ads/iklan

Isnin, 26 Oktober 2009

Nasi Dagang

NASI DAGANG n the kawan2nyer :D


Salam kembali buat semua masih dwaktu dan hari yg sama HARI ISNIN>>,

"Im OPTIMUS PRIME, and i send this message so that our past will always be remembered. For in those memories, we live on". hihihi..... ayat last citer TRANSFORMER2 hihihi.... adeehhh..leh meleleh leleh air mata tgk citer niii huhuhu.... ayat di atas tak de kena mengena dgn NASI DAGANG ya ekekeke.... Semalam ni kita org ank beranak tgk citer niii lerrr huh! dan BARANG MISTERI yg dcarik tak jumpa tu adalah BUTANG!!!! ekekeke..... betul tau!!! penat jalan sana sini tak jumpa BUTANG BAJU BESOR2 tuuuuu size bijik mata kita ni lagi besor lah kalau boleh Abang ada projek kat sekolah tu pasal carik huhuhu... dah terbabas babas lak :D Resepi nasi dagang ni sudah dpt pakar nasihat pemakanan dr KANAZAWA sapa lagi lah kalau tak si KAKAK HANA atau INA :D Resepi asal dr MINAMI san :-) tenkiuuuu ya kak MINAMI mmg SEDAP!!! kita 1st time buat tau ikut bulat2 kat resepi tuu..mmg sedapppp gulaiiiinyerrrr nasinyer mcm nasi lemak ya rasanyer cuma sedap lagi dagang nii... KESELURUHAN SEDAP!!!! mmg sedap!! dan sedap ehehe... Resepi Mintak izin n halal ya dkongsi dsini juga atau sapa2 nak jalan2 leh g kat SINI juga :-) tenkiuuuu!!!

NASI DAGANG

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • **NASI**
  • # 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
  • # 1/2 tin santan
  • # garam dan gula
  • # 1 sudu besar halba
  • # bawang dan halia (hiris halus2)
  • # air
Cara-cara
  1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.


GULAI IKAN TONGKOL

Resepinyer>>

GULAI IKAN TONGKOL

Bahan>> :-)
  • 1 tin santan
  • 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
  • 6 keping asam keping
  • garam dan secubit ajinomoto
  • gula
  • 5-6 biji cili padi
  • 1 ekor ikan tongkol
  • 1 cm belacan
Cara2>>
Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.


Untuk Acar>>

Bahan2>>
  • 2 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji lada besar
  • cuka, garam, gula
Cara2>>
Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

***AMACAM ORANG GANU PASS TAK NIII ehehehe.... :D

8 ulasan:

indahhouse berkata...

Salam kak Ika,
Wa...aritu gi teganu ker kak? balik terus wat nasi dagang..kiki
Saya cibok, sampai tak lalu nak makan. kalu la ada org suap..huhu. Syukur suami br belikan nasi ayam. kalu tak,nak mitak kak ika suap nasi dagang..hee..;)

Sue @ Nenie berkata...

Wahhhh...Nasi dagang..Lama tak makan...Tergoda sungguh tengok ikan tongkolyang tersusun kat pinggan itew....

cikmanggis berkata...

ooooohhh sedapnya ika..

sonata anak kancil berkata...

cuti deepavali last week pegi kelantan ade le beli beras nasi dagang, bila nak buat tatau la...akak memang suka nasi dagang - pegi kelantan hari tu - apa lagi , cari nasi dagang la

geraugebang berkata...

alahai sedapnya ija ooi. Meleleh air mata nengoknya.

cikwan berkata...

ijahhhh.apsal la rajen memasak sgt ni..sedap tu ikan tOngkOl

Tanpa Nama berkata...

Lamanya tak makan nasi dagang nie... Ika, kalo lepas bersalin 2 bulan dah boleh makan pulut tak? hehehe

Solehah berkata...

salam..sukanya gulai ikan tu..