ads/iklan

Jumaat, 27 Mei 2011

chocolate Filling

_DSC0340
CHOCOLATE FILLING

Salam kembali :-),

Tak leh nak ckp byk2 saya kepenatan :-( Td g sepital lagi ni td, sblm pergi sempat siapkan inti cekelat ni, mmg sedap n best! Senang pulak tu nak membuatnyer, kita buat filling ni bersebab tunggu n3 esok dan minggu depan akn memulakan operasi meroti hihihi...

Resepi asal kat rumah ANNA QAWINA n kita kopipes dr umah KAK NOR setelah diedit, mintak izin share kan disini juga, mekaseh! Byk kerja nak kena buat lepas ni pastu nak masok tido fenatttttt... Happy weekend sume!

CHOCOLATE FILLING

kredit pada tuan resipi asal : Puan Azlina Alias
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
  • 250ml susu sejat
  • 180ml air suam
  • 180gm gula castor
  • 60gram serbuk koko
  • 60gram tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum (yg ni k.nor tambah)
  • 60gram mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla


_DSC0346

Cara-cara :
  • Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
  • Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau diblend.
  • Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
  • Masukkan mentega dan vanila.
  • Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
  • Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.

4 ulasan:

Nazrah berkata...

Minggu depan mesti banyak menu roti ni...kita tunggu seh...

izahdaut berkata...

ika.. kite pun dahbuat. tapi mood nak snap filing ni tak mari lagi. sik lupee jek..mmg sedap kan..

tu cam ne? docto kaata apa? naik lagi ke suhu dmam nya?

Unknown berkata...

wahh menarik itam yg menawan....sedap ni...akak pun nak buat juga lah nanti...:D

Mas berkata...

kak mas pun dah buat filling ni..
memang best kan ika..