Salam kembali dmalam rabu n alhamdulillah kenyang dah :D,
N3 yg byk2 ni kita dah taip dulu n save dulu sbb nanti dah nak buke kita tggl masukkan gmbr jer!! hihihi...ni lauk budak2 yg dah buke puasa kul 4ptg!! hihihi...kesian betull tgk si kakak asyik asyik tgk si adik kecik minum air mkn sekrim, masa dia tertido td rasa sedih pulak tak bg buke dulu :-( lepas dia bgn tido terus suruh dia buke tu pun buke dgn pisang sebijik dgn minum air calpics, si abg kita suh buke kul 5 ptg, rasa kesian tgk mcm penat pulak lah kan..ibu mana yg tak kesian kan walaupun nak latih dr sekarang ni tp ok lah kan dah nak sampai ke buke dia boleh thn insyaAllah klu lama2 nanti dah terbiasa makin lama makin leh thn si kakak pun baru 5 tahun..ok, ni ikan goreng yg tgh panas masa niii ramai dah yg buat kita suke cuit kerak2 tepinyer sedap!! masam2 gitu!! :D resepi dr KAK HASUE, tenkiuu ya kak!! resepi kita letak sini untuk rujukan akn dtg :-),
IKAN TONGKOL GORENG ASAM JAWA kita ganti SABA
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol segar sederhana besar-potong2 dan cuci bersih- 1-2 sudu makan asam jawa
1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
Serbuk perasa-tak letak pun takpe
1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
1 cawan minyak untuk menggoreng
1 sudu makan penuh garam-letak lebih sedikit agar senang meresap
Serbuk perasa-tak letak pun takpe
1-2 batang serai-diketuk (utk aroma serai-tak letak pun takpe)
1 cawan minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Lumurkan asam jawa pada keseluruhan isi ikan dan gaulkan kesemua bahan lain bersama ikan kecuali minyak masak.
Rasa sedikit dengan hujung jari,harus terasa garamnya sebelum diperap.Perap sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng
Jangan goreng ikan terlalu lama kerana isi ikan tongkol yang garing rasanya agak kering

1 ulasan:
ijah ghajennya banyak betoi kue2 yg hang buat ,isk2x double thumbs up kat ijah.akak pun suke ngan lepat pisang n lopes tu
Catat Ulasan