ads/iklan

Rabu, 30 September 2009

Apam Yogurt

APAM YOGURT

Salam kembali dan akn kembali esok hari insyaAllah, amin..

Daging dah order ayam pun dah order tp sampai hari jumaat jdnyer kita kena tangguh lah ya minggu depan menu raya kita tu nanti ehehehe.... DAN, dah kurang sgt kerja + tak stabil lah pulak skrg niii dah lah batuk2 selsema lagi dtg pulak penyakit wajib ni pulak!! baru nak puasa ingatkan kalau dah baik sikit ni nanti nmpknyer kenalah tunda jugak jwbnyer :D tak pe syawal kan sebulan ekekeke..... takut dah nak habis angin kus kus malas dtg.. haih! mana boleh! kena puasa jugak! :D ok lah, ni sajer2 nak ngetest resepi KAK YANI yg semakin comel tuuuu.... ramai dah yg cuba, sib baik kita buat jadik TAPI lupa nak letak inti bluberry!!!! klu lah letak inti tu td TRIPLE sedap!! uuwaaaaaaa....galad sungguh! tak pelah lenkali buat letak depan mata filling tuuu ni td ala2 kelam kabut saja buatkan diri ni kelam kabut tu yg lupa tu dah tuang baru teringat huhuhu..... Tenkiu ya kak yani!! sedap jugak ya kurang bau2 ayam niii kita mmg suke :D, mintak halal ya resepinyer kita letak sini klu akn dtg nak buat lagi ya :-) sapa2 nak kenal ngan KAK YANI leh lah masuk umah nya melalui LORONG SIBUK ni ya :D.. dan resepinyer >>


APAM YOGURT @ KAK YANI MyR

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 2 biji telur
  • 50g gula
  • 100g plain yogurt
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 150g tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
  2. Masukkan yogurt, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi
  3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
  4. Ceduk masukkan ke dalam acuan yang sesuai.
  5. Akhir sekali kukus sehingga masak selama 20-25 minit

Tart Gulong 2

TART GULONG 2

Salam dptg rabu dan mendung dr pgi sampai sekarang ni :D,

Lalalalala......parcel dr mesia dah sampai, cepat pulak sampai klu tahu cepat sampai mcm ni kita suruh mak kita poskan DAUN2 yg sewaktu dgnnyer.. pos ni mcm angin jugak kejap sepoi2 bahse kejap mcm ribut gitulah jugak kali ni leh sampai 3 hari tepat pulak! pos senin lepas hari ni sampai! huh! rugi mmg rugi klu tak semakin senang hati ada DAUN2nan dr mesia tu huhuhu... hari mcm kurang kerja lah sgt, kita ni mkn pun tak lagi tau, keja nak buat kukis jerr!! sejak tekak sakit ni selera makan mmg ilang terus KECUALI kalau mmg dah TERASA nak makan baik2 lekas buat klu tak seleranyer ilang lagi mcm hari ni, ntahlah! hihihi..... kali ni ambik resepi kat umah KAK NOR GANU, tenkiuu ya kak! gebu sungguh tp mcm biasalah maksik comel tak ambik tempahan klu nak jugak order kena xtra byk nihhh :D, lebihan inti sbnrnyer nih yg berhajat nak buat lagi tart ni lg pun yg dulunyer tu dah arwah dah eheheh.... alaaa..buat satu adunan bukannyer byk sgt kan tp tu lah leceh! :D KAK NOR!!!! resepi mintak halal ya letak kat sini kalau tak halal bgtau ya :D dan telah dedit juga oleh PUAN NOR kita td ni ya kakak2 adik2 sekalian >> tak pun leh lah jalan2 kat SINI ya

TART GULONG 2

Bahan2

  • 250gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu besar minyak sapi (Ghee lagi sedap)
  • 1 bj kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
  • (3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)

* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

hiasan:
1bj kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air

Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara2:
Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Utk tart bunga ~ambil sebahagian doh dan canai mengikut ketebalan yg disukai. (K.Nor canai setebal 1/4 in)
Dengan menggunakan pisau angkat doh yg dah diterap dan letakkan atas papercup yg dah diletakkan atas patty tin/tray.
Tekan bahagian tengah2 dgn hati2 supaya doh masuk sket kedalam papercup.
Kemudian tekankan papercup tu supaya masuk dgn elok dan kemas jer kat dlm patty tin/tray.
Letakkan sebiji inti nenas yg dah digentel kat tengah2 dan tekan sket supaya kemas.
Sapukan kuning telur kat atas kelopak bunga.
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.





Rupa dan kaler ada improvement sikit, sikit jer tak byk pun hihihi.... pada mata KASAR kitalah kan :D..

Masih mencari dan terkejar kejar PAKWE LAMA, iaitu ABANG MOOD hihihi...

Salam dpagi rabu buat semua yg merindui kita? ada ke? :D

Sian kan sume org dtg beraya kat sini tuan umah ntah ilang kemana ekekeke, bukan lari dr umah ya :P....... masa raya, tak de mood nak masak2 sbb brg2 sume tak de!! huhuhu....... masih menunggu BRG BARU sampai :D tak sampai2 lagi maklumlah pos guna kapal terbang kecik jerrr lambat sampai hihihi..... Pas tu kan lepas dah mula tak de mood dia terussssss menerusss tak de mood nak makan nak ambik gmbr mcm mana nak ambik gmbr sbb tak nak makan! ninja tu lain menu jdnyer mmg tak yah ambiklah gmbr kan..pas tu dr hari jumaat lepas ni serentak pulak kena demam dgn si ninja tu! huhuhu.... bertambah lahhhh MOOD ni terbalik tertonggeng tertiarap sume sampai sekarang, ni pun sambil taip sambil buat bekal budak2 g sekolah nanti niii maksudnyer skrg ni tgh gelap gulita lagiiiii :D tp sempat publish tgh hari kot!! sbb byk berenti niiii dr taip sbb sibuk! hihihi... apa pun RAYA adalah sebulan tp kita tak sampai sebulan lah kan sbb ada CUTI kan :D, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR dan BATIN sekali lagi dr kita buat semua yg dtg kat umah ni tanpa tuan :D, mknlah kuih raya yg ada ni ya... :-) skrg ni tgh batuk2 laks tu kita sanggup kena selsema yg thp kritikal tu dr kena batuk2 mcm nii.. SBB nyer sampai sekarang tak reti nak kuarkan cecair pekat yg sedap lagi lazat tu hihihi..dah tua tp mcm budak2!! budak2 pun tahu kuarkan! ehehe.. jom layan gmbr kat bwh ni dulu ya, baru dtg beraya dah kena baca telenovela kita pulak kan :D..


ALMOND LONDON

Dah lama tertangguh nak buat sekut london ni lah! bila nmpk kat umah ijan semalam rasa nak buat terus jerrr TAPI masih MALAS2 lagi kan ni pun habis buat kul 1.30pg d ulangi 1.30pg! hihihi...mula buat kul 10mlm sampai ke pagi! huh! boleh bygkan lah ya betapa kita ni buat sensorang cewaahhh!! 1 adunan laks tu!! haaa...ambik bhgn!! penuh satu mangkuk besor, yg mencabarnyer ni nak gentel2 lasi habis dgn nak tuang cekelat huhuhu.. alhamdulillah dgn kesabaran yg penuh ddada, iye ke? :P siap jugak mlm td niii.. Resepi yg pemes kat MyR tenkiu ya mmg sedap! lembut rangup jerr sekut dia resepi asal drhttp://www.myresipi.com/top/detail/422 mintak halal ya tuan resepi copy kan dsini ya :-)..

ALMOND LONDON

Bahan-bahan ( +/- 150 biji )

  • 250 gm mentega
  • 125 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
  • 50 gm serbuk badam (optional)
  • 200 gm tepung jagung
  • 300 gm tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 tsp baking powder
  • 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
  • 50 gm badam cincang (utk hiasan)
  • +/- 700 gm coklat masakan

Cara-cara

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
  3. Masukkan serbuk badam, kacau
  4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
  5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
  6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
  7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
  8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
  9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
  10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
  11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Tgk tuuu itu yg dpt interprame tu belum yg dbelakang tabir lagi interprame punyer lah banyak!! hihihi.....



MEE SEGERA HAILAM

MEE SEGERA HAILAM

Naman jer SEGERA yg segera cuma MEE nyer jer tau! bukan kuah2 dia sekali segera hihihi.... dulangi MEE ajer yg SEGERA BUKAN kuah... :D nilah ni kes semalam tgk kat umah KAK NOR kebetulan mmg tak de selera bila tgk MEE SEGERA HAILAM ni TERUSSSS nak makan! apa lagi abg balik jer kuar carik bhn sambil2 carik gula2 nak hilangkan pahit dgn batuk2 niii :D bila dah masak huh! masak sikit jer sbb kita guna MEE SEGERA dr MAGGI KARI punyer hihihi....yg CINTAN tak de pung jdnyer guna MEE MAGGI jer lah ehehe...SEDAPPPPPPP sgt!! nxt time buatkan tuk ninja tu guna MEE ni jerr sedap tuuuuu .. thnks to KAK NOR sbb bg idea ni berselera semalam ni makan :-) resepi asal dr CMG tp dah dedit oleh kak nor jugak ada tambahan letak CILI KISAR dgn SOS LADA HITAM ummmphhhh!! mmg sedap! Resepinyer leh tgk SINI tak pun mintak halal ya CMG kita letak kat sini :-) tenkiu!!!

MEE SEGERA HAILAM

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 g mee kuning>>MEE SEGERA CINTAN
  • 300 g udang sederhana besar
  • 1 keping dada ayam
  • 1 biji lada Benggala hijau dan merah, dipotong kiub
  • 6 keping cendawan tiram, dihiris
  • 4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
  • 1 cawan taugeh (optional)
  • 2 keping tauhu digoreng dan hiris
  • Hirisan daun sup, daun bawang dan cili padi secukupnya
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam* Warna Teks
  • 1 camca besar sos abalone*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • TAMBAHAN>> CILI KISAR ikut kepedasan masing2 :D

Cara-cara

  1. Basuh udang, asingkan kepala dan ekornya. Perap udang yg telah dibersihkan dgn 1 camca teh garam, biar 5 minit, cuci kembali dan toskan. Dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan kobis daun, tomato, cendawan, tauhu dan lada benggala. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.

SEDAP SGT!!! ;-) lada jeruk letak byk2 huh! sendiri ingatlah ya :D


KUE TEOW GOREMNG LEMBAP


KUE TEOW GORENG LEMBAP

Dah lama tak mkn KTG niiii...buat itu hari lembap2 jerr sbb ter kering ekekeke... yg pasti sedap! sbb byk isi :D hihihi.... tak yah resepi sbb resepi biasa2 jerr niii sume org leh buat lagi sedap dr kita punyer ni :-)..



BONE STEAK II

BONE STEAK II

Yeaaaaaa!! dapat makan lagi bone steak ni selagi ada TULANG2 yg tak hilang kat sini hihihi..... Kali ni cuba resepi KAK AS NZ pulak..yum yum!! lebih kurang jer cuma yg ni dia rasa berat sikit mungkin penggunaan tomato puree yg byk jugaklah, tak leh mkn byk sgt sbb mudah kenyang tu yg bestnyer masak sikit pun boleh mkn byk2 kali ehehe... Tenkiu ya kak as!! mintak izin copy ya resepinyer kat sini :-) tgk SITU pun boleh jugak :D

SUP TULANG MERAH II / BONE STEAK

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

  • 1kg tulang kambing @ tulang lembu
  • 1 senduk cili kering/ cili boh
  • *5 Biji Bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1/2 tin tomato pure (440gm)
  • 1/2 botol sos tomato (435gm)
  • 2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sup bunjut tulang Adabi
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng

Cara-cara

  1. Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
  2. Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula
  3. Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
  4. Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..
  5. Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..
  6. Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang goreng..
  7. ::Selamat Mecuba::

TUNA FURIKAKE

TUNA FURIKAKE

Haaa....yg ni ala2 serunding gitu, tp sesuwai tuk budak2 sbb buatkan ni untuk bekal dia org buat onigiri pun leh jugak campur dgn furikake niiii paling best makan dgn nasi jepun panas2 tuuuuu letak nori huh! mmg sedap!! yg tua2 ni pun suke :D thanks to KAK YANI mem MyR kita yg sentiasa kretif.. Mintak Izin copy kat sini ya resepinyer :-) tenkiuuuu!! tak pun leh g SINI juga :-)

TUNA FURIKAKE

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 tin(80g) tuna
  • 2 biji umeboshi
  • 1/2 btg celary
  • 1 sudu besar bijan

Cara-cara

  1. Ambik isi ume dan cincang. Celary pula hiris kecil-kecil macam nak buat kerabu.
  2. Masukkan tuna ke dalam fry pan. Goreng sehingga agak kering.
  3. Furikake1
    Kemudian masuklah ume, celary dan juga bijan. Goreng sehingga garing.
  4. Obento
    Boleh juga guna utk buat onigiri. Bahan-bahan tu boleh diubahsuai ikut apa yg ada dlm peti sejuk..

Sabtu, 26 September 2009

KAD RAYA BUAT SEMUA PENGUNJUNG YG DIHORMATI :-)


Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini


SEMPENA NAK MENYAMBUT SYAWAL BULAN YG MULIA INI, KITA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DGN IKHLAS DARI KITA SEKELUARGA ANDAI ADA TERSILAP KATA TERKASAR PENULISAN MINTA AMPUN DAN MAAF SEMOGA KITA AKAN BERJUMPA DIRAMADHAN DAN SYAWAL TAHUN DEPAN INSYAALLAH...

>>Rasa sayu tetiba pulak..

Jumaat, 18 September 2009

Iftar ramadhan ke 27

Salam buat semua yg sedang sibuk tuika dan saat ini... :-)

Hati terasa sedih pulak maklumlah sume org sure tgh sibuk dgn anyam ketupatnyer siapkan bhn2 tuk raya lagi huhuhu..kakak kesayangan pulak tgh bertarung nak melahirkan bb ke dunia nii semakin sunyiiiiiiii rasanyer :-( terpaksa melalui kehidupan seperti biasa walau hakikatnyer org tgh kegembiraan.. okiessss.... rasanyer sume org pun mcm tu jugak kan akhir2 puasa ni mmg malas nak masak nak update dan mcm2 hal lagilah kan termasuk kita niii jugak tp yg best last2 puasa hari ke 30 mesti tak masak sbb org dah ramai mengunjung kita terpaksa lah buat makanan ye tak? sapa pulak yg nak ngunjung ke rumah kita antar mangkuk ting kat :D hihihi.... BUNGA kat bwh tu BUKAN buat menu berbuke semalam ehehe... itu munga yg dnantikan leh kita semalam nihhh..SUKEEEEE sgttt dapat MUNGA byk2 mcm tuu tenkiuuu my dear husband :-) love u always ;-)... terperanjak adik comel sbnrnyer tak terperanjat pung sbb masa ninja tu balik kita tgh tido!! isteri mithali betul! :D semua sekali 200kuntum MAWAR, 100 merah 100 lagi putih :-).. hadiah pulak dah guna punggg sebelum ni kita dah masukkan n3 pasal LAPPY kan? itulah hadiahnyer yg kita kata tak mo tu terpaksa terima sbb dia dah kata itu mmg hadiah besday kita tenkiuuuu sekali lagi buat my lovely husband, love uuuu so mch!!! semalam mmg terasa nak buat menu ulang tayang lah ya, buat kari ayam kerisik lagi dgn roti jala dan juga udang salut tepung.. sedapppppp sume sekali pd tekak kitalah yg nk makan makanan mcm nii.. jom tgk2 jer lah gmbr kat bwh ni resepi kalau rajin kita copy ya :D..


BESDAY PRESENT for me tenkiuu dear!! love u so mch!! :-) gmbr lappy dah letak dulu kat n3 sebelumnyer :-) itulah hadiah untuk tahun ni :-)

UDANG CELUP TEPUNG

Resepi dr KAK MAZ BAHRAIN akn dcopy lepas tak sibuk :D tenkiuu kak maz!! SEDAP!! tp semalam ni buat tak sempat nak perap sbb dah nak buke :D sebelumnyer buat jadik cantik tp ninja tu mkn sume!! :D semalam pulak gilran kita habiskan udang2 tu sume :D hihihi.. tq!!



ROTI JALA

Resepi dr KAK UMMI KUANTAN, tenkiu kak!! mmg sedap..akn masukkan linknyer juga lepas sume kembali tenang :D.

KARI AYAM KERISEK

Resepi asal dr CMG, tenkiu ya cikmat!! sukeeeee sgt dgn resepi nih :-)
SELAMAT HARI RAYA SEKALI LAGI BUAT SEMUA YG BERAGAMA ISLAM TAK KIRA DMANA ANDA BERADA :-)

Khamis, 17 September 2009

Kad Besday

SALAM,

BUAT SEMUA TEMAN2 KAKAK2 yg mengucapkan besday buat kita jutaan TERIMA KASIH dr kita juga dgn ikhlas ya..tiada kata lain selain ucapan TERIMA KASIH buat semua.. sedih pulak.. tak lupa juga pada hari yg sama juga cuma tahun yg lain nak ucapkan juga SELAMAT HARI JADI buat NURINDAH seindah nama dan rupa juga dr akak semoga sihat dpanjangkan umur dmurahkan rezeki dan semoga berbahgia bersama org yg tersayang.. :-)




Yg kat atas ni sume dr KAK NOR ganu, tenkiu kak!! sayanggggg akak jugak!!! rasa sedih pulaklah hari nii..


Kad besday dr KAK IETA, terima kasih kak mendoakan kita pd hari lahirnyer seorang bayi pompuan yg comel ni :D hihihi...

Kad besday dr KAK HUNNY, terima kasih yg tak terhingga buat akak :-) suke sgt!! cuteeeeee!! :D


Kad Besday dr KAK MAZ BAHRAIN, terima kasih kak!! sayang akak!!
HAPPY BIRTHDAY BUAT IKA....SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN IKA DAN JUGA BERBAHGIA DISAMPING KELUARGA YANG TERSAYANG...

Kad Dari KAK INTAN yg hantar awal memlalui POREM MyR tenkiu ya kak :-)
semoga Ika gembira selalu disamping keluarga tercinta.....

Rabu, 16 September 2009

Kukis n Iftar ramadhan ke 26

Salam dmalam khamis ramadhan ke 26 1430 hijrah :-),

Hari ni mood byk kurang ntahlah sejak2 nihh kenapa ntah :-(, td nih penat sgt mengajar sorang maid ni nak buat kek pisang tunggu punyer tunggu dah nak dekat kul 1ptg kita ni byk kerja nak dbuat tp nak buat mcm mana kan dah dia nak belajar buat kek jgn kedekut ilmu bulan2 puasa ni kan :D bukan nak kedekut tp masa mcm tak sesuwai pulak pulak tu dia asyik ajak berbual jerrrr kita ni nak buat kukis nak masak lagi huh! mmg penattttt sgt melayan maid sorang nii byk cakap dr buat kerja huhuhu.... k lah oleh kerana dah kepenatan nihh menu buke kita paling senang sekali buat KUE TEOW LADNA senang kerja maksik yg comel nii ekekeke...dan ni lah dia kukis yg kita dpt buat hari niii..sbnrnyer nak buat Almond London tapi masa tak kecukupan buat kukis komplek ni :D esok lah kot buat malasnyer!!! tp peberet budak2 kat umah ni jdnyer kenalah buat jugak kan.. untuk kukis pd hari jom tgk!! tgk kukis jerr jgn tgk menda lain!! :D

CHOCOLATE CHIP COOKIES


Buat kicit2 jerr senang masuk mulut :D

Resepi asal dr KAK NOR ganu, raya tahun lepas pun buat jugak kukis niii..tp kali ni malas byk main gentel2 jer ok lah tu kan, alamakkk penatnyer!! Kak nor mintak halal ya resepinyer letak kat sini, tenkiu!! :-)

CHOCOLATE CHIP COOKIES


Bahan2
  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds
  • Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  • Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  • Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  • Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  • Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.


HONEY CORNFLAKES COOKIES


dah penat + tak de mood ni lah jdnyer hihihi..main tenyeh jerr tak kira dah penyek2 ke berdiri ke dia punyer kepingan tu :D

Asal nama cornflakes ni mmg kita sukeeeeeee sgt!!! dr zaman kicit2 dulu mmg suke ngan sekut niii sekut2 yg ada bau2 cornflakes nii..cedap!! cuma kita kurangkan kuantiti gula sbb tak mo manis sgt butter pun guna unsalted punyer :D, Resepi asal dr KAK AYU SG tenkiuu ya kak!! sedap sekut niii... mintak halal copy kat sini pulak ya, tq!!!

HONEY CORNFLAKES COOKIES

Ingredients:- (A)

100g cornflakes
100g crispy bubble rice(optional)
100g chopped almond/nuts (roasted)

(B)
110g butter
90g fine sugar
5-6 tbsp honey

Method:-
Mix all ingredients B and put to a slow heat for a few minutes. Stir well. When all the ingredients has dissolved, add in A and stir till Incorporated. Lay small paper cups in a small muffin tray and scoop 1 tsp of mixture. Pre heat oven and bake at 175C for 7 minutes. Let it cool on wire rack the store them in an airtight container.
*You can add your preference for the decorations. As for me I used chocolate rice.



KUE TEOW LADNA

Dan inilah dia menu iftar kita ramadhan ke 26 hari nihhh hihihi....penat punyer pasal jdlah ladna nihh resepi main masuk2 jerr tak de tulisss2 tak de amik2 resepi owang sbb tak de masa nak mencarik resepi dlm keadaan darurat nihh... suke sgt mkn ladna nihh sedap!! ;-) bebudak kat umah ni pun suke jugak bertambah senang kerja kita mcm nii :D, okiessss..nak kena gosok baju pulak lepas nii, SELAMAT MALAM n SELAMAT BERSAHUR buat semua pembaca!! :-)

Selasa, 15 September 2009

Iftar part 25

Salam d awal pagi rabuuuu!!! dah masuk hari ke 26 ramadhan :-),

Belum nak tido lagiiii owang kat jepun dah nak bgn sahur ekekeke...kita dok mengadap pc lagi huhuhu...baru je lepas gosok baju sementara lum ngantuk lagi ni leh lah masuk n3 dulu sbb esok nak jd CIKGU KEK!! hihihi..ada owang nak belajar buat kek dgn kita ni haaa..eheheh...alaaaa..kek senang jerrrr buat kek pisang!! hihihihi..... :D, menu2 kat bwh ni menu iftar hari yg ke 25, alhamdulillah sempurna sudah hari yg ke 25 ni kan kejap jer dah nak masuk syawal rasa sedih mcm nak buat2 tak tahu jerrr bila syawal nanti sbb sure sedih :-(.. jom layan menu yg agak kelam kabut sedikit masa nka buat nih :D,

WATERMELON SMOOTHIE

Resepi asal WATERMELON SMOOTHIE ni dr mem MyR kita KAK YANI, tenkiuu ya kak!!! sedap!!! suke sgt!!! buat stgh jer tu pun sume kita yg habiskan!! hihihi..bebudak tak layan sgt sesedut jerr terus nak minum air jarang :D, mintak halal resepinyer copy dsini ya :-) tenkiu!!

WATERMELON SMOOTHIE

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 500g tembikai
  • 200ml susu segar
  • 100ml plain yogurt
  • 3 sudu besar gula
  • sedikit hirisan tembikai utk hiasan
  • sedkit chocolate chips utk hiasan
  • Daun pudina utk hiasan

Cara-cara

  1. Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
  2. Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
  3. Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina.



KUIH BOM mmg tak aktif ;-)

Buat lagi sbb itu hari buat tak cukup!! ehehe... jdnyer hari ni merajinkan diri sbb dah TER tengok umah mak yung hana hihihi...kenalah buat jugak walau masa tak mencukupi :D dpt 6 ketul jerr :D ngeeee..buat besor2!!! sedap!!! Resepi dr ALONGROZ, tenkiuu along!! suke ngan resepi ni dah jatuh chenta :-), sesiapa nak resepi ni leh rujuk SINI ya.. :-)


MEE GORENG BASAH

All time feve. nihhh ninja tu mmg sukeeeeeeee kita lagi sukeeeeee sbb senang kerja!! hihihi.... sekarang ni suke buat yg basah2 gini sbb sedap!! TER tengok umah KAK NOR ganu tu yg buat jugak tuuu lagi pun dah lama jugak tak makan mee ni kan, sesekali makan best!! pdhal tak lama mana pun ekekeke... Resepi main campak2 jer nihh dan sume org bijak2 dr kita mesti lagi sedap rasanyer kan :-).. jdnyer ikut selera masing2 ya :D..


ROJAK TEPUNG

Dah jatuh chenta dgn resepi KAK HANA nihhh..sedap!!! dah tak yah beli kat kedai kalau balik mesia leh buat sendirik dahhh, tenkiuu ya buat MAK KAK HANA hihihi... dan ribu2 lemon tenkiu buat KAK HANA jugak sbb share resepi yg best nihh.. buat byk jugak sbb bg owang atas niii.. :-) sapa nak resepi leh g umah MAK YUNG tak pun tengok di SINI SITU ya :D... mabeless!! tq!!

Sekian menu iftar untuk hari yg ke 25 ramadhan :-)..SELAMAT BANGUN SAHUR SUME!!! :D

CornFlakes Shrtbread

CORNFLAKES SHORTBREAD


Sebenarnyer cekelat nyer tak setebal dlm gmbr ni nipis sgt2!! tp oleh kerana kita ni beginner guna cutter2 ni kan kita main sembarang jerr tekan masa cekelat tu baru tuang ekekeke.. tu yg terselet sampai separuh tuu huhuhu.. akn dbuat lagi! :D

Jgn ketawakn ya, Buah cempedak dluar pagar kalau sampai tolong jolokkan :P saya budak baru belajar klu salah tolong tunjukkan :D sekut ni dah lama masuk list sblm penyakit misteri bulanan tu dtg tp mood kurenggg lerrr bhn pun tak de tu yg tertangguh sampai lah semalam :D, tp kita ni beginner tau bab2 buat shortbread niii guna cutter made in KAK CM pun baru 1st time ekekek..tenkiu KAK CM!! :D jdnyer ada sedikit kesilapan dan kelam kelibut jugaklah semalam niiii hihihihi...tak pe kata owang putih2 merah2 itu practice make perfect kan ? :D klu byk2 practice masih tak perfect jugak sah2 owang yg buat tu gonjeng2 sikit lah ya :D kitalah tuuu... bukan salah resepi punggg... TAPI rasa mmg tip top!! sedap!!!!! cekelat putih tak de jdnyer plain gitu jerr jer lahhh dgn cekelat jerr... Resepi asal dr KAK RINCHANNN yg selalu kita ngendp2 dapur kak rin tapi tak tggl jejak :D tenkiuuuu kak!! sedap!! n mcm biasalah umah mak yung tuuu ibarat mesin copy ekekeke... tenkiu jugak buat KAK HANA!! nak buat lagi sampai jadik!! tp nak carik resepi lain yg lg senang nak menguruskan bab2 memotong ituuu.. :D Mintak izin letak dsini ya resepinyer :-), tq!

CORNFLAKES SHORTBREAD

Bahan-bahan :
  • 250gm butter
  • 70gm gula caster
  • 250gm tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 50gm cornflake, dikisar halus
  • 30gm badam kisar
  • 200gm coklat masakan
  • 1 sudu besar shortening
  • 100gm coklat putih
Cara-cara:
  • Lengser loyang segiempat 10in x 10in dgn sedikit butter.
  • Pukul butter dan gula hingga kembang.
  • Ayak semua tepung dan gaulkan dengan serbuk badam dan cornflake kisar.
  • Campurkan sedikit demi sedikit tepung ke dalam bancuhan butter dan uli hingga menjadi doh, tidak melekat di tangan. Kalau melekat tambah sedikit tepung.
  • Tekan dalam loyang. Kalau ada loyang cutter, boleh digunakan.
  • Bakar pada suhu 160 darj celc selama 40min. Sejukkan seketika.
  • Cairkan coklat masakan + shortening secara double-boiler dan tuangkan ke atas shortbread. Lorekkan dengan coklat putih cair. Biarkan sehingga keras dan boleh la dipotong. Kalau guna cutter, tekanlah semula cutter tu atas shortbread selepas menuang coklat cair dan dilorek. Jgn tunggu sampai keras, nanti patah pulak cutter tuu....
*Ternyata dengan adanya badam kisar dan cornflake kisar, shortbread ini menjadi lebih sedap...cubalah . Kalau ada nestum pun boleh kisar dan campurkan sikit..pepandailah adjust nooooo..

Iftar part 24

Salam dpagi selasa yg mendung :-),

Nak senyum dulu ehehe.... tv rosak lerrr sejak kena penyakit misteri bulanan tuuu :D, asyikk tak de mood jerrr selera nk makan pun kurenggg tp selera nak mkn sekut ada!! :D nak masuk n3 segan lerr sbb kita tak poce ekekeke.... skrg ni dah leh masuk sbb dah mula dr hari ahad itu hari :D, tp malasssss yg amt nak letak n3 ekekeke....nak tunggu angin R datang balik mmg lambat sbb panassss kan pastu angin ribut tak de jdnyer angin R tak dapat sampai sini :D, k lah, kat bawah ni menu iftar semalam masih dtahap kemalasan maksima sbnrnyer tp tak jugak lah malas sgt cuma mmg tekak nak mkn yg sup2 jerrr :D..

JUS LIMAU MANIS

Kalau kat thai kat mana2 di mana2 mmg akn jumpa owang jual air nihhh...tp nak blei tgk tempat jugaklah ya, sbb kdg tu tgk owangnyer yg selekeh sambil perah2 limau itu tak de selera lah nak beli, tp kalau tgk bersih jerrr boleh lah terasa nak minum beli lerr tp mahal sikit lerrr.. tgk jenis limau manis yg dia gunakan, biasanyer nak sedap guna limau madu, tak ssh buat dia nihhh main perah2 jerrr..pas tu letak garam mengikut citarasa masing2 tp kita suke rasa yg masam2 gitu sedap!!! semalam ni pun guna 4 biji limau madu pas tu letak ais dptlah 1 cwn kat atas tuu ehehe...minum pung kongsi2 mcm minum jus pren itu hari sbb stok limau manis kita tak de ekekeke.... alhamdulillah basah segala tekak yg tgh kering kontang bak gurun sahara tuuu :D... sapa2 nak buat cariklah ya limau manis2 sikit nak beli limau reject2 pun ok jugak tp rasa kurengg lerrr :D hihihi...


ROTI SARDIN

Yg ni pulak bukan saja2 menderhaka tau!! tp mmg tak de bhn pastu kan roti burger kat sini sume dah terbelah 2 ekekeke..... roti panjang ni jerr yg tak terputus dua tp tak leh nak potong dua lah kan sbb mmg dah terpotong :D, dah jd mcm roti john pulak kan, resepi asal dr KAK NOR ganu nanti kita masukkan linknyer sbb masih sibuk lagi nii belum kemas eheheh.... sedap!!! tp mcm biasalah kan mesti nak healty sikit letak lah salad2 tu sume sbb kita mmg sukeeeeeeeee sgn salad2 niiiihhh... :D resepi akn menyusul kemudian rasanyer sume org tahu buat sbb senang bangettttt :D..


MEE HOON SUP DAGING

Yg ni pulak menu sempoi kita semalam nihhh selain kat atas tuuuu :D, sukeeeeeee sgtttt dgn sup2 nihhh nak2 ada mee hoon mmg bertambah kalau makan :D.. rasanyer hari ni nak ngesup lagi sib baik daging dah habis! hihihi... tp td dah g order lagi dgn assistance bus ituuu :D hari jumaat lah pulak baru dapat huhuhu... jom tgk gmbr!! :D resepi sume owang tahu buat sup2 kan? dan sume owang lagi bijak dr kita jdnyer tepuk dada tanyer selera sekian :-)..

Isnin, 14 September 2009

KAD DR KAWAN2 BLOGGER YG DKASIHI :-)

SALAM BUAT SEMUA PEMBACA, TIADA UCAPAN LAIN SELAIN TERIMA KASIH yg tak terhingga buat semua kerana sudi bg kad2 yg santek2 ni tak lupa juga buat pembaca yg tak de kad pun sama juga dr kita SELAMATY HARI RAYA! :-)

Kad Raya dr KAK CT DELIMA yg comel, SELAMAT HARI RAYA buat akak sekeluarga dr kita juga dan maaf zahir batin, terima kasih :-)



Kad Raya dr KAK IEDA, SELAMAT HARI RAYA buat akak sekeluarga dr kita juga dan maaf zahir batin terima kasih :-)


Kad Raya dr KAK AS NZ walau tak dsuh ambik kita mabik jugak, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita terima kasih :-)



Kad Raya dr KAK NOR ganu, SELAMAT HARI RAYA BUAT AKAK SEKELUARGA dr kita juga MAAF ZAHIR BATIN terima kasih :-)


Kad Raya dr APIS MD NOR, SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL buat apis sekeluarga dr akak juga maaf zahir dan batin, terima kasih ya :-) .


Kad raya dr KAK ANAWAHID, SELAMAT HARI RAYA buat akak sekeluarga dr kita juga MAAF ZAHIR BATIN terima kasihhhh byk2!! :-)




Kad Raya dr KAK ALIMAZ, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita juga, terima kasih :-)


Kad Raya dr IJAN kat Finland, yg baru jer melahirkan bb pd september 1st, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BUAT IJAN SEKELUARGA dr kita juga, semoga raya tahun ni dan akn dtg meriah dgn kehadiran orang baru dsisi :-) terima kasih :-)..




Kad Raya dr KAK WATIE SAYANG, SELAMAT HARI RAYA BUAT AKAK SEKELUARGA JUGA dan MAAF ZAHIR BATIN dr kita juga, semoga perjalanan akak selamat sampai dan pulang ke destinansi terima kasih :-)



Kad raya dr KAK HUNNY, SELAMAT HARI RAYA NMAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita juga MAAF ZAHIR BATIN terima kasih!! :-) byk dpt duit raya nihh.. :D



Kad Raya dr PN IENA, SELAMAT HARI RAYA BUAT AKAK SEKELUARGA Dr kita juga MAAF ZAHIR BATIN terima kasih :-)



Kad Raya dr KAK AYU SG, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BUAT AKAK SEKELUARGA dr kita juga terima kasih :-)



Kad raya dr CIKWAN kat TAPIPEI sana :D, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita juga, tenkiuuuu!!! :-)



Kad Raya dr NurIndah, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat indah sekeluarga dr kita juga terima kasih :-)




Kad Raya dr KAK FAE yg berada djepun, SELAMAT HARI RAYA buat akak sekeluarga dr kita juga terima kasih kak! :-)


Kad raya dr KAK ZAI @ UMMIAIMAN, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita juga :-) terima kasih.



Kad Raya dr KAK NUR, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita juga ya :-) terima kasih :-)



Kad Raya dr ALONGROZ, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita juga ya, terima kasih along :-).




Kad Raya dr KAK ZANA, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita juga :-) terima kasih!



Kad Raya dr KAK INAHAR ALI, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita juga, terima kasih :-)




Kad Raya dr KAK INTAN, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BUAT AKAK SEKELUARGA dr kita juga, terima kasih :-)




Kad Raya dr KAK INA @ HANA, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN semoga selamat melahirkan bb pd 17hb nanti ya insyaAllah, hihihi.... tenkiuuu!!!! :-)




Kad Raya dr KAK FIZA NORDIN, SELAMAT HARI RAYA BUAT AKAK SEKELUARGA dr kita juga MAAF ZAHIR BATIN terima kasih, :-).




Kad Raya dr KAK AZURA, SELAMAT HARI RAYA BUAT AKAK SEKELUARGA dr kita juga MAAF ZAHIR DAN BATIN terima kasih.. :-)



Kad Raya dr KAK JUN JC, SELAMAT HARI RAYA BUAT AKAK SEKELUARGA juga dr kita MAAF ZAHIR dan BATIN, terima kasih :-)




Kad Raya dr KAK CTZURA, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita juga, terima kasih :-).



Kad Raya dr KAK ZAI, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita ya, terim kasih :-)


Kad Raya Dari KAK IETA n SELAMAT HARI HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita ya, terima kasih..

Kad Raya dari KAK AYMY KUWAIT, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita ya, terima kasih :-)


Kad Raya dr sis LOVE, tenkiu sis!!



Kad Raya dr KAK AM FLORA, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga dr kita juga terima kasih :-)



Kad dari KAK DEEJA, tq! SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga, terim kasih :-).



Kad Rara dari KAK HASUE, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN terima kasih ya kak sue :-).




Kad Raya dari KAK MIZAN, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN UNTUK AKAK SEKELUARGA, terima kasih kak! :-)


Kad dari KAK MIMI, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN buat akak sekeluarga ya, terima kasih kak mimi :-)



Kad dari KAK MIMIELOMA, SELAMAT HARI RAYA N MAAF ZAHIR BATIN BUAT AKAK SEKELUARGA, tenkiiuu!! :-)



Kad Raya dr KAK LYANA SEKELUARGA, SELAMAT HARI RAYA BUAT KAKA SEKELUARGA JUGA MAAF ZAHIR BATIN :-) tq!!



Kad Raya dr NOORHODZA, SELAMAT HARI RAYA BUAT AKAK SEKLEUARGA JUGA MAAF ZAHIR BATIN, tq!!



Kad Raya dr KAK MARIA , SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BUAT AKAK SEKELUARGA dr kita juga terima kasih :-) semoga akak sihat2 dan tabah ya :-)



Kad Raya dr KAK MAZ BAHRAIN, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRUI BUAT AKAK JUGA SEKELUARGA MAAF ZAHIR BATIN DPINTA, tq!! :-)