Tepung pulut itam tak de kita letak pewarna cekelat jerr tuk salut inti tuuu ehehehe.... kira ITAM jugak kan??? tepung pulu jugak kan??? :D Nampak sedap nih!
Salam dptg sabtu buat sume :-),
Sowi yaaaa..teramat sibukkkkkk nyer ni pun baru balik dr belanja barang dapur jap lagi nak goreng ayam pandan pulak ehehe sblm tu kita masukkan n3 kuih sbb dah beli daun pisang semalam nihhh dan dah masuk list lamaaaaaaaaa dahhh sejak nmpk kat umah ALONGROZ jdnyer hari ni buat, nmpk ok cuma tang kaler tepungnyer tu jd ijau sbb daun pisang tu luntur pulak kalerr dia huhuhu.. TENKIUU ALONG!!!! kita mintak izin letak kat sini ya resepinyer kali ni tak salah tepung lagi ngeeeeee..... :D ok happy weekend buat sume!!! n selamat berbuke dan selamat berterawih bg yg dah buke dulu!!! ehehe... hari ni dpt jeng jeng jeng!!!!!! kita tunggu next n3 k :D
TEPUNG BUNGKUS
(12 biji comel)
BAHAN2:
1/2 cwn Tepung Beras
1 kotak (200ml) Santan
Secubit Garam
TENGAH:
4 sudu mkn Tepun Pulut
2 sudu mkn Tepung Pulut Hitam
Air
INTI:
1/2 cwn Kelapa Parut
2 sudu mkn Gula Merah
2 sudu mkn Gula
3 sudu mkn Air
1/2 sudu mkn Tepung
1 helai Daun Pandan
**Isi Durian yg ni kita tambah hihihi...
CARA2:
1. Sediakan inti:
Panaskan air & gula sehingga larut.
Masukkan kelapa parut daun pandan, kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung & kacau sehingga kering.
Bulat2kan.
2. Tepung tengah:
Bancuh tepung pulut dgn air sehingga menjadi doh lembut.
Bahagi 12 ketul & balutkan inti kelapa.
3. Masak tepung beras & santan sehingga pekat.
4. Ambil sehelai daun pisang.
Letakkan seketul tepung pulut yg berisi inti kelapa.
Curahkan 1 sudu besar bancuhan tepung beras.
Balut seperti lepat.
Buat sehingga habis.
5. Kukus selama 30 minit.
1 ulasan:
ala hai sedapnya. Kalau ija jiran akak kan best. kita tukar juadah. tapi eeerr, akak beli je. nak tukar ngan apa ya. he he he.
Catat Ulasan