ads/iklan

Isnin, 4 Januari 2010

Salam Tahun Baru :-)



SALAM TAHUN BARU buat Semua pengunjung rumah arah ;-),

Biar terlambat drpd tak ucapkan langsung :D.. Pertama sekali TERIMA KASIH buat semua pengunjung yg dtg tak kira masa amat dhargai dan tak de ucapan lain selain terima kasih hanya DIA yg dpt membalas semuanyer.. DAN ALHAMDULILLAH berkat doa semua org mak n ayah kita dah selamat sampai ke tanahair pd 2hb cuma keadaan mak ayah tak berapa sihat lg..Sepanjang Tahun 2009 byk perkara manis dan pahit tu biasalah kan yg tak dpt nak dlupakan dan AZAM tahun baru niiii iaitu 2010 adalah tahun untuk kita BERFIKIR sehingga masa yg dtentukan untuk membuat keputusan yg akn mengejutkan semua org TAPI bukan sebulan 2 bulan berfikir niii kita ambik masa lebih kurang SETAHUN tuk diri kita ni berfikir sblm membuat keputusan bila dah berani nak menghadapinyer.. sbb tu lah tahun 2010 ni tahun yg memeningkan kepala :D perkara apa? biar rahsia dulu sampai tiba masanyer jua semua org akn dberitahu... 27hb Dec 2009 sampai 30hb Dec 2009, pergi bercuti dlm keadaan yg masih tak sihat lagi sampai sekarang.. bayangkan ajer lah dah dekat sebulan tak baik2 lagi, nak g sepital lepas balik dr bercuti itu hari teramat sibuknyer nak menguruskan BAJU2 dan urusan rumah dan lusa hari rabu budak2 dah naik sekolah tak tahu bila ada masa tuk uruskan diri sendiri yg dah semakin tak sihat nii... Untuk semua org yg merindui kita ni :P jamu mata dulu ya.. akan dupdate lepas free nanti dan akn berkunjung balas ke rumah semua org bila free nanti insyaAllah.. ada urusan gunting2 lepas niii dah nak naik sekolah ni kan rambut masing2 panjang jdnyer n g bergunting tuk budak2 ni sume :-)... Untuk penyumbang resepi yg ada kat bawah ni terima kasih dan minta dhalalkan dunia akhirat :-).. Akn letak respinyer kemudian ya.. last but not least... untuk mesej yg ada kat cbox terima kasih dah baca semuanyer terharu sgt akn bersambung selepas semua urusan pd hari ni selesai sekian :D




DAGING MASAK KICAP PEDAS

Resepi akn dupdate kemudia dan peyumbang resepi ni KAK UMMI Kuantan, tq ya kak :-)

Updated>> Resepi ni leh rujuk SINI jugak, tenkiu ya KAK UMMI :-),

DAGING MASAK KICAP PEDAS

Bahan: ( 5- 6 orang)
  • 400 gm daging batang pinang - dihiris nipis, dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Bahan Tumbuk dan Tumis:-

  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...




SPAGHETTHI BOLOGNESE

REsepi dr MyR @ MUTIARA ZURA, n terima kasih untuk resepi yg best ni :-) akn update kemudian juga :D

Updated>> Untuk resepi nih leh rujuk kat SINI dan boleh juga tgk kat bwh ni :D mmg sedap, kita mmg cerewet bab2 kuah dia ni tp bila cuba yg ni mmg yummy nak2 bila dmasak lama2 1 hingga 2 jam ummpph! lg pure rasa dia ;-), Mintak halal n izin ya kak cnp kat sini juga ;-) tq!

SPAGHETTHI BOLOGNESE

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
  • NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
  10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!







AYAM BAKAR BLACKPEPPER BERMAYONIS

Penyumbang Resepi dr adik manis ROSS @ JINTANMANIS.COM, tenkiu ya ross akak cnp resepinyer juga n mintak halal juga :-)

Updated>> Untuk resepi ni pulak leh g kat SINI juga tenkiu ya ross.. menu ayam ni masa g party pondok2 kat sini :D sume kata sedap ;-),

AYAM BAKAR BLACKPEPPER BERMAYONIS

Bahan-bahanye

  • 1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
  • 1 sudu kecil blackpaper
  • 2 cm halia ( agak-agak je)
  • 2 biji bawang putih
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar mayonis
  • sedikit lada sulah
  • Sos Tiram >>yg ni kita tmbh :D

Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur>>(yg ni kita parut lg best rasanyer dparut ;-) ), kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.

2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)






CHICKEN SATAY >> SATE AYAM

Penyumbang resepi ni dr KAK FIDA @ MyR dah stick dgn resepi ni mmg best akn dupdate juga selepas ini tq kak!

Updated>> Mmg dah biasa buat sate guna resepi mmg sedap ;-) sampai retak lantai balkoni keja bakor sate ni hihihi.....

SATAY AYAM

Bahan-bahan
  • 1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
  • 150 g gula pasir
  • 100 g gula merah
  • 100 g madu,
  • 2 sk garam
  • Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
  • 3 sb ketumbar biji - sangar
  • 2 sk jintan halus - sangar
  • 1 sb lada sulah biji
  • 6 ulas bawang putih
  • hana tambah bwg merah
  • 1/2 jari halia
  • 2 hiris lengkuas
  • 4 batang serai - hiris
  • 1/2 jari kunyit hidup
Cara-cara
  1. Gaulkan bahan2 kisar pd daging@ayam bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.>>kita perap semalaman.
  2. Cucuk2kan ngan lidi sate dan bakarlah cam biasa.
  3. Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.

6 ulasan:

indahhouse berkata...

Salam Ika, still sweet and lovely recipies. Suka saya tengok. Take care Ika, moga dipermudahkan segala urusan

salamdariborneo berkata...

salam ikaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,jaga diri baik2.....cepat2 pergi jumpa doktor.nanti kalau melarat lagi susah kan.emm berselera tengok menu ika.

Watierman berkata...

Salam Ikaaaaa windunya....mOga Ika cepat sembuh dan sihat seperti sediakala...entah2 tak sihat sebab nak tambah ahli keluarga tak????Firasat Akak jer ni!

Nuridah berkata...

salam ika,

The moment knur nampak ika dah update blog, cepat2 knur lari kesini..tercungap2 ni..
Selamat thn baru 2010 buat ika & family...masih belum terlambat lagi kan ucapan ini!

Semoga thn 2010 ika semakin matang menghadapi dugaan hidup..syukur parents ika dah selamat kembali kepangkuan anak2.Semoga mereka cepat sihat seperti sediakala.Take care ika...lap u.

CikLiz berkata...

Selamat Tawon Baru ika.. apa2pun, jaga diri baik2 ye..

HaSue berkata...

epi new year ijayuji...missss uuuuuuu muchhh!!muahhh!satay tu nak 50 cucuk!