ads/iklan

Sabtu, 1 Mei 2010

Rich Marble Choc Cake Sheila Mambo

RICH MARBLE CHOCO CAKE SHEILA MAMBO


Salam minggu n selamat pagi sume!! :-)

Lamanyer tak buat kek! mcm meroyan jerrr ehehe... roti pun lama tak buat tgh plan nak buat roti jugak ni ehehe...Kita buat kek ni malam td gitu gini abis kul 12 tgh malam ehehe... bukan buat kek ni satu jer ada lg satu kek yg biasa kita buat tuuuuuu ehehe.... Blueberry ciskek sempena my ninja besday :-) tanyer dia nak kek apa? dia kata ciskek, lega betul sbb senang cuma leceh byk step dia jer tuu tp senang since dah byk n3 pasal blueberry ciskek tu tak yahlah tayang nanti ada org tak nak tgk hihihi...Untuk Kek marble ni mmg kita suke jenis2 atau specis2 kek butter gini sbb rasanyer lagi sedap n simple buat pun tak leceh, katanyer resepi asal ada topping ya? tp rasanyer ni pun dah cukup sedap tanpa topping sbb mmg rasa coklat yg byk sekali! Pastu lembap jerrrr makan td ni, mcm biasa gula kita kurangkan :D, memula nmpk kek ni kat umah KAK ZAI pastu KAKASMA klu tak silap dan yg terbaru umah KAK AYU sg, masing2 dgn corak2 marble yg cantek kitanyer marble jer tak mo jadi sgt :D.. Kak Zai ambik resepi ni dr dapur KACIP dan kacip pulak ambik dr FP SHEILA.. Jdnyer kita cnp dr dapur KAK ZAI, apa pun mintak halal n cnp juga resepinyer kat sini mekseh sume!!!

RICH MARBLE CHOCO CAKE SHEILA MAMBO

Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor>>cuma 115g jer
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair [saya guna susu segar]>>yg ni pun kita guna fresh milk
1/2 sdt esen vanila

 
Cara-cara :-
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  3. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
  6. Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
  7. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.

Nota :- Saya cairkan coklat guna kaedah mikrowave, sebab tu cepat. Ikut resepi asal ada toppingnya tapi saya tak minat nak bubuh sebab kek ini dengan sendirinya dah cukup sedap. Selamat mencuba!

5 ulasan:

DAMAI IMPIAN D'BANGI berkata...

Salam Arah,
inilah satu2nya kek paling senang dibuat dan paling sedap dimakan. Favourite mak mertua akak tu..dan kesukaan kebanyakan org sejak dulu kan..

indahhouse berkata...

salam ika,
Birthday ninja hari ni? Selamat hari jadi buat Hubby ika, ya..Moga murah rezeki dan happy slalu bersama keluarga. :)
nak tapau kek mambo tuh! cantik belang2nya..

cikmanggis berkata...

lamanya tak dengar cerita cucu cucu mamatok ni hehe apa khabar ika?cm ingat ika ada apa-apa hal kecemasan sb lama tutup rumah.Alhamdulillah rupanya dah ok

MamaFaMi berkata...

Cantik belang kek Ika ni...

Tanpa Nama berkata...

It's in reality a nice and useful piece of information. I am happy that you just
shared this helpful info with us. Please keep us informed like this.
Thanks for sharing.

my web-site - what are phytoceramides made of