlm 2 sb) dan bungkus.... Buat 2-3 kpg dan ikat ( saya ikat pakai getah gelang jer)... Buatlah hingga habis. Pastikan bungkus pulut padat2... kalau tak pulut akan terkeluar atau pecah.....
  6. Rebus kuih yg dibungkus selama 2 jam.... Lagi lama lagi baik.... kueh yg terhasil lebih cantik dan tahan lebih lama....
  7. Bila siap rebus..... toskan kuih lopes dan biarkan sejuk......
  8. Dah sejuk buang ler daun pisang tu.... balut ngan kelapa parut yg telah di gaul dgn sedikit garam.... makan dgn air gula....

Sabtu, 20 Ogos 2011

Menu Iftar ke 19>>Nasi Lemak Kukus, Ayam Goreng Nyonya n Kangkung

_DSC0173
NASI LEMAK KUKUS, AYAM GORENG NYONYA N KANGKUNG

Salam buat semua diramadhan yg ke 20 insyaAllah!

Ni menu iftar semalam, lama sgt tak buat n makan nasi lemak, tp ngengada sikit semalam ni nk makan nasi lemak kukus, sbb mmg sedap nasi lemak kukus ni, leceh sikit lah tp hasilnyerrrrrr, mmg tak akn mengecewakan. Resepi Asal dr umah KAK ZURA, mcm biasa minta izin n halal kembali resepinyer! :-)

Semalam bual2 kat FB tanyer nasi lemak yg mkn dgn kangkung tu buatnyer mcm mana utk kangkung tuu, org melaka biasa makan ya? Kita ikut mcm cheiza ckp goreng kering, sedappppppppp rupanyer nasi lemak mkn dgn kangkung nii, jdnyer semalam ni mmg meriah pinggan kita hihihi... Alhamdulillah sgt2 sbb sedap! Selamat berhujung minggu n selamat buat biskut sume!! :-)

NASI LEMAK KUKUS
Resepi Asal:KAK ZURA >>Link ni dah tak boleh bukak mungkin owner blog dah tak berblogging

Bahan-bahan
  • 3 cawan beras basmathi (direndam 8-10 jam)>> Yg ni kita campur beras siam n basmathi
  • 4 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 biji kelapa
  • garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan

_DSC0180_DSC0177
Perfecto meal! sedapp!

Cara-cara
  • Beras yang telah direndam dicuci bersih dan toskan airnya. Bawang merah, bawang putih dimayang. Halia dihiris memanjang. Serai dititik. Santan diambil patinya sahaja.
  • Masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam loyang kukusan yang dialas dengan sehelas kain kasa ataupun kain net. Terlebih dahulu didihkan air kukusan. Kukus beras selama 40 minit dan kemudian keluarkan beras dari kukusan dan dibubuh di dalam besen kecil dan curahkan air panas dalam 1 pot tin susu. Kacau sehingga airnya meresap ke dalam beras. Kukus semula selama 1/2 jam. Selepas 1/2 jam keluarkan semula beras dan arun dengan santan pekat dan bahan-bahan yang lain dan kukus lagi sehingga nasi benar-benar lembut dan masak.
  • *jika tidak memasukkan biji-biji halba kita bolehlah merendamkan halba dan diambil airnya sahaja dengan cara meramas-ramaskan halba tersebut. (Ini adalah kaedah orang-orang terdahulu di Johor Bahru kerana biji-biji halba yang terdapat pada nasi yang telah dimasak nampak tidak berapa molek)
  • Nasi lemak ini sedap dihidangkan bersama sambal tumis, rendang atau ayam goreng berempah, telur dan mentimun.

*******************************************

AYAM GORENG NYONYA


_DSC0179
AYAM GORENG NYONYA


Ini pulak ayam goreng nyonya padankan dgn nasi lemak kukus semalam tuu, sedappp! Rasanyer ramai yg dah buat ayam goreng ni nak semak satu2 tak sempat lerr. Mintak halal n izin juga resepinyer ya mak ayu! Tenkiuuu sume!

AYAM GORENG NYONYA
Resepi Asal : CITARASA ISTIMEWA BERASASKAN AYAM
Sumber : MAK AYU SG

Bahan2:-
  • 500g ayam -dipotong sederhana-(Ayu gunakan ayam dada)
  • 8 biji cili padi -diketuk
  • 1 biji bawang besar -dipotong bulat
  • 1 sudu besar sos plum masam-(Ayu gunakn sos plum aje tak masam)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • sedikit daun kari
  • garam & perasa secukupnya
  • minyak - untuk menggoreng

Bahan Perap:-
  • 1 batang serai*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2cm lengkuas*
  • sedikit halia*
  • (*dikisar halus)
  • 1 sudu kecil sebuk kunyit
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • sedikit garam
Cara membuatnya:-
  1. Bersihkan ayam dan keringkan dengan kain.
  2. Gaulkan dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 20 minit
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
  4. Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik baunya.
  5. Masukkan ayam, sos plum masam, sos tiram dan sos tomato, garam & serbuk perasa. Kacau sebati.




Jumaat, 19 Ogos 2011

Kuih Siput

_DSC0157
KUIH SIPUT

Salam kembali buat semua!! :D

Sejak2 ni sgt sukalah main gentel2 :D ni ni ni kuih kat atas ni pun kena gentel2 dulu pastu lenyek kat papan dia hihihi.... asal tgh hari kita tak tahu nak buat apa selain sudah mengaji kan kan, buatnyer tak susah leceh tang kena gentel2 dulu kecik2 baru leh lenyek, itu amatur mcm kitalah, tak tahulah kalau ada teknik golek besar2 kat papan dia tuu wakakaka... Kiranyer kita buat kuih ni dah 2 kali tp resepi yg berlainan, kali ni ambik kat MyR dr SYAHMI< tenkiuuu tuan resepi minta izin n halal kembali resepinyer :-)

Pastu yg paling nyampah nak menggoreng dia nii haish! rtak leh bukak api besar2 kalau tak kaler dia tak cantek ala2 ireng aka geseng gituuu yg tu tak sukeeeeee :D kena bukak api sederhana pelan baru masak dia cantek :D Ok, minta undur diri dulu, kalau tak sempat blogwalking kita sambung esok, sbb skrg ni tak leh janji malam2 sbb mesti terbongkang dulu akakaka.... Selamat berbuka bila masuk waktunyer buat sume!! Kita nak masuk opissss pulakkkk :D

KUIH SIPUT
Resepi Asal: SYAHMI MyR

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine>>Campur ngan butter
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris )>>yg ni kita gantikan daun kari
  • Santan secukupnya untuk menguli
  • 1 sk serbuk kari>> Yg ni kita tambah

_DSC0149
Bermacam macam jenis sepupu sepapat siput nii ada kecik ada besor ada panjang ada pendek ada gemuk ada kurus ahahaha...

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.

_DSC0142_DSC0147

Menu Iftar ke 18>>Lontong

_DSC0137
LONTONG

Salam kembali di ramadhan yg ke 19 buat semua! :-)

Eeeeeee.... esok dah masuk 20 hari berpuasa, sekejapppppppp sgt2! Mcm baru jer mulakan puasa semalam nii>mmg betul pun :P Ni menu berbuka semalam, sume org makan kecuali ninja kena masakkan lain, dia mmg tak gemar sgt tp kita dgn budak2 makan :D

Nmpk kat umah KAK UMMI tu yg terasa nak melontong jugak tuu pastu masuk FB chatting2 dgn KAK Q dgn CHE`IZA pasal buat nasi himpit guna daun pisang terus tak pkir byk, pdhal masa tu dah tgh hari nak buat kompem tak sempat! Lepas tu belek2 resepi dia tulis JANGAN GUNA BERAS WANGI atau BASMATHI terus terbantut nak buat nasi himpit sendirik last2 TERpaksa guna nasi himpit segera jer lah! wakakaka... Tapi raya kena buat nasi himpit sbb stok dah habes :-( Pastu yg bestnyer kak q ckp makan dgn kuah kacang, masa tu kita dah siap buat sambal tumis dah tp terasa jugak nk mkn dgn kuah kacang hihihi.,... selongkar freezer yg bhgn bawah TERJUMPA kuah kacang frozen zaman bila ntah! wakakaka... sib baik ada n boleh makan :D sgt heaven ok!

Sume org pandai buat lontong kan? Kita tepon mak kita jerr mcm mana nak buat sbb suke versi mak kita :D Tapi main campak2 ajer lah resepinyer sbb mak kita pun campak2 gitu tak de sukatan ehehehe... Ikut selera lah eak, nak buat kuah dia tuu :-) sbb yg makan masing2 kan bukan kita yg tolong makankan org, ye tak? :D Yg kat bwh ni versi dah biasa buat :-)

LONTONG
Resepi Asal : Arah

Bahan2
  • Kobis di hiris
  • Lobak Merah di potong memanjang
  • Kacang Panjang di potong pendek2 memanjang
  • Kentang dipotong memamnjang
  • Sengkuang, dipotong memanjang
  • Tauhu di potong dadu
  • Tempe>>takde stok
  • Tauhu Kering Di rendam
  • Soo Hoon
  • Beberapa ekor udang>>Tambahan
  • Santan
  • Air
  • garam
  • gula>>gantikan dgn ajinomoto kalau nak masukkan pon boleh terpulang
Bahan ditumbuk
  • 5 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit Ikan Bilis>dibersihkan
  • Sedikit Udang kering

_DSC0139_DSC0138

Cara2
  • Basuh dan bersihkan sume bhn2 yg di hiris.
  • Tumbuk bahan2 yg ditumbuk td, terpulang nak kasar atau halus.
  • Masukkan air dlm periuk sedikit, rebus bhn2 yg di hiris td, bermula dgn sayur2 yg keras dahulu kemudian masukkan bahan tumbuk dan tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan kobis dan tauhu kering serta soo hoon tunggu dlm 2 minit, masukkan santan, lebihan air, grm n gula, sambung masak sehingga masak, pastikan jgn pecah santan>> kita suke buat kuah tak berapa nak pekat sgt :D. Siap dan boleh dimakan dgn nasi himpit bersama kuah kacang dan sambal tumis ikan bilis atau telur :-)

Khamis, 18 Ogos 2011

Kuih Jongkong/ Kuih Bongkong

_DSC0100]
KUIH JONGKONG

Salam kembali sume :-)

Sebelum memulakan tugas di dapor, ingin saya masukkan juga kuih yg bakal di buat berbuka tuk hari ni yaaa, tak saba sbb buatnyer seronok! dan dah tentu rasanyer mesti kaw kaw sbb di balut dgn daun pisang :D Masa mengukus td ni pun bau diaaa aduhhh rasa mcm nak duduk bersila menceduk isi dlm dia tuuu :D

Dah nmpk kuih ni masa KAK Q post kat FB, terus terbekenan sbb kata kak Q kuih ni rasa ala2 lompat tikam n bubur som som, kita mmg penggemar kuih2 mcm nii, bglah kita byk2 kita leh makan, sedappp! Td ni mintak kak Q salinkan resepi tp dgn baik hatinyer kak Q buat n3 sekali tuk kuih niii, tenkiuuu kak! Alhamdulillah, nmpk sgt best kuih ni! Lepas ni kena tunggu resepi dr Sheeren pulak :D>>ntah bilalah tu dia nak tanyer kakak dia ahahaha... Resepi ni gabungan KAK FIDA MyR dgn PUTERI DAPUR MyR>>jdlah versi KAK QUINNIE :D Tenkiuuu n minta izin n halal resepinyer! :-) Kalau nak tgk cara bungkus leh g kat link MyR kat bwh tuu g kat acc puteri dapur :-)

KUIH JONGKONG
Resepi Asal: Puteridapur@myr
Resepi Asal: Kakfida@myr
Sumber : Kak Quinnie

Bahan2

Utk adunan kuih
  • 250gm tepung beras
  • 50gm tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur..- air je tak yah ambik isi dia tapi pekat la air tu ek
  • 1 liter santan
  • 500ml air pandan - saya guna dlm 4 helai daun padan saiz kecik
  • 1 sudu kecil garam
  • 30gm gula
  • sedikit pewarna hijau

utk inti
  • gula melaka secukupnya - dihiris2 halus
  • pati santan secukupnya di campur dgn sedikit garam - agak2 la garamnya ye..

* daun pisang secukupnya utk membalut- dilayur...daun pisang kena lebar dan cantik
*pencungkil gigi/ lidi tajam


_DSC0106_DSC0127
but sheeren told me kuih ni org nyonya panggil KUIH BONGKONG, apa pun namanyer ia kuih yg sama kan sheeren? hihihi...

Cara2

1. mula2 masak bahan adunan dulu....campurkan semua bahan2 adunan...kacau2 rata sehingga tepung tadi tidak berketul...selepas tu baru masak atas api yg kecil..kacau2 hingga pekat dan likat serta licin...atau berkilat...memang letih skit la nak mengacau ni sebab lama...hehhehe...pakai senduk kayu....dah likat tutup api dan biarkan sejuk skit.

2. kemudian layur daun pisang dan potong daun ikut saiz 20x24cm..saya agak2 je sebenarnya...tapi kalau nak senang ukur le...lepas tu potong jugak daun saiz kecil utk lapisan kedua...boleh tengok kat puteri dapur nye link kemudian hiris2 halus gula melaka...tepikan.

3. bila semua bahan dah siap...boleh mulakan proses membungkus...mula2..letak daun atas tempat yg rata....cedok dlm 2 senduk kecil adunan badan dia....kemudian....tutup tepi sebelah kiri...boleh tengok kat cara2 puteri dapur....pegang kuat sebelah kiri yg dah bertutup tu...condongkan skit...dan masukkan satu sudu besar gula melaka hiris...lepas tu satu senduk kecil santan pekat....tutup pulak sebelah kanannya..kemudian letakkan atas daun yg kecil pulak dan matikan dgn pencungkil gigi/ lidi tajam. gunting bahagian atas yg lebih tu..biar dia cantik skit atau sama rata je.

4. susun kuih atas loyang pengukus....sementara proses membungkus tadi...boleh didihkan dulu air kukusan....bila dah didih airnya...kukus kuih selama 30m...api besar...kuih ni kalau buat byk...tak boleh tindankan loyang tu pada 2 tingkat...masak setingkat je...sebab takut daun dia kemek akibat loyang yg ke2..nanti kuah dia terkeluar dari daun pisang. bila dah masak kuih ni..alihkan kuih tu dari air kukusan...alihkan loyang pengukus dari periuk kukusan tu atau angkat dan letak kat bekas lain..ni utk pastikan kuih tu lembut dan tak pejal isi dlm dia bila kena wap air panas tu...

(nota: kuih ni kalau betul cara masaknya...akan ada air gula kat dalam dia....tapi kalau air gula tu tertumpah ke apa ke...jgn risau..kuih ni masih boleh dimakan lagi...tapi kena la buat air gula merah standby...hahahhaha..saya masa 1 time buat tu..akibat tindankan kuih ni kepada 2 loyang...loyang yg kena tindan tu kuahnya tirih....habis tinggal isi je..jadiknya kena la masak air gula yg lain...dia kena ada air gula jugak baru sedap...pati santan utk kuah/inti tu...elok pekat...sebab kalau terlalu cair...susah nak balut dan santan mengalir keluar...tapi kalau beli pati santan dah siap tu...tambah skit je air...jgn la pekat sgt lak..agak2 la ye.. selamat mencuba.)

Biskut Kacang Mazola

_DSC0087
BISKUT KACANG MAZOLA

Salam diramadhan yg ke 18 buat semua insyaAllah! :-)

Hari ni operasi mencarik resepi kuih muih, maknanyer paham2 jer lah eak :D Mulalah malas di sana dan di sini haish! Biskut wajib buat jugak nii sbb kita dah makan sekut ni sejak sekolah2 dulu2 tp dulu2 punyerlah seksa nak buat kena sangan sendirik kacangnyer pastu lepas sangan kena kupas kulit kacang tuu, masa panas2 laks tu kena kupas kalau sejuk dia tak mo terlerai sgt>> pengalaman tolong mak masa buat kuih dulu2 :D bila teringatkan balik kisah tu terasa sedih sgt2, dulu kita ssh sikit phm2 lah pendapatn peneroka mcm mana kan? skrg ni alhamdulillah lah tak ler sesusah dulu tp brg2 pulak harga naik huh! Dgn nak tanggung ank belajar lagi sob sob sedih sgt2! andai ada kesenangan biar sikit pun dah memadai tolong mak ayah kita kan kan, nak beli loyang pun tak mampu uuuwaaaaa...sedih mmg :-( loyang kita2 ni bakar kuih guna tutup periuk2 tu lah, sampai senget benget di kerjakan sbb kena ambik dgn playar, pastu bakar pun guna periuk yg tebal tu atas dapo sgt seksa n sshnyer hidup dulu2 kan, inikan pulak bila ada ank yg berjaya dgn sekelip mata berubah n lupakan semua kesusahan mak ayah :-( sgt sensitif ok, dan sgt tidak suke dgn perangai mcm ni..

Hari ni emo sikit kenapa ya? dah nak raya mmg mcm ni lah hatinyer sebak kat dada ni tak siapa yg tahu, kira ini tahun ke 7 kita beraya kat perantauan walau dekat tp disebabkan cuti yg berlainan dgn keterpaksaan ikutkan ajer, insyaAllah, doa tak putus ni harap2 tahund epan leh berpuasa n beraya kat mesia, tp sedih pulak bila mak kita kata KALAU panjang umur mak ni jahh uuuwaaaaaa..... mmg sgt2 sensitif sejak2 nii..

Balik pada resepi, resepi dr KAK LILYDVALLEY MyR, akn guna resepi nii selamanyer ewahhhh :D kalau mak kita buat guna cwn arcoroc dia tu jerr tak de timbang takde sukatan matrik kat umah mak kita tuuu guna jer apa yg ada :-) Mcm biasa kak lily, halalkan semua resepi2 akak yg kita dah cuba n sharekan kembali kat sini, terima kasihh! selamat berpuasa sume!!

BISKUT KACANG MAZOLA
Resepi Asal: KAK LILIDVALLEY MyR

Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus>>Yg ni kita buat separuh tumbuk separuh lagi blend, nak rasa kacang2 dia tuu :D
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur>>Utk sapuan
  • Sedikit garam>> Tambahan, kak madiha yg suggest cuba letak garam kasi lemak2 :D tq!!

_DSC0096_DSC0095
Tak pernah jemu nak makan beskut ni :-) TAPI mana yg kalah sila jgn makan ya sbb ada yg mkn kacang jerawat kat muka naik kan? :D

Cara-cara

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

_DSC0088

Rabu, 17 Ogos 2011

Snow Almond

_DSC0086
SNOW ALMOND

Salam kembali lagi buat semua! :-)

N3 last tuk hari ni, jap g nak rehat2 jap nak tenagkan minda pulak :D. Beskut ni siap mlm tadi yg mcm kita post kat FB, beskut ni budak2 mmg suke sbb tahun lepas buat sekejap jer abis, mana taknyer lepas buka masing2 bwk balang depan tv, amvoii amvoii ehehehe... buatnyer tak renyah sgt leceh sbb byk step itu jerr, tp kalau dah siap gentel2 n bakar lepas tu ok dah main2 dgn cekelat pulak :D

Biskut ni ada sejarah sikit masa tahun lepas kita buat kira beskut kontroversi lah nii, hanya org yg tahu sahaja apa dia kenapa kontroversi beskut nii. Resepi pun kita tak tahulah mana yg asal, tp sumber kita dpt dr umah KAK HANA, so, ikut selera lah ya.. Kita salut dgn nestum sbb kakak tak mkn serbuk roti dia kata mcm keras sikit :D yg pasti mmg sedapppppppp! ^______^ Antara blogger yg dah buat beskut ni ramai! KAK ITA jepun, KAK ITA Masam manis, cik CB pastu sapa lagi? :D Mcm biasa mintak izin kembali resepinyer! tenkiu kak hana!

SNOW ALMOND
Sumber :KAK HANA

Bahan-bahan
  • 250g butter
  • 90g gula halus - leh kurangkan
  • 50g badam kisar @ serbuk badam
  • 50g tepung ubi
  • 25g coffeemate
  • 25g nestum - kisar
  • 1sk esen coffee
  • 1 biji telur
  • tepung gandum secukupnya>>yg ni anggaran kita lebih kurang 3 cwn lebih, kalau nak terap leh lebihkan lagi sampai boleh di terap :D
Utk saduran
  • Chocolate masakan>>double boiler
  • Nestum @ breadcrumbs
_DSC0077

Cara-cara
  • Pukul butter dan juga gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
  • Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan atau boleh di terap.
  • Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat2kan.
  • Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan atas redai.
  • Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan kukis tadi. Kemudian golek2kan ke dalam nestum@breadcrumbs. Jika buat bulat2 bleh masukkan ke dalam paper cup yg comel2.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.


_DSC0065

Kad Raya Pertama n Nastar Almond

KAD RAYA PERTAMA DARI LADYAYU, tenkiu ayu!! sayang ketat2 na hihihi....


_DSC0024
NASTAR ALMOND

Salam ramadhan yg ke 17 buat semua insyaALlah! :-)

Dan Salam Nuzul Quran :-),
Wahhh! dah besar angka 17 tuu :D Ok, ni salah satu kukis buat sama hari dgn tart nenas, sepupu sepapat tart nenas :D, tp rasa dia ada lain sikit sbb serbuk badam tu mempengaruhiii rasa nastar almond nii, tu yg menarik, tapi kita main gulong2 jer lah belasah jer lahhh dah penat sgt masa tu, almond cicang pun sampai lupa nak letak wakakaka...

Resepi dr kakak yg sentiasa melapis dan lapis dan bermacaron Tenkiu SIS RIMA!!! Marvelous!! sedap kalau sekali makan tak leh berenti, tp yg layan kuih2 gini kita jer sorang, yg lain2 kalau makan ambik luar jer kot inti dia org ni jakun sikit tak makan tp kita dah kurangkan manis, rasanyer ninja tu makan sbb sebelum ni beli tart2 nenas sume dia kata inti manis tak nak makan huh! kali ni buat mmg tak manis ada masam2 sikit sedap! kita suke, inti tu terpulanglah ya :D Mintak izin n halal respeinyer kak macehhhh!!! Semalam dah buat SNOW ALMOND, kalau rajin hari ni masuk studio ahahaha...

NASTAR ALMOND (ALMOND PINEAPPLE TART)
Resepi Asal: KAK RIMA

Ingredients
  • 100g Unsalted Butter
  • 80g Margerine>>Kak Rima guna unsalted utk 180g tu>>kita pun sama
  • 30g Powder Sugar
  • 2 Egg Yolks
  • 240g Flour>>Kak Rima guna 260g>>kita pun sama
  • 50g Ground Almond
  • 1/2 tsp Salt
Filling
  • 500g Grated Pineapple
  • 1 Stick Cinnamon (3inches)
  • 1/2 Tsp Salt
  • 175g Sugar
(Kak rima beli readymade punyer, kita buat sendirik resepi kat bwh tu ya, ikut suka hati nak guna flling mana2 ya :D)

Topping:
  • 1 Egg Yolks beaten with 1/2 tbsp water
  • Chopped Almonds

_DSC0034

Method:

Dough
  • Beat, butter, margerine, powder sugar and egg yolks at medium speed until well blended (2minutes). Add in sifted flour, salt and ground almonds.

Filling
Grated Ripe Pineapple
  • In a skillet or non-alumunium saucepan, add grated pineapple and cinnamon.
  • Cook over medium heat until the juice dries.
  • Do not forget to keep on stirring. Add salt and sugar.
  • Cook and stir until thick and not sticky. Chill.
  • Once chilled, take a little of pineapple jam and shape it longish about 1cm in diameter 5cm long.
Method:
  • Preheat oven to 160 degrees. Take half the dough, roll between two sheets of baking paper until 2mm thick. Cut a square about a size 5x4cm. Place 1 part pineapple jam on a piece of skin dough, roll. Place on a buttered baking sheet. Bake for 20 minutes, remove from oven and spread egg yolks mixture and sprinkle with chopped almonds. Place pan back into the oven, bake for a further 10 minutes (sampai masak atau depend pd oven masing2) Remove and cool on wire rack.

Selasa, 16 Ogos 2011

Nastar Pineapple Rolls aka Tart Nenas

_DSC0015
NASTAR PINEAPPLE ROLLS / TART NENAS

Salam kembali di ramadhan yg ke 16 buat semua insyaAllah! :-)

Ok ok nak cepat, ni projek semalam ni lahhh, lagi satu projek nanti2 dulu malas pulak nak ambik gmbr dah lah mendung kat luar sana tuuu hihihi... Biskut wajib kat umah2 semua org betul tak?? kan kan alaaa ngaku jer lahhh wakakaka.... Cuma bentuk lain sikit tahun ni sbb kita malas nak main tekan2 kat acuan tuu suke sgt menggentel sejak2 nii sbb senang n cepat! Resepi kali ni cuba dr Chinese blogger JANE CHEW, tak byk beza lebih kurang jerr tp tetap sedapppppppp! my ol time fev tart nenas :D

Ok jane, allow me to share ur superb recipe here, tenkiuuu so mch! Ok kakak2 saya hari ni sibuk sikit mood turun naik jer dr tadi nii hihihi... Ikut suke lah sapa2 nak buat tart gulung boleh ler main picit2 kalau nak cetak pun ok lebihkan tepung sampai dia boleh di cetak ya :-) Selamat berpuasa sume n happy baking!!!

NASTAR PINEAPPLE ROLL/TART NENAS
Original Recipe : JANE CHEW

Ingredients
  • 250g unsalted butter (at room temperature),
  • 50g icing sugar,
  • 2 egg yolks,
  • 360g plain flour mixed with 2 tbsp corn flour (sifted),
  • ¼ tsp salt>>yg ni kita masukkan secubit sahaja :D

Methods:

  1. Preheat oven at 160°C. Line a baking tray with grease-proof paper.

  2. Cream butter and icing sugar until light.

  3. Beat in egg yolks, one at a time.

  4. Add in salt and beat until fluffy.

  5. Fold in sifted ingredients (divided into 2-3 times) and mix into a firm dough.

  6. Leave aside for 30 minutes.

  7. Put the dough into nastar piping tip, and then press out into a strip of 5cm length. (This part, i just piped out a long strip in order to make my life easier :)

  8. Place pineapple filing at one end and roll up the pastry, as in a Swiss roll, enough to enclose the jam. Do not overlap the pastry. Cut off the excess pastry.

  9. Put the rolls on the baking tray. Brush with egg wash.

  10. Bake in preheated oven for 15 minutes and turn the baking tray 180 ° and continue to bake for 2 minutes or until golden brown

_DSC0023
Utk doh kita timbang lebih kurang 18g.

Pineapple Filling

Ingredients:
  • 2 big pineapples
  • 100g rock sugar,
  • 100g sugar,
  • 4 clove,
  • 1 cinnamon stick,
  • 1 star anise,
  • 1tbsp of lemon juice (Pls add more sugar if you feel it is too sour)>> kita suke masam sikit utk inti :D
Method:

  1. Slice and cut pineapples into pieces. Put in the food processor to grate it.

  2. Strain the grated pineapple till dry.

  3. Put the grated pineapple in a heavy saucepan and cook until juice has dry up. Add rock sugar, sugar and the spices.

  4. Stir till the pineapple has thickened and dry. Add in the lemon juice.

  5. Continue cooking for another few minutes until filling is dry.

  6. Leave to cool and shape into small balls.

Sup Tulang Singapura

_DSC0209
SUP TULANG SINGAPURA

Salam kembali di ramadhan yg ke 16 buat semua! :-)

Haaaaaaa... kan dah nak masuk angka 20 puasa, kejapp jer sgt tuuu, percayalah dah nak dekat raya makin kelamkabut :D. Minta maaf sume ya, masih belum sempat nak blogwalking lagi, hidung tersumbat kepala senoneng, ni gara2 buat sekut semalam ni tamak sgt hihihi.... mlm terus terbongkang sib baik kita tgh raya :D

Menu berbuka semalam, buat sup tulang ni dgn mee goreng SAHAJA, oooo sup ni makan dgn roti keras tu ya :D Resepi asal dr KAK NOREEN dan kita tirguda lepas ALONGROZZ tayang menu berbuka along beberapa hari yg lepas, lg pun stok tulang ada lagi, Resepi lagi simple kalau nak dibandingkan dgn resepi bone steak sebelumnyer TAPI rasa dia sedapppppppp!!!! Mcm biasa mintak izin n halal kembali resepinyer!

SUP TULANG SINGAPURA
Resepi Asal : KAK NOREEN>>Rossya
Sumber : ALONGROZZ

Bahan-bahan:
  • 3kg tulang lembu (steak bones)
  • 1 camb rempah sup
  • 3 biji ubi kentang
  • 3 senduk cili kisar>>kurangkan sikit
  • 3 senduk sos tomato>>yg ni kita gantikan dgn crused tomato dlm tin + 3sb Tomato puri
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • garam, gula, serbuk lada sulah dan ajinomoto secukupnya
  • minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar
  • 1cm halia



_DSC0211
Cara-cara:

  1. rebus tulang lembu bersama2 dengan rempah sup sehingga lembut dan empuk lebih kurang 2-3 jam
  2. sementara itu kupas ubi kentang dan belah 4, rebus sehingga lembut dan blend bersama dengan sedikit air supaya menjadi puree. ketepikan
  3. panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan cili kisar bersama2 dengan bahan2 kisar sehingga garing
  4. kemudian masukkan tulang lembu yang telah empuk, sos tomato dan juga stok tulang lembu tadi
  5. jangan digunakan kesemua stok tulang lembu tadi kerana kuah sup tulang ini mestilah pekat
  6. masukkan garam, gula, serbuk lada sulah dan ajinomoto. kacaukan sebati
  7. setelah itu masukkan ubi kentang yang telah diblend tadi dan kacau sehingga kuah menjadi pekat
  8. akhir sekali bolehlah dimasukkan telur yang telah dipukul sedikit tadi dan kacau rata
  9. biarkan sekejap sahaja dan bolehlah dimatikan api dapur
  10. angkat dan hidangkan bersama2 roti atau nasi putih

note: very highly recommended. rasa sup tulang ini seperti stew daging

Ahad, 14 Ogos 2011

Pierre Herme's Chocolate Sables

_DSC0569
VIENNESE CHOCOLATE SABLES

Salam ramadhan yg ke 14 buat sume :-),

Dah stgh bulan kita puasa kan? Hari ni ramai org g shopping ke? Kita duk kat umah ajer ninja kena kerja ada masalah sikit beberapa hari nii :-( Harap2 selesai lah cepat sbb kesiankan budak2 dgn mak budak sekali hihihi.. Sebenrnyer kita ni pun demam selsema dah, kira satu rumah skrg ni selsema n batuk2, kakak n abg jer yg dah baik, tggl kita dgn ninja n yg kecik ni jer yg baru kena, hmmm...

Masih mood malas nak buat kukis hanya main2 nak cuba resepi baru jerr :D Beskut yg kat atas ni tgk kat umah KAK RIMA, tp kita cuma ada nozzle ni ajerr tak de nozzle bentuk mcm kak rima hihihi..belasah jer lahhh! janji leh picit :D Beskut ni sedap! rasa mcm kuih semprit tp perasa coklat tapi buakn kuih semprit ada lainnyer sikit, budak2 kat umah ni suke pulak! mmg kena ulang buat lepas nii :D Sapa2 yg nak buat beskut raya leh buat resepi ni senang sangatt!!! Nak kata dia rasa mcm beskut coklat yg biasa tu lain sikit teksur dia mmg best! Kak Rima, mintak ijin resepinyer ya :D tenkiuuu!! selamat berpuasa sume! buat sementara waktu ni menu berbuka tak de ya, kita nak main2 dgn butter jerrr :D Kalau nak tgk rupa asal leh g blog kak rima rupa beskut kita ni rupa derhaka hihihi... Selamat berhujung minggu semua! :-) Minta undur diri dan terima kasih setiap kunjungan dan komen, saya sgt2 hargainyer.

VIENNESE CHOCOLATE SABLES
Source:KAK RIMA

Ingredients
  • 260g All purpose Flour
  • 1g Fleur De Sel>>Sea salt
  • 30g Dutch Proccessed Cocoa Powder>>Kak Rima guna Valrhona
  • 100g Powder Sugar sifted
  • 250g Butter
  • 3 Tbs egg white
_DSC0566
ohhh sgt tidak cantik berbanding kak rimanyer cookies ahahaha...
Method:
  1. Preheat oven to 180c
  2. Whisk together flour and cocoa powder and set aside.
  3. In a mixing bowl, whisk butter until creamy. To ensure that recipe succeeds, the butter needs to be very soft.
  4. Add in powder sugar and fluer de sel/sea salt to butter and continue to whisk until light and creamy.
  5. Whisk in egg white until it is well combined.
  6. Add in (2) until and mix until well combined.
  7. Spoon dough into a pipping bag fitted, with a star tip. Pipe dough into W shaped cookies.
  8. Bake cookies at 180c for 10-12min- no more, the cookies will be delicate. Transfer carefully into cookie jar after cooled.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Biskut Tembikai

_DSC0502
BISKUT TEMBIKAI

Salam ramadhan yg ke 13 buat semua insyaAllah! :-)

Projek semalam niii :D, saja buat2 nak rasa mcm mana cerewet n sabarnyer nak buat beskut niii pheewwwww..... TEruja nampak KAK ITA MASAM MANIS buat nii beberapa hari yg lepas, kita pun tgh free ni kan saja test lahh hihihi... mcm kak ita kata kurang kerja carik kerja, pastu cari kerja yg leceh mcm nii :D

Resepi asal dr KAK CITARASAWAN, blog kak wan ni mmg byk resepi2 kuih beskut2 yg cantek2 tak tahu nak buat yg mana satu, tapi beskut tembikai ni bukan buat raya ya, boleh fengsan kalau tgk org makan beskut ni masa raya nanti ahahaha.... aduhhhh..alangkah reject satu rasa nak menagis jerrr! hihihi... Biskut ni tak de dlm list biskut raya ya, saya surrender kikiki...

Sebenarnyer nak buat beskut ni nak kena tahu teknik, kalau tak tahu teknik mmg lambattttttt sgt abisnyer, sib baik kak ita dah kongsi sikit2 teknik tuu pastu kita pun dpt teknik baru nak buat ni alhamdulillah tak de lah ssh mana, nak potong tak de masalah sbb kita tak sejukkan, lepas dah siap buat bulat sume, terus potong TAPI mmg kena pastikan pisau tajam n jenis yg ringan. Part paling sakit jiwa nak letak bijan hitam ekekeke... kena pastikan tgn berminyak sbb bijan tu akn melekat bila kita nk ambik dia. Oklah, tgk jer lah kejadian biskut kita yg tak sempurna nii :D Kalau nak tgk yg cantek leh g umah KAK ITA atau KAK WAN ya hihihi... Minta izin n halal resepinyer pd sapa2 yg nak cuba!! :-)

BISKUT TEMBIKAI
Resepi Asal : KAK WAN
Sumber : KAK ITA

Bahan-bahan
  • 150 gm gula kastor
  • 150 gm mentega
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 320 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder (lain kali kena kurangkan)>>yg ni pun kita kurangkan
  • 1/8 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan hijau
  • paper cups
  • bijan hitam

_DSC0505

Cara-cara


Pukul gula dan mentega hingga sebati. Masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata. Bubuh tepung gandum yang sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan kepada 3 bahagian, merah, hijau dan plain. Buatkan bebola kecil dengan doh merah. Canai doh plain nipis2 je..pastu salutkan dengan bebola merah tadi. Canai doh hijau nipis2 gak, kemudian salutkan dengan doh tadi. Buat seperti buah tembikai.

Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).
Belah 4 bebola tadi, pastu letak lah bijan hitam sikit dan aturlah dalam paper cups dan barulah diletak di dalam tin pembakar. Bakarlah pada suhu 160 drj celcius selama 20-25 minit atau hingga masak.

_DSC0484_DSC0486_DSC0493_DSC0494
Bolehlah fikirkan lagi teknik yg lebih pantas ya lepas ni :D pada sapa2 yg nak buat :D Utuk setiap biji kita buat berat anggaran>> Hijau: 15g Putih: 13g Kuning: 10g, Bungkus kuning dulu dan tutup dgn kaler putih, seterusnyer hijau, buat sampai habis, gunakan cling wrap utk bungkus setiap bebola tu ya. Thanks to kak ita sbb pikirkan cara nak bulat2kan dia :-)

_DSC0491_DSC0496_DSC0495
Beress :D boleh tersenyummm pulak :D

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kuih Lopes

_DSC0438
KUIH LOPES

Salam ramadhan yg ke 12 buat semua insyaAllah! :-)

NOTIS telah pun dikeluarkan kepada saya :D , Ni menu berbuka semalam ya, nmpk umah MAK AYU, rumah sapa lagi eak buat kuih lopes? kita lupa pulak, nanti sebut nama kat dlm komen eak kita edit balik sbb nak cepat nii tak de masa nak semak2 balik ptg2 nanti baru free sikit :D

Tapi lopes ni versi mudah, rasa dia??? of koss rasa lopes! cuma kaedah berbeza disebabkan tuan resepi ni dulu duk oberc jdnyer kena sesuwaikan dgn bhn2 yg tak berapa mencukupi, sapa2 rajen leh lah buat lopes bungkus2 mcm mak ayu ya :-), kita ni ambik jalan mudah sbb dah buat byk kali guna resepi ni, lg pun kdg ada daun pisang kdg tak jumpa pun jdnyer buat jer lah guna resepi nii, rasa mmg mabeless! Sapa2 yg nak cuba n nak cepat leh guna resepi ni ya dr KAK TULIP kat MyR.. Mcm biasa minta izin kembali resepinyer tuk di kongsikan di sini kembali :-) Kunjung balas kita buat ptg2 sikit ya, ada hal sikit nii :-) Terima kasihhh!!!

KUIH LOPES
Resepi Asal : KAK TULIP77 MyR

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air pandan (dikisar)
  • 1 st air kapur
  • 1/2 st garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
  • *** air gula ***
  • 3 ketul gula melaka
  • 5 sb gula
  • 3 cawan air

_DSC0433
ol time fev! :D

Cara-cara

  • Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur.

  • Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan pulut dalam loyang. Kukus selama 20minit.

  • Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit. Angkat dr pengukus.

  • Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka.>>Untuk yg ni boleh guna acuan apa2 terpulang lah kan, kita guna acuan buat onigiri aka riceball sebab masa mengukus tu kita dah alas loyang dgn daun pisang, terpulanglah ya :D

  • Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  • Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
  • *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Menu Iftar ke 11>>Bubur Nasi

_DSC0470
BUBUR NASI n THE GENG

Salam ramadhan yg ke 12 buat semua insyaAllah! :-)

Eeeeeee... sekejap jerrr dah pecah angka 10! Rasa semakin takut gituu nak sampaikan raya, motif**? uuuwaaaaa..sedihnyer! :-( Tahun ni mcm kurang sikit lah mood nak mem biskut, masih samar2 lagi kata org :D Takpe, take ur time ijah :D

Menu berbuka semalam, tak payah lah rasa terliur atau apa2 ya, menu biasa2 jerr takkan hari2 nak menu mengancam, fenatt adik nak masak itu ini, tekak yg makan pun kita jugak kan, alhamdulillah kenyang, kalau nak yg mengancam menu2nyer leh lah carik kat umah org lain yg menu2nyer membuatkan anda terguling guling melihatnyer hihihi.... Cuma nak kongsikan bubur nasi kali ni ambik kat umah GERT, kita suke bubur chinese style tp kita ni pemalas, masak dlm rice cooker jerr selama 1 jamm! kikiki... TAPI, sentiasa di kacau juga ya kasi bubur tu betul2 hancur :-) Sapa2 leh masak bubur kan sbb selalu sgt nasi jadi bubur wakakaka.... jdnyer sume org dah terrer buat bubur, tak yah tgk resepi pun tak pe kan kan... Mintak izin resepinyer ya gert! suke dia punyer tekstur bubur yg bercampur dgn pulut mmg lain sikit :-)

RICE PORRIDGE/CONGEE
Original Recipe : GERT

Ingredients:
  • 1/2 cup long grain rice
  • 1/4 cup glutinous rice
  • 2 pieces chicken breast – removed skin and fats
  • 3 cups chicken broth
  • 2 cups of water
  • Salt and pepper to taste

Garnish:(yg ni suit ur taste lah nak mkn mcm mana sbb kita mkn dgn sambal ketuk, kangkung goreng belacan, telur dgn shredded chicken jerr! :D)
  • Shredded chicken
  • Julienned ginger
  • Chopped spring onions
  • Fried garlic
  • Some sesame oil
  • Some soy sauce
_DSC0474

Method:

1. Wash the rice and put it in a medium size pot. Add in the stock and water and bring it up to a boil. Add in the chicken breast and turn down the heat to medium. Cover (with the cover ajar) and continue to simmer until chicken is cooked. Remove the chicken and set it aside to cool
2. Continue to simmer the rice (stirring occasionally) until it turns soft and mushy. Add in salt and pepper. Add more water if needed.
3. Shred the chicken and top it on the porridge together with ginger, spring onions, fried garlic and drizzle in some sesame oil and soy sauce. Serve warm.

_DSC0475

Khamis, 11 Ogos 2011

Kuih Kaswi

_DSC0404
KUIH KASWI


Salam kembali di ramadhan yg ke 11 insyaAllah :-),

Salah satu menu berbuka semalam yg mana saya tak leh berhenti nk makan lagi dan lagi :D Kita kalau bab2 kuih mcm ni mmg cerewet sikit :D Payah sgt nak jumpa yg berkenan di hati n ank tekak, tp alhamdulillah! Resepi ni terbaiiikkk boleh dikategorikan, Terima kasih kembali buat nuuunaaaaaa sharekan resepi yg best niii, mmg best lah! kenyal2 dia tu kita suke tp lain org lain citarasa jdnyer ikutlah resepi mana2 yg rasa berkenan ya :-) Sebelum ni dah ada jugak buat kuih kaswi bukannyer tak sedap, sedapppp, cuma yg ni rasanyer dah bertemu jodoh gituuu ibaratkannyer :D

Macam biasa kak Q, minta izin dan halal juga resepinyer utk di kongsikan di sini untuk rujukan yg akn dtg, TERIMA KASIHH! Selamat berpuasa n berbuka buat semua ya :-)

KUIH KASWI
Resepi Asal:KAK QUINNIE (dpt dr kwnnyer kak Q)

Bahan2
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 1/4 cawan tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 1/2 cawan gula putih (kalau suka manis buat 2 cawan)
  • 2 cawan gula merah (saya guna yg elok punya jadik tak yah nak buang pasir)
  • 9 cawan air
  • 1/2 sudu besar kapur ( kapur tu kalau keras tambah air panas dulu biar dia cair..lepas tu ambik air ngan kapur2 nya sekali)

_DSC0406
Mmg best! ;-)

Cara2
  1. mula2 masak gula merah dan gula putih bersama dengan 2 cawan air. masak hingga gula hancur dan sebati dan berbuih...dia bila buih tu maknanya gula dah likat.>>Yg ni kita letakkan daun pandan diikat sekali semasa memasak.
  2. selepas gula dah masak, tapis air gula tadi. kemudian campur kan lagi dengan air hingga bancuhan air gula tadi menjadi 9 cawan air gula. (kiranya air gula tadi...lepas tapis sukat la dapat berapa cawan...lepas tu jadikkan dia sampai dapat 9 cawan)
  3. campur semua tepung dan kapur, lepas tu masuk kan air sikit2 dan kacau sebati.
  4. untuk pastikan semua bahan sebati, tapis kan bancuhan tadi.
  5. sebelum membancuh bahan tadi, boleh lah dipanaskan kukusan, bila kukusan dah panas, isi bahan bancuhan kedalam loyang yg telah di griss atau pun acuan lompang yg telah di griss jugak. kalau guna acuan lompang boleh isi penuh2.
  6. kukus kuih tadi selama 15-20 minit kalau guna acuan lompang...kalau pakai loyang kukus dlm 45 minit. lepas tu sekiranya ada air bertakung atas kuih, buka penutup kukusan tadi dan buang kan airnya...sama ada guna tisu dan lap2 kan kat atas kuih tadi atau pun guna penyepit kuih dan tonggeng kan sikit acu lompang atau loyang kuih dan biar air tu jatuh. kemudian masakkan lagi selama 10 minit dgn membiarkan penutup kukusan tadi dibuka utk kasi air tu kering.
  7. bila dah kering boleh la di tutupkan api dan diangkat kuih utk disejukkan. biar kuih dah betul2 sejuk baru boleh dipotong atau dikeluarkan dari acuan lompang.
  8. boleh lah dihidangkan bersama kelapa parut putih yg dicampur dengan sedikit garam. kukus selama 5 minit kelapa tadi utk kelapa tahan lama.
  9. utk mengelakkan kuih tu berair teruk kat atas dia...balut penutup kukusan dgn towel lembab.
(nota: satu adunan ni dpt satu loyang besar....saya buat 1/2 je kalau nak makan tuk sekeluarga...kuih ni tahan 2 hari...bleh simpan dlm peti ais kalau tak habis..)

_DSC0399